Ads by nuffnang

Thursday, August 23, 2012

Rakan masih beraya ...saya dah mula bertugas.......


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat rakan rakan tidak 
kira di mana saja anda berada.......

Sibuk beraya maka blog pun saya tak sempat 
Update......

Pejam celik dah 5 hari kita meninggalkan Ramadan
dan saya pasti ada di kalangan rakan rakan terus 
menyambung puasa sunat Syawal.....

Jika tahun lepas, Syawal kedua saya dah mula berpuasa, 
tapi tahun ini, baru hari ini mula.......dan hari ini juga saya 
dah kembali bertugas.....

Dah 4 series ini kira beraya ala kadar aja, beri peluang 
staf staf baru bercuti lama sikitlah......

Pagi tadi memandu kereta ke Sri Pentas, memang rilek 
aja kerana jalanraya tak sibuk langsung.....

Dan di pejabat pun macam dilanda garuda...... 
agak lenggang dan  kebanyakan warga Media Prima 
mula bertugas pada hari Isnin...... 

Sambutan Raya pada hari pertama dan kedua di rumah 
saya memang tak memang tangan......biasalah
dikunjungi ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat 
handai....

Sesekali berkumpul ramai ramai memang seronok.....

Seperti biasalah saya ni kalau hari pertama ajalah pakai
baju kurung atau jubah, masuk hari kedua, seperti
biasalah berkemeja T dan berseluar......

Bagi yang masih beraya, kawal sikit makan tu ya..... 
dan berhati hati di jalanraya.......


Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin......,.
Raya Kedua...Riezman dan Kartina turut bertandang ke rumah....
 

Bersamam cucu saya Iman.......

Warna warni Aidilfitri......


 

5 comments:

  1. Sekejap saja dah 6 Syawal hari ini. Selamat berpuasa 6 Chik Inn. :)

    ReplyDelete
  2. bestnye tengok artis bertandang. selamat hari raya cik inn

    ReplyDelete
  3. Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin Chik Inn..

    seronok nya beraya.. rasa nak jugak beraya rumah chik inn satu hari nnti..

    ReplyDelete
  4. Kalau Mulan dan rakan rakan nak datang ke rumah saya...beritahu awal awal ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...