Ads by nuffnang

Thursday, August 2, 2012

Berbuka puasa dapat Kamera dan Telefon.....


Salam Ramadan.....

Lama bebenor rasanya saya tak update dalam blog
ini.

Biasalah sibuk dengan tugasan harian dan lepas 
solat trawikh, apa lagi mata pun tak larat nak buka
laptop.

Sepanjang bulan ramadan ini, tugasan di
luar Lembah Klang tetap berjalan seperti biasa  
beberapa program di bawah penyelarasan saya. 

Ramadan kedua penggambaran di Melaka dan 
minggu lepas di Lumut, Perak.

Bukan untuk program raya, tetapi program 
Bersamamu musim baru.

Seperti yang saya maklumkan terdahulu, saya 
ditugaskan kembali untuk menerbitkan program 
terbabit tapi dalam versi baru 
KEJAYAAN.....BERSAMAMU....

Ia paparan susulan perubahan terkini keluarga 
Bersamamu yang telah mendapat bantuan daripada 
masyarakat Malaysia yang sememangnya prihatin. 

Terima kasih kerana menghulurkan sumbangan
kepada mereka.....

Hah satu lagi, sekadar mengingatkan rakan rakan 
yang bercuti Isnin depan sempena Nuzul Quran, 
luangkanlah masa untuk menonton program 
UMRAH BERSAMAMU jam 5 petang ya.......

Kita dekati dan mendengar isihati jemaah terpilih
yang menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci penuh
barakah....

Hari ini PRIMEWORKS STUDIO meraikan sambutan
ulangtahun ke 4.

Kek ulangtahun ke 4 PRIMEWORKS STUDIO.....
 
Diadakan majlis sambutan ulangtahun dan juga
berbuka puasa..... ada cabutan bertuah lagi....


Tak ada rezeki nak dapat kamera lah Abg Nal.....

Menarik juga hadiah yang diberi antaranya kamera
Nikon, telefon Samsung, pakej penginapan, baucer
makan dan beberapa yang lain.

Tahniah pada bos saya Nuraeshah Malik kerana 
mendapat hadiah kamera Nikon.

Juga buat Kak Jun, Husni dan Farhan semua dari
unit Majalah dan Dokumentari.

Tahniah kepada mereka yang memenangi cabutan bertuah.....


Kalau dah rezeki tertulis....hah menjadi hakmilik kitalah...... 

Syukur Alhamdulillah......... 




Kambing panggang......

Menunggu waktu untuk berbuka puasa.....





4 comments:

  1. Salam Cik Inn,
    Busy betul ye la ni...?
    hehehe..

    takpe... macam mana busy pun..kesihatan kena jaga sama..

    ni kalau Cik In out-station..saper jaga si 'Adam' tu?

    ReplyDelete
  2. salam..

    best dpt hadiah
    sibuk xpe.. x terasa masa berlalu

    ReplyDelete
  3. dapat kamera nikon. waaah best tu

    ReplyDelete
  4. Seronok berbuka dengan rakan2 sekerja.. Chik Inn dapat hadiah apa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...