Ads by nuffnang

Wednesday, October 29, 2014

Perkongsian bersama pensyarah baru... Dr Mazlin....

Syukur Alhamdulllilah sesi perkongsian bersama
rakan rakan sekuliah saya bagi kelas "research method"
berjalan lancar petang tadi.

Terima kasih kepada Dr Suzana yang memberi ruang
dan peluang kepada saya untuk berkongsi teknik
menemuramah baik individu berjawatan tinggi, wargaemas,
orang dewasa, remaja serta kanak-kanak secara santai
mahupun serius.

Juga kepada rakan kuliah saya Ain, membantu dan
menyediakan slide dan visual sepanjang perkongsian.

Sebenarnya saya kurang sihat sejak dari semalam lagi.

Kira kira jam 3.30 petang, saya mohon untuk balik rumah
untuk berehat kerana saya terasa lemah dan letih sekali.

Rasa nak pengsan dan ternyata selepas maghrib sambil
subuh saya tak sedarkan diri.

Mujurlah anak buah saya ada dan dia terus memantau
keadaan saya.

Besar kemungkinan keadaan saya jadi begitu kerana
tugasan tiga hari terakhir di Sabah, berulang alik ke
Pulau Gaya dari Kota Kinabalu menggunakan bot laju
justeru hentakan bot melanggar ombak sememangnya
agak menyakitkan.

Saya sudah biasa tugasan menaiki bot baik di sungai
mahupun laut dalam.

Lazimnya kami menaiki bot pelancong yang
berbumbung atau bot besar maka bot tidak dibawa
laju.

Semasa tugasan beberapa hari tu,tidak rasa sakit tetapi
semalam dan mula terasa sendi dan urat kesakitan.

Faktor umur pun boleh jadi juga serta kurang rehat
berikutan tugasan tanpa henti saya lebih seminggu di
luar daerah bermula dengan Kempas, Johor,
Cameron Highland dan terus ke Sabah.

Pagi tadi memang masih terasa sakit lagi dengan
tekak mula perit dan selsema.

Berikutan sebelah petang dah janji dengan seorang
pelajar bernama Ely untuk membantu tugasannya
serta Dr Suzana dan rakan kuliah untuk berkongsi
pengalaman maka saya kuatkan semangat.

Alhamdulilllah, ternyata segalanya dipermudahkan
Allah swt.

Saya maklumkan kepada Dr Suzana akan mengambil
masa kurang daripada 40 minit tetapi hakikatnya
setelah seronok berkongsi cerita serta sesi soaljawab
masa yang saya ambil melebihi 1 jam 15 minit.

Terasa macam pensyarah pulak...

Terima kasih kepada geng Super Senior M Phil,
merakamkan gambar ketika saya beraksi di depan
dewan kuliah.

Dan Kak Maznah, yang terus mengelar saya Dr Mazlin.......
macam macamlah rakan sekuliah saya ini.....

In sya Allah.....selesai Master, ada perancangan untuk
menyambung PHD....

Apapun, kita merancang segalanya ketentuan Illahi.....

Yang pasti tambah satu lagi nama gelaran saya.....

Daripada Auntie Bluee dan jadi Dr Mazlin pulak...

Terima Kasih Dr Suzana....

Pensyarah baru.....
 
 
 

4 comments:

  1. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat Cik Inn...

    ReplyDelete
  2. Moga chik Inn cepat sembuh hendakNYA.. dan moga urusan dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  3. Aamiin
    Ya Rabbal Alaamin
    Dr Mazlin is on the way... In syaa ALLAH

    ReplyDelete
  4. salaam Cik Inn...

    Seronoknya baca, Cik Inn akan jadi seorang pensyarah yang hebat, dengan ilmu yang sarat di dada, rangkaian industri yang ramai = sangat akan memberi manafaat pada para pelajar cik inn kelak...

    InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanya Dr Mazlin Nordin.

    -aishah pingu2 always (to you only) haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...