Ads by nuffnang

Sunday, March 4, 2012

KEJAMNYA REJIM POL POT......

Pagi tadi rombongan Cik Lina sempat ke Killing Fields di
daerah Chong Ekk yang terletak kira kira 15 kilometer
dari Bandar Phnom Penh.

Kalau di Malaysia, jarak 15 kilometer tu, kira kira 10 minit
boleh sampai ke lokasi tetapi 15 kilometer di sini mengambil
masa kira kira 30 minit kerana kesibukan jalanrayanya.

Banyak dah berubah keadaan di sini berbanding kali
pertama ketika saya membuat liputan di tempat yang
sama.


Rombongan Cik Lina di depan pintu masuk Killing Fields....

Tatkala melihat kawasan yang menjadi lokasi penderaan
Rejim Pol Pot begitu sayu rasanya.

Sesiapa saja yang dirasakan menentang corak
pemerintahannya, seisi keluarga akan menjadi mangsa
dera dan disiksa tanpa rasa belas kasihan.

Terdapat sepohon pokok yang dijadikan lokasi untuk
menghayun bayi atau kanak kanak hingga mati dan
kemudian terus dicampakkan ke dalam lubang.

MasyaAllah.... tatkala manusia rakus mengejar
kuasa...hilang sudah rasa perikemanusiaan.

Tengkorak mangsa berselerak di sekitar kawasan
terbabit.


Sebahagian daripada tengkorak mangsa kekejaman...
Pokok yang dijadikan lokasi untuk membunuh kanak kanak
yang tidak berdosa....

Kini terdapat sebuah muzium yang mengimbas sejarah
ringkas mengenai kejadian yang meragut ribuan
nyawa yang tidak berdosa di samping tayangan
dokumentari kekejaman zaman Rejim Pol Pot.

Manusia ohhh manusia......

Ok kita tinggalkan kisah di Killing Fields dan petang
tadi sempat menaiki bot pelancong menyusuri
sebahagian daripada Sungai Mekong dan menyaksikan
senja melabuhkan tirai malam.

Senja di bandar Phnom Penh....


Satu suasana yang begitu indah ciptaan Illahi......

Apapun saya rasa sungguh bertuah menjadi anak
Malaysia kerana negara kita bumi bertuah dan
syukurlah atas kemakmuran dan kesejahteraan
yang dikecapi sejak berzaman......

Alhamdulillah....

1 comment:

  1. saya pernah baca pasal polpot ni masa saya dalam belasan tahun kot dalam majalah al islam.

    banyak yang diceritakan..salah satu jenis penyiksaan polpot ni, kanak-kanak dihimpunkan didalam satu bilik dan dibogelkan..mereka dibiarkan berbaring dengan tangan yang diikit..
    dan mereka juga bakal disiksa dan dibunuh..
    ketika usia saya belasan tahun itu dan kini, membayangkan saya mengalaminya dengan usia sekecil mereka, saya rasa hati saya dicerut...tiada lain hanya ketakutan dan mengingatkan emak dan ayah...

    bukan itu saja di satu lubang yang dikorek pula, kanak-kanak di lambung dan ditembak bagaikan mainan....:(
    Orang kejam takkan terlepas balasan yang setimpal oleh allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...