Ads by nuffnang

Thursday, November 29, 2012

Namastee Bollywood d Negeri Cik Siti Wan Kembang.....

Esok saya akan ke Kelantan lagi, bukan tugasan
Potret Bersamamu sebaliknya Intai Intai Deko.

Tahun ni sahaja dah 4 kali saya pergi balik ke
Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Awal bulan November semasa tugasan
Bersamamu saya sempat juga "recce" atau
tinjau beberapa rumah di sana dan atas
persetujuan tuanrumah, maka saya
kembali semula untuk tugasan seterusnya.

Antara rumah yang bakal dirakamkan dekorasi
rumah mereka adalah rumah tokey serunding
dan dodol yang tidak asing lagi di Kelantan
iaitu rumah Kak Yah.

Berkonsepkan ala Bollywood, tatkala kami
masuk untuk membuat tinjauan tempuhari,
tergaman jugalah kami......

Hah tenguklah photo photo di bawah ini.....

InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entri
akan datang kenapa Kak Yah atau nama
sebenarnya Wan Sabariah memilih konsep
ala ala rumah yang terdapat dalam filem filem
hindustan.....

Namastee Bollywood.......

Pintu masuk rumah Kak Yah
 
Ruang tamu satu....

Tangga ala ala rumah dalam filem Hindustan
 

Ruang tamu dua.....

 

Wednesday, November 28, 2012

Patah peha dan bahu kanan.....

Sebentar tadi jika rakan rakan sempat
menonton Potret Bersamamu, ia memaparkan
kisah Siti Aini Suip dari Jenjarom, Selangor.

Ibu kepada 8 cahayamata, gigih berusaha
dengan sumbangan yang  diterima daripada
orangramai untuk terus keluar daripada
kepompong kemiskinan.

Bagi yang terlepas boleh menonton di
 www.tonton.com.my

Ketika menghadiri mesyuarat pengurusan,
saya dikejutkan dengan panggilan telefon
dan pemanggilnya adalah Siti Aini Suip.

Dengan nada yang sedih dan terisak isak,
dia memberitahu saya yang anaknya
Hairul Anuar yang membantu di gerai
mengalami kemalangan dengan treler.

Berderau darah mendengar kabar berita
terbabit.

Selesai mesyuarat dan menguruskan
beberapa dokumen, saya ditemani
Penerbit Intai Deko Norlizah Yusof terus
ke Hospital Besar Tengku Ampuan
Rahimah, Klang.

Setiba di hospital, waktu lawatan telah
ditutup.

Justeru saya menunggu Aini di ruang legar
di bawah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala
galanya.

Aini meminta kebenaran pengawal keselamatan
untuk membawa saya naik ke tingkat 5 melawat
anaknya dan tiada halangan bagi mereka.

Terima Kasih Pak Guard....

Hairul patah peha dan bahu kanan.

Dia terjatuh kerana terlanggar kereta
untuk mengelakkan daripada treler yang
laju di kawasan Jalan Banting.

Aini tidak dapat mengawal rasa kesedihan
justeru saya dan Norlizah tidak putus putus
meniup kata kata semangat buat Aini dan
Hairul.

Sama samalah kita berdoa agar pembedahan
yang akan dilalui Hairul esok berjalan lancar
dan cepat sembuh.

Bagi Aini, setiap apa yang berlaku tersembunyi
hikmah tersendiri dari Yang Maha Esa.

Teruskan bersabar dan redha dengan
ketentuanNYA.

Kasihnya ibu sentiasa di sisi........



 

Tuesday, November 27, 2012

Mabuk.... bau Getah Sekerap......

Dua hari saya di Perak Tengah untuk penggambaran
di Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Bait Al Amin,
kesinambungan kepada "recce" yang saya buat
minggu lepas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti
yang dirancangkan sungguhpun hujan turut
membasahi bumi Parit.

Ketika tahun 2005, kami pernah membuat paparan
di pertubuhan itu dan keadaan rumah yang dihuni
anak yatim/miskin waktu itu sememangnya uzur.

Selepas dipaparkan, sumbangan yang diterima
daripada pelbagai pihak, begitu baik sekali dan
mereka kini mempunyai bangunan yang
sempurna dan selesa.

Dalam Edisi Khas Ramadan Bersamamu 2005,
kami turut paparkan kisah Anita Abu Bakar,
ibu tunggal enam cahayamata.

Dia bekerja di ladang ternakan ayam dan tinggal
sekali dalam kawasan ladang yang kediamannya
memang tidak sesuai utk pembesaran anak
anaknya.

Sungguhpun gaji diterima tidak setimpal namun 
demi membesarkan anak anak, biarpun
dikerumuni lalat bercampur dengan bau najis ayam,
tetap diharungi.

Dia redha setiap apa yang berlaku dan percaya
pasti ada hikmat tersendiri.

Kini, Anita telah mendapat pekerjaan tetap di
kilang Mardec, punya gaji yang tetap, kehidupan
lebih baik dan kediaman lebih sempurna. 

Anaknya Farah Hani 14 tahun yang menghuni
di Rumah Anak Yatim turut mendapat keputusan
baik dalam pelajarannya.

InsyaAllah, seorang lagi adiknya bakal menjadi
penghuni Bait Al Amin tidak lama lagi.

Semasa penggambaran di kilang tempat Anita
bertugas, ia satu pengalaman baru buat krew
terutamanya wartawan saya Ainul Fatehah.

Bab penggambaran di ladang getah, pepagi hari
ke, tengahari ke, petang ke, memang biasa
ikut individu pergi menoreh.

Dikelilingi nyamuk pun, kira tak ada masalah,
tetapi penggambaran memproses getah di
dalam kilang Mardec di Bota Kanan ini memang
berlainan sekali.....

Adusssss.......bau getah sekerap, menyusuk
jiwa dan kalbu.

Memang tidak dinafikan, kadangkala dalam
perjalanan ke sesuatu lokasi dan melintasi
kilang getah, bau getah memang dihidu tetapi
sekadar sekali lalu.

Bila dah berada di kilang dengan jangkamasa
lama, memang letak minyak angin di hidunglah
jawabnya......


Getah yang sedang diproses.....

Jurukamera merakamkan pekerjaan Anita

Longgokan getah sekerap di belakang saya
 menanti untuk diproses...

Ainul terus mabuk dan muntah kerana tidak tahan
dengan keadaan bau getah sekerap yang memenuhi
sebahagian daripada kilang terbabit....

Malah bau terus melekat ke baju jangka masa
yang lama......

Kesian Ainul.....satu pengalaman baru buat dirinya....

Mungkin bagi pekerja seperti Anita dan rakan
rakan, alah bisa tegal biasa.......mereka telah
lali dengan keadaan bau getah yang di proses...

Bagi mereka, yang penting mencari rezeki yang
halal dan diberkati demi masa depan anak anak......

Buat Anita, teruskan usaha untuk merubah kehidupan
dan keluar daripada kepompong kemiskinan.....

Dalam perjalanan balik, krew yang teruja dengan
kisah lambakan durian di bahu jalan, singgah
dan membeli untuk dibawa balik.

Untuk mengelakkan daripada bau getah sekerap
dan bau durian bercampur aduk dalam van, rakan
rakan saya mengambil inisiatif membungkus durian
bagaikan nak naik pesawatlah........

Selamat menjamu durian sahabat sahabatku bersama
keluarga ........


Bungkus jangan tak bungkus.......

Durian yang telah dibungkus berlapis lapis......



Tapi makan tu berpada pada ya.......
ingat kesihatan......sekadar renungan bersama......


 

Friday, November 23, 2012

Bersepah sepah Durian di bahu jalan......

Alhamdulillah sampai di Sri Pentas sebentar
tadi kira kira jam 7 malam.

Sepanjang perjalanan dari Taiping kira kira
jam 3 petang ke Sri Pentas hujan rahmat terus
membasahi bumi dan setiap kenderaan dipandu
dengan berhati hati.

Tugasan bermula semalam, di mana saya bersama
wartawan Ainul Fatehah dan pemandu kami
Abang Hamdan membuat tinjauan dan
perbincangan dengan beberapa subjek atau
responden Bersamamu terdahulu.

Kami menjenguk Rumah Anak Yatim Miskin
Bait Al Amin di Parit yang pernah disiarkan
dalam BERSAMAMU tahun 2005 dan bertemu
Pengerusinya Encik Rozelan untuk mengatur
jadual penggambaran seterusnya.


Berbincang dengan En Rozelan (berbaju merah) dan wakil
daripada UNI Tun Abd Razak -Dr Hafriza

Alhamdulillah selepas kisah Rumah Anak Yatim
yang agak daif ketika itu ke udara di TV3,
mencurah curah pihak orang perseorangan,
NGO, bank dan banyak lagi pihak menghulurkan
bantuan.

InsyaAllah pada hari Isnin ini krew Potret
Bersamamu akan ke sana semula membuat
rakaman selama dua hari.

Bermalam di Seri Iskandar, pagi tadi kami
ada temujanji dengan pihak Mardec di Bota
Kanan dan seterusnya ke kawasan Bukit Merah
di Taiping berjumpa seorang lagi keluarga
Bersamamu Kak Hamidah.

Bertanya khabar perkembangan Kak Midah
(berbaju hijau)

Apa yang saya nak kongsikan sedikit dalam
entri hari ini adalah perjalanan kami dari
Parit ke Bukit Merah menggunakan jalan lama
kira jalan kampunglah.......

Selalunya terus ikut lebuhraya....

Bila ikut jalan kampung, dengan suasana kehijauan
dan mendamaikan memang tenang aja dirasakan...

Dan paling membuat saya teruja tatkala bila lalu
di beberapa buah kampung, buah rambutan, durian
bergayut gayut di pokok bagaikan melambai lambai.

Dan di kiri kanan bahu jalan punyalah ramai peniaga
buah buahan seperti manggis, cempedak, langsat,
durian belanda......

Dan semestinya durianlah yang menjadi
daya penarik..

Dek kerana teruja, melihat deretan buah durian,
dalam keadaan hujan renyai renyai, kami sempat
berhenti seketika untuk menikmati buah durian
yang memang terbaek......

Dijual dengan harga di antara RM5 - RM6 sekilo,
kalau memang "kaki durian" pasti tidak akan
melepaskan peluang.

Saya pun memang suka makan durian tapi
disebabkan ada diebetes, kenalah makan
berpada pada.......

Berpada pada pun rasanya lebih 7 ulas saya makan...
jawabnya kenalah cucuk insulin lebih sikit......

Oleh kerana van yang kami naiki, van baru, tak
jadilah bawa balik.....nanti kawan lain gunakan
kenderaan sama.....ada yang pening pulak dengan
bau Raja Buah tu.......

Jika rakan rakan ada kelapangan hujung minggu
dan memang kaki durian, bolehlah jalan jalan
cari makan di Perak......

Abang Hamdan sempat beri petua, kalau jari
jemari tangan tak mahu bau durian, basuh tangan
dengan cara menuang air di atas durian dan
air yang menitis dicucikan jari jemari kita.....

Selamat mencuba.....

Deretan gerai menjual durian di bahu jalan di antara
Parit ke Taiping

Memang terbaik dan harga juga berpatutan..
Cempedak dan Durian Belanda.....

Ainul memang penggemar
durian yang tegar......


 
 

Wednesday, November 21, 2012

Deman beberapa hari dan dapat jangkitan kuman......

Entri hari ini, saya nak menulis lagi yang ada kaitan
dengan kesihatan.

Semasa waktu makan tengahari tadi,saya ditemani
Liza dan Asriza ke Tropiciana Medical Centre.

Tujuannya untuk menziarah seorang rakan lama kami
yang kini menjadi orang paling kanan dan kuat di bilik
berita TV9.

Rusliza Md Drus telah menjadi wargakerja Media Prima
lebih 20 tahun dan ibu kepada 5 cahayamata.

Dia di masukkan ke wad 520 isnin pagi dikatakan
mempunyai masalah jangkitan kuman di paru paru.

Macam macam penyakit sekarang ini dan tidak kira
usia mahupun bangsa.

Bertanya puncanya bagaimana dia dijangkiti kuman
di paru paru, jawapannya,

"Dua tiga hari ini Liza memang dah deman, tapi buat
tak kisah aja dan sibuk menguruskan ayah di rumah,
anak lelaki yang bersunat dan juga anak dara yang
menduduki STPM dan SPM".

"Habis tu dah deman tak jumpa doktor?" saya bertanya
ringkas.

"Pergi pagi ahad, lepas makan ubat macam tak ada
kesan tapi dada makin sakit rasa berat aja so malam
tu juga ke Tropicana lah".

Selesai dia membuat pemeriksaan dan Xray,
dinasihatkan pulang ke rumah dan dapatkan
keputusan pemeriksaan isnin pagi.

Alangkah terperanjatnya Liza mendapati keputusan
Xray nya kelihatan beberapa tompok putih di paru paru
kerana jangkitan kuman.

Dia dinasihatkan untuk terus menjalani pemeriksaan
dan perlu menjadi penghuni pusat rawatan itu untuk
beberapa hari lagi.

Punca yang boleh menjadi jangkitan kuman adalah
persekitaran udara yang kurang bersih dan segar,
serta menjadi mangsa kepada penghisap rokok.

Justeru bagi siapa yang merokok silalah kata
"tak nak kepada merokok" kerana selain
memudaratkan diri sendiri ia turut menjadikan
mangsa yang sememangnya tidak merokok turut
terhidu asap rokok yang melayang layang.

Cegah sebelum parah.....

Semoga sahabatku Liza cepat sembuh dan carilah
pembantu rumah untuk meringankan urusan
rumahtangga setelah penat bekerja seharian. ....

Cepat sembuh ya sahabat.......

Umur dah 4 series kesihatan perlu diutamakan......

 

Tuesday, November 20, 2012

Alhamdulillah ...tak perlu buat pembedahan......

Semalam, sebelah pagi saya ada temujanji untuk rawatan
susulan di Damansara Medical Centre untuk masalah
lengan kanan saya dengan Dr Rozman Idrus.

Kalau tidak silap, tahun lepas saya pernah menulis
dalam blog mengenai pengalaman saya ketika perlu
menjalani pemeriksaam MRI di Ampang Gleaneagle
Medical Centre.

Menunggu terlalu lama kerana beberapa dokumen
daripada pihak insuran yang lewat membuat saya
"angin" satu badan.

Baru aja masuk dalam terowong MRI terus minta
dikeluarkan sekejap untuk menenangkan fikiran.

Maklumlah masuk dalam terowong yang kecil
dan sempit, yang ada di kalangan kengkawan saya
gelar "macam masuk keranda".  

Daripada keputusan yang diterima ketika itu, saya
perlu menjalani fisioterapi untuk beberapa bulan,
tapi tidak dapat habiskan beberapa sesi kerana
kekangan waktu dan tugasan luar.

Lagipun orang macam saya ni tak boleh duduk diam
dan sering mengangkat barang yang agak berat,
lengan kanan saya kembali bermasalah dan begitu sakit
untuk mengangkat tangan ke atas.
(sebab tu perlawanan boling Xmass comm UiTM malam
sabtu lalu....balingan hancur......hahaha alasan.........)

Nak berulang ke Ampang agak jauh, maka saya
dicadangkan berjumpa DR Rosman di Damansara tak
begitu jauh dari Sri Pentas.

Daripada keputusan MRI yang dibuat semalam,
sememangnya beberapa urat di lengan kembali
bermasalah dan ligamen saya koyak namun belum
tahap kritikal seperti yang berlaku di lengan kiri saya.

Justeru Dr Rosman memaklumkan buat ketika ini
saya hanya perlu menyuntik sejenis cecair macam
"steroid" dan makan ubat.

Dalam masa 1 ke 2 bulan masih tidak ada perbezaan,
jawabnya ke dewan pembedahan jugalah.

Semalam masa buat imbasan MRI memang tak ada
masalah, relak aja dan terus baring dalam terowong tu,
dah lebih 15 minit...hah mulalah dah rasa lemas......
dengan sejuknya lagi.....terus tekan loceng kecemasan...

Alhamdulillah staf bahagian radiograpi bijak
menenangkan saya.....

Agaknya faktor umur dah lebih 4 series ini....macam
macamlah perasaan tetiba menyelubungi diri.......

Pagi tadi semasa DR Rozman menyuntik ubat
terbabit di lengan kanan saya, memanglah terasa
sakit terutamanya bila ubat tu masuk ke kawasan
yang bermasalah.

Namun ia tidak sesakit, ketika dia menyuntik tumit
kanan saya minggu lepas kerana terdapatnya
pertumbuhan tulang kecil di tumit saya.

Seperti kata Dr Rozman, tulang tu bukan tumbuh sekelip
mata tetapi jangka masa yang lama.

Memang dah lebih 6 bulan bila saya berjalan
macam benda tajam menusuk tapi buat relak aja kerana
ia kadang kadang tidaklah rasa macam sakit sangat.

Tapi sejak dua menjak ni bangun pagi saja, memang tak
boleh pijat lantai dan berjalan pun menahan sakit maka
barulah terbuka hati nak jumpa doktor.

Antara sebabnya berlaku pertumbuhan tulang di tumit
kerana mengangkat barang berat justeru keseimbangan
kaki tidak dapat menahannya, kaki terlalu lasak
digunakan, berat badan bertambah, juga kasut yang
tidak sesuai.

Bab suntik menyuntik jarum ni kira saya dah pakarlah
sebab menyuntik insulin 2 kali sehari tetapi bila tenguk
jarum yang nak disuntik ke tumit saya panjang, berdenyut
juga jantung sekejap.

Ketika doktor menyuntik jarum ke tumit boleh tahan
lagi, tapi bila mula cecair seperti "steriod" dimasukkan
perlahan lahan...........

Ya Allah..........sakitnya..... kalau ada pembaris besi
saya pegang, mahu bengkok jadinya.......  

Hah apa yang nak saya kongsikan hari ini sekadar buat
pengetahuan rakan rakan mahupun ingatan diri
saya sendiri....

Jangan angkat barang barang atau beg galas yang berat
(komputer riba)di luar daripada kemampuan kita,
kekadang kita rasa memang boleh angkat tapi
hakikatnya kita memaksa diri.

Begitu juga bila berjalan....kalau dah tak larat nak
terus berjalan atau mendaki, perlu relak dulu....

Jangan menzalimi diri kita............

Renung renungkan....


X-ray tumit saya di mana kelihatan tulang kecil
nampak tajam di kiri kanan tumit

Panjang jarum tu........
 

Monday, November 19, 2012

Hangus sekelip mata....

Tengahari tadi, saya, Noraini Tahir dan
Junaidah Md Din ke Kampung Cheras Baru,
melawat rumah sahabat kami Jurukamera
Jebat M Roseli yang kebakaran pagi
semalam.

Sampai saja di lokasi, baru beri salam,
dan bertanya kabar, Jebat terus sebak.....

Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar
pintas bermula di bahagian dapur.

Ketika kejadian kira kira 7.45 pagi, Jebat
telah sampai di Sri Pentas dan sedang
menyiapkan peralatan kamera untuk keluar
bersama saya tugasan Potret Bersamamu
di Temerloh, Pahang.

Tiba tiba dia menerima pangilan telefon
menyatakan rumahnya mengalami kebakaran.

Sangkaannya kebakaran tidak besar.

Tatkala sampai di rumah, bagaikan nak pitam
melihatkan keadaan rumahnya dan mujur tiada
kecederaan pada ahli keluarga mahupun jiran
tetangga.

Ramai rakan rakan datang menziarah dan terus
memberi semangat kepada Jebat dan keluarga.

Ketika masuk di perkarangan rumah Jebat,
tersentuh hati saya bila dia menunjukkan periuk
nasi kecilnya....

"Chik Inn, ni periuk nasi yang selalu kita guna
masa kita assignment oversea, banyak jasanya
dan dah sampai merata dunia", Jebat memegang
dengan matanya redup digenang airmata.

Jebat antara jurukamera yang kerap juga bertugas
dengan saya ke luar negara yang memakan masa
yang lama sehingga lebih 31 hari, juga tugasan
di bulan Ramadan.

Justeru seperti di Eropah, New Zealand, Australia,
China, Surinam, periuk terbabit digunakan untuk
memasak nasi mahupun lauk pauk yang ringkas.

Ayah kepada 4 cahayamata, Jebat memang suka
memasak untuk rakan rakannya.....

Semoga Jebat dan keluarga tabah dengan ujian
dan dugaan daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku tersemat
hikmah tersendiri yang Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik buat umatNYA.......

Keadaan rumah Jebat yang hangus segala galanya



Periuk nasi yang banyak jasanya ......

Ketika ini Jebat dan jiran menumpang di Dewan Orangramai
Bukit A Kg Cheras Baru

 

Tuesday, November 6, 2012

Tangga Bradley Kuala Krai.....

Penerbangan ke Kota Bharu pagi ini sungguhpun
lewat 10 minit, ia tidak menjelaskan temujanji
kami dengan Pengetua dan tenaga pengajar
MRSM Kuala Krai.

Saya dan wartawan Liza ke sana untuk tugasan
Potret Bersamamu mendekati seorang pelajar
anak Rosmini Deraman yang berasal dari
Pulai Condong, Machang.

Kerjasama yang diberikan pihak kakitangan
MRSM memang baik sekali.

Selesai penggambaran dan makan tengahari,
kira kira 3 petang, kami pun meninggalkan
MRSM.

Krew Potret Bersamamu dan sebahagian daripada tenaga
kerja MRSM Kuala Krai

Sebelum balik ke Kota Bharu, saya singgah
sebentar ke Tangga Bradley atau kini dikenali
sebagai Tangga Krai.

Satu masa dulu, tangga ini menjadi
tanda aras untuk makluman andai akan
berlaku banjir besar di Kelantan.

Ketika berada di jeti penambang, mengimbas
kembali ketika saya menerbitkan rancangan
Warna Warna Malaysia bersama pengacara
Datin Normala Samsudin.

Ternyata rumah rumah rakit berhampiran
pinggir Sungai Kelantan di Kuala Krai tinggal
beberapa buah sahaja tidak sebanyak
ketika rakaman yang saya buat kira kira
15 tahun lalu.


Lokasi ketika saya menerbitkan Warna Warna Malaysia
bersama Datin Normala Samsudin

Tanda aras untuk menyukat banjir di Tangga Krai

Dari Kuala Krai, kami singgah makan malam
di Pasir Mas ke Restoren Yee Taming Sari,
individu yang obses dengan pelbagai koleksi
keris yang pernah kisahnya disiarkan dalam
program OBSESI TV9 beberapa bulan lalu.

Bila nak bayar aja, Abang Yee kata
"on the house".......

Bersama Abe Yee di depan restorennya
 

Alhamdulillah....rezeki jangan ditolak....

Esok, hari yang panjang buat saya dan krew.....

Thursday, November 1, 2012

POTRET BERSAMAMU....Wira di Medan Derita.....

Alhamdulillah semalam program musim baru 
Bersamamu iaitu POTRET BERSAMAMU kembali 
ke udara jam 9 malam setelah lebih 5 bulan
tidak bersiaran.

Terima kasih kepada rakan rakan yang 
menonton.

Semalam ketika saya menjadi tetamu MHI
(Malaysia Hari Ini) saya jadi sebak dan menitiskan
airmata bila diajukan beberapa soalan daripada
sahabat saya Ally Iskandar......

Sebak saya kerana teramat gembira menyaksikan
transformasi beberapa keluarga Bersamamu yang
dipaparkan sebelum ini, telah berubah dan terus
keluar dari kepompong kemiskinan.

Jika rakan rakan blogger berada di tempat saya,
pasti akan merasakan apa yang saya rasa.....

Jaclyn Victor yang turut menjadi tetamu dan 
menyampaikan lagu tema Bersamamu turut
sebak tatkala berkongsi pengalaman ketika
rakaman bersama kami beberapa tahun lalu.

Dengan lirik ditulis Habsah Hassan dan melodi 
gubahan Othman Mohamad, lagu "Wajah" dan 
program Bersamamu begitu sinonim sekali.

Jaclyn turut berbangga tatkala dimaklumkan 
beberapa keluarga kini berjaya meningkatkan 
taraf hidup mereka seperti dalam bait bait
lagu Wajah.....

Pada Wajah tiada rahsia...

Menunggu malang berganti tuah...
 
Usah kau berputus asa.....

Kaulah Wira...di medan derita......

Teruskan menonton Potret Bersamamu setiap 
Rabu jam 9 malam hanya di TV3.....

Dan bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan 
Potret Bersamam boleh ke
www.tonton.com.my

Hulurkan tangan, ringankan beban.......

Lagu "Wajah" dendangan Jaclyn memang terbaik.....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...