Ads by nuffnang

Tuesday, November 6, 2012

Tangga Bradley Kuala Krai.....

Penerbangan ke Kota Bharu pagi ini sungguhpun
lewat 10 minit, ia tidak menjelaskan temujanji
kami dengan Pengetua dan tenaga pengajar
MRSM Kuala Krai.

Saya dan wartawan Liza ke sana untuk tugasan
Potret Bersamamu mendekati seorang pelajar
anak Rosmini Deraman yang berasal dari
Pulai Condong, Machang.

Kerjasama yang diberikan pihak kakitangan
MRSM memang baik sekali.

Selesai penggambaran dan makan tengahari,
kira kira 3 petang, kami pun meninggalkan
MRSM.

Krew Potret Bersamamu dan sebahagian daripada tenaga
kerja MRSM Kuala Krai

Sebelum balik ke Kota Bharu, saya singgah
sebentar ke Tangga Bradley atau kini dikenali
sebagai Tangga Krai.

Satu masa dulu, tangga ini menjadi
tanda aras untuk makluman andai akan
berlaku banjir besar di Kelantan.

Ketika berada di jeti penambang, mengimbas
kembali ketika saya menerbitkan rancangan
Warna Warna Malaysia bersama pengacara
Datin Normala Samsudin.

Ternyata rumah rumah rakit berhampiran
pinggir Sungai Kelantan di Kuala Krai tinggal
beberapa buah sahaja tidak sebanyak
ketika rakaman yang saya buat kira kira
15 tahun lalu.


Lokasi ketika saya menerbitkan Warna Warna Malaysia
bersama Datin Normala Samsudin

Tanda aras untuk menyukat banjir di Tangga Krai

Dari Kuala Krai, kami singgah makan malam
di Pasir Mas ke Restoren Yee Taming Sari,
individu yang obses dengan pelbagai koleksi
keris yang pernah kisahnya disiarkan dalam
program OBSESI TV9 beberapa bulan lalu.

Bila nak bayar aja, Abang Yee kata
"on the house".......

Bersama Abe Yee di depan restorennya
 

Alhamdulillah....rezeki jangan ditolak....

Esok, hari yang panjang buat saya dan krew.....

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Jangan lupa singgah makan di restoren nasi ulam cikgu di balai kraftangan malaysia KB. Rugi kalau tak singgah...

    ReplyDelete
  2. Wah! Di Kelate rupanya,tangga Krai hampir dengan rumah baru saya. Kota Bharu tanahair kelahiran saya....welcome to Serambi Mekah Kak Lin,tak berpeluang nak jumpa dengan Kak Lin,kalau tak saya boleh belanja akak ayam bakar kegemaran saya hasil tangan sepupu saya di sebelah Balai Polis Melor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...