Ads by nuffnang

Sunday, December 5, 2010

"JURAIAN AIRMATA BERSAMAMU........."

Daripada sekeping lukisan atau sekeping gambar, ia dapat memberi seribu satu makna.......


Saya kongsikan 4 keping gambar yang dirakamkan oleh sahabat saya, Azhar jurufoto TV3 yang mengikuti tugasan saya di Kundasang, Negeri Di Bawah Bayu pada Julai 2005 untuk program BERSAMAMU...

Gunung Kinabalu menjadi saksi keperitan hidup keluarga Yasin Somidin...


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...




Jika ada belanja, bolehlah ke sekolah, kalau tiada tak payahlah....




Nasi berlaukkan air dan garam....hidangan saban hari...


InsyaAllah, esok saya akan kongsikan kisah di sebalik Juraian AirMata Bersamamu, antara paparan yang sukar dilupakan dalam lakaran kanvas kehidupan saya ......

4 comments:

  1. melihat kemiskinan dan kesusahan orang lain..mengajar kita apa erti syukur sebenarnya...namun ternyata kita mudah sekali mengeluh atas ujian Allah yang sedikit..

    ReplyDelete
  2. saalm cik inn..air mata keinsafan n kesyukuran..insaf bila melihat kemiskinan mereka yg kadang kala tak terfikir oleh akal yg masih ada lagi insan miskin dinegara kita..syukur kerana kita telah diberi oleh Allah swt kehidupan yg selesa..moga2 kehidupan kita diberkati olehNya.

    ReplyDelete
  3. sebab tu saya kengkadang cuba taknak tgk rancangan ni.. (sesekali je lah)
    pasal tu lah..ayaq mata ni senang sangat mengalir laju..

    cerita yg paling saya ingat ialah satu keluarga yg makan nasi lauk siput babi tu..

    ish..ish...kita kata kita susah.. tapi ada org lain lagi yg susah..!

    insaf sesangat dibuatnya..

    dan kena belajar bersyukur atas ape yg ada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...