Ads by nuffnang

Friday, November 23, 2012

Bersepah sepah Durian di bahu jalan......

Alhamdulillah sampai di Sri Pentas sebentar
tadi kira kira jam 7 malam.

Sepanjang perjalanan dari Taiping kira kira
jam 3 petang ke Sri Pentas hujan rahmat terus
membasahi bumi dan setiap kenderaan dipandu
dengan berhati hati.

Tugasan bermula semalam, di mana saya bersama
wartawan Ainul Fatehah dan pemandu kami
Abang Hamdan membuat tinjauan dan
perbincangan dengan beberapa subjek atau
responden Bersamamu terdahulu.

Kami menjenguk Rumah Anak Yatim Miskin
Bait Al Amin di Parit yang pernah disiarkan
dalam BERSAMAMU tahun 2005 dan bertemu
Pengerusinya Encik Rozelan untuk mengatur
jadual penggambaran seterusnya.


Berbincang dengan En Rozelan (berbaju merah) dan wakil
daripada UNI Tun Abd Razak -Dr Hafriza

Alhamdulillah selepas kisah Rumah Anak Yatim
yang agak daif ketika itu ke udara di TV3,
mencurah curah pihak orang perseorangan,
NGO, bank dan banyak lagi pihak menghulurkan
bantuan.

InsyaAllah pada hari Isnin ini krew Potret
Bersamamu akan ke sana semula membuat
rakaman selama dua hari.

Bermalam di Seri Iskandar, pagi tadi kami
ada temujanji dengan pihak Mardec di Bota
Kanan dan seterusnya ke kawasan Bukit Merah
di Taiping berjumpa seorang lagi keluarga
Bersamamu Kak Hamidah.

Bertanya khabar perkembangan Kak Midah
(berbaju hijau)

Apa yang saya nak kongsikan sedikit dalam
entri hari ini adalah perjalanan kami dari
Parit ke Bukit Merah menggunakan jalan lama
kira jalan kampunglah.......

Selalunya terus ikut lebuhraya....

Bila ikut jalan kampung, dengan suasana kehijauan
dan mendamaikan memang tenang aja dirasakan...

Dan paling membuat saya teruja tatkala bila lalu
di beberapa buah kampung, buah rambutan, durian
bergayut gayut di pokok bagaikan melambai lambai.

Dan di kiri kanan bahu jalan punyalah ramai peniaga
buah buahan seperti manggis, cempedak, langsat,
durian belanda......

Dan semestinya durianlah yang menjadi
daya penarik..

Dek kerana teruja, melihat deretan buah durian,
dalam keadaan hujan renyai renyai, kami sempat
berhenti seketika untuk menikmati buah durian
yang memang terbaek......

Dijual dengan harga di antara RM5 - RM6 sekilo,
kalau memang "kaki durian" pasti tidak akan
melepaskan peluang.

Saya pun memang suka makan durian tapi
disebabkan ada diebetes, kenalah makan
berpada pada.......

Berpada pada pun rasanya lebih 7 ulas saya makan...
jawabnya kenalah cucuk insulin lebih sikit......

Oleh kerana van yang kami naiki, van baru, tak
jadilah bawa balik.....nanti kawan lain gunakan
kenderaan sama.....ada yang pening pulak dengan
bau Raja Buah tu.......

Jika rakan rakan ada kelapangan hujung minggu
dan memang kaki durian, bolehlah jalan jalan
cari makan di Perak......

Abang Hamdan sempat beri petua, kalau jari
jemari tangan tak mahu bau durian, basuh tangan
dengan cara menuang air di atas durian dan
air yang menitis dicucikan jari jemari kita.....

Selamat mencuba.....

Deretan gerai menjual durian di bahu jalan di antara
Parit ke Taiping

Memang terbaik dan harga juga berpatutan..
Cempedak dan Durian Belanda.....

Ainul memang penggemar
durian yang tegar......


 
 

3 comments:

  1. bestnyaa.. nampak gaya kena cari cuti nak balik kampung makan durian. :)

    ReplyDelete
  2. Ya Fazlinil, memang sesuailah balik kampung dan menikmati buah buahan tempatan, kalau pergi konvoi ramai ramai lagi lah best.....

    ReplyDelete
  3. kat Tapah pun.tengah musim durian ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...