Selepas maghrib, keluar gi cari makanan untuk ADAM.
Seperti biasa antara kedai haiwan yang menjual makanan
si ADAM adalah Toby Pets di Ikano, Damansara Perdana.
Staf di sana memang dah biasa dengan saya terutama
sekali Anuar, kira ketua di kedai terbabit.
Sementara rakannya memasukkan tikus dalam kotak,
Anuar sudah bikin saya teruja kepada haiwan yang
dikenali sebagai Chipmunk.
![]() |
| Comelnya tapi begitu lincah..... |
![]() |
| Anuar boleh beri harga istimewa kepada peminat haiwan ke Toby Pets |
Kan ada kartun Alvin dan The Chipmunk, kira macam
spesis tupailah....
Memang geram betul saya menengoknya, harga seekor
kalau tak silap dalam Rm 130.00.InsyaAllah, dalam waktu terdekat ini kalau ada lagi
di Toby Pets mungkin saya akan beli sepasang.
Saya memang suka haiwan peliharaan yang sukar
di dapati.
Terdapat juga anak ular sawa jenis Ballpython dan
King Snake menanti bagi yang meminati.
![]() |
| King Snake bersaiz kecil |
Jangan tersilap di antara King Snake dan King Cobra.
King Snake memang bersaiz kecil tapi King Cobra atau
dikenali sebagai Tedung Selar antara spesis yang berbisa
dan patukannya jika tidak dirawat segera boleh
mengundang maut.
Terdapat juga cicak yang dikatakan boleh bertukar warna.
Kalau rakan rakan suka kepada haiwan eksotik,
silalah ke Toby Pets........
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, bila ada haiwan
peliharaan, peliharalah ia sebaik baiknya......







comel chipmunk tu... tapi yang lain tu geli laaaa chik inn... seriau tengok... naik bulu roma ni..
ReplyDeletesalam chik inn.moga Adam sht2 je di samping chik inn yg penyayang...nnt tunjuk la adam berfb dan menonton tv ye..teringin nak tgk Adam bersantai.
ReplyDeleteAssalam...chik Inn, first time akak masuk blog ni, ternampak ular la pulak. Mushkil Adam tu? Tapi apa nak heran, bekas arnab saya pun nama Datok K.
ReplyDeleteBest gak eeh if bela chipmunk.. Comel gitu.. Tapi tang ulau tu...tu namanya anak ular ke Chik Inn.. Rupa dah macam mak ulau je. Besar dah bah..
ReplyDeletecomelnya chipmunk tu..
ReplyDeletekalau bela ballpython kena jaga elok2... silap hari bulan tuannya kena makan... bahaya...
ReplyDeleteyup.. kita kenalah jaga macam anak kita jugak.. walaupun haiwan tapi tetap ada perasaan..
ReplyDeletePendekar berkuda,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi peringatan...lazimnya ular sawa jenis ballpyhton tidak membesar seperti
ular sawa batik, ia pendek dan lebih berbentuk bola....
Aiza,
Memang kita kena jaga haiwan peliharaan bagaikan anak sendiri...
Zanafahmi,
Sekarang Datuk K dah tak ada, jadi tak ada pengganti lain ke?
Azmask, Mulan, Ayang,Lyida,
Minat dah bela Chipmunk ke?
akak lebih rela pegang adam..dari pegang lipas...heeee
ReplyDeleteada sesiapa yang berkenan hendak membeli anak tedung selar sila hubung saya 012-9849712 andy .lokasi kepong tq
ReplyDelete