Ads by nuffnang

Thursday, June 9, 2011

Kad Kahwin Nurul Syuhada......

Lepas solat asar di surau PWS, terus ke tempat saya.

Tenguk di atas laptop saya ada kad dan sememangnya 
kad jemputan kahwinlah.

Rekabentuk kad yang ringkas. 



Bila diamati kad terbabit, rupanya daripada pengacara
Majalah 3 yang tidak asing lagi dewasa ini iaitu, 
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. 

Nurul akan mengakhiri zaman bujangnya dengan Raja
Amir Shah dan persandingan bakal di adakan pada 
23 Julai 2011 di Grand Ballroom, Sime Darby Convention
Centre.


Jodoh pertemuan ditentukan Yang Maha Esa.


Harap pada tarikh terbabit, saya tiada tugasan luarlah.


Semasa pengacara Majalah 3 terdahulu iaitu Nor Azlina
Redzuan melangsungkan perkahwinan, saya bertugas 
di Suriname.


Saya sempat bertanya Nurul persediaan untuk 
perkahwinannya, dengan senyum melirik.....


"Adalah sikit sikit Chik Inn......."


Nurul sememangnya seorang yang serba sederhana
dan sentiasa melemparkan senyuman.


Sepanjang dia bertugas di bawah penyeliaan saya
di Majalah 3, memang mudah dibawa berbincang
dan kira tak banyak songeh lah......

Bertuah bakal suaminya dapat menawan Nurul.


Moga perkahwinan mereka kekal ke anak cucu....


Aminn.....


Memori bersama Nurul ketika di Beijing


Perjuangan perlu diteruskan

13 comments:

  1. wah..tahniah kak syuhada..Hehehe.

    ReplyDelete
  2. tahniah. semoga berkekalan hendaknya. nurul comey..

    ReplyDelete
  3. tahniah utk Syuhada.Nice girl.Pernah terjumpa di Kampar.N sy tak kenal dia.Dia leh senyum masa sy nak beli tikar buluh di satu kedai.Bila dia naik van TV3 baru tau itu Nurul Syuhada.

    Tahniah!

    ReplyDelete
  4. nak kawin dah...

    semoga berbahagia lah mereka.

    ReplyDelete
  5. Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat mereka. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah pada beliau, moga jodoh beliau kekal hingga ke akhir hayat..


    psstt: tarikh tersebut jatuh pada family day office saya dan juga tarikh lahir en. suami dan atuk sedara.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  7. sampaikan assalam saya pada dia chik inn..semoga bahgia hingga ke akhir hayat...org tunggu kad chik inn tapi tak sampai lagi ni...heehee..gurau di pagi Jumaat...

    ReplyDelete
  8. tahniah semoga kekal hingga ke syurga

    ReplyDelete
  9. terima kasih cik inn dan tahniah pd nurul shuhada,semoga diberkati ALLAH-drpd haliza khalid dan keluarga

    ReplyDelete
  10. salam akak..

    tahniah utk nurul shuhada..nice to meet u cik inn..:)

    ReplyDelete
  11. tahniah kepada Nurul... moga bahagia selamanya

    ReplyDelete
  12. tahniah buat Nurul.. antara pengaca faveret saya tu....

    ReplyDelete
  13. SPB buat nurul syuhada..Muga bahagia selamanya..berakhir suda cinta angkasa..yang nyata inilah jodohnya..

    terima kasih ceikk innn..berkongsi gumbira ....muga berkesempatan hadir. Salam utk pengantin ye. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...