Ads by nuffnang

Wednesday, August 3, 2011

Telur Masin sebagai hadiah Ramadan....

Salam Ramadan....

Cepat masa berlalu, esok dah 4 Ramadan.....

Petang tadi seorang sahabat saya datang dan membawa
beberapa kotak cenderamata untuk diberikan kepada 
rakan rakan di Sri Pentas...

Jika tenguk luarannya pasti ingatkan dalam kotak rotan 
itu berisi buah kurma, dodol atau biskut raya....

Tapi ternyata lain daripada yang lain.

Sebenarnya sahabat saya Hatihanna memberikan beberapa 
biji telur masin.......

Bagi dirinya telur masin mempunyai nostalgia tersendiri 
dalam episod kehidupan semasa zaman kanak kanak 
bersama arwah ibunya....

Mereka menternak itik, membuat sendiri telur masin dan 
dijadikan antara santapan untuk bersahur....

Justeru sahabat saya mengembalikan nostalgianya bersama 
rakan rakan dengan memberikan telur masin.....

Dibungkus dengan cantik dan setiap seorang mendapat
7 biji telur masin.....

Terima kasih Hatihanna dan selamat menunaikan Umrah pada 
10 Ogos ini.

Moga terus dilimpahi rezeki dan dirahmati Yang Maha Besar....

Ameen.....

Sahur dengan telur masinlah saya hari ini.....



Petang tadi juga sahabat lama saya Haliza Hashim wakil
TV3 London, singgah di Sri Pentas.

Haliza ni seangkatan dengan saya, Zakiah Anas, 
Aznil Nawawi, Azite Ameran (kakak ipar Shahlin Zulkifli),
Azura Karim, Josephine Dass, Rosmina Sapian dan 
Zulkifli Ahmad menyertai keluarga TV3 pada Februari 1991.

Kira nombor pekerja kami berderet antara satu sama lain.

Hampir setiap tahun Liz panggilan mesranya pulang ke
tanahair, dan tahun ni dia serta familinya akan beraya di 
Malaysia....kali terakhir dia beraya adalah tahun 2007.

Haliza ni kalau balik Malaysia pasti tidak lupa membawa 
buahtangan untuk rakan rakan karibnya.

Seronok bila jumpa rakan lama....

Teringat zaman 20 tahun lalu semasa kami mula mula 
menjadi warga TV3...

Ternyata masa berlalu begitu pantas sekali.........

Zakiah dapat coklat.....saya dapat beg Harrods....

7 comments:

  1. wahhhh...Cik Inn dapat beg harrodss....

    ReplyDelete
  2. salam



    selamat berpuasa

    wah seronoknya dapat buah tangan
    murah reseki

    ReplyDelete
  3. Salam, emm unik & klasik gitu bagi telur masin. Memang lain pada yang lain & amat2 sesuai sekali yang betulnya. Telur masin pembangkit selera di bulan puasa..

    ReplyDelete
  4. suka nya ngan telur masin

    id:amieylee
    http://dvillahati.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. bestnya telur masin..
    kita pun mmg buat stock telur masin..
    kasi selera sikit nak makan waktu berbuka dan bersahur.

    haliza hashim ni sentiasa nampak muda ye..
    lama sungguh dia di sana..
    rasanya dari kecik lagi saya tgk dia dlm tv..

    ReplyDelete
  6. Putubambu,
    Memang telur masin ni kasi selera sikit terutama dengan bubur.
    Haliza ni memang nampak kecil kat TV, tapi realitinya besar sikitlah....

    Balqis,
    Bagi saya ingatan yang lebih penting, bukannya buahtangan yang diterima....tapi dah rezeki dapat beg... Alhamdulillah lah.....

    Ayang,
    Memang memberi telur masin sebagai hadiah ramadan....lain daripada yang lain kan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...