Ads by nuffnang

Thursday, November 1, 2012

POTRET BERSAMAMU....Wira di Medan Derita.....

Alhamdulillah semalam program musim baru 
Bersamamu iaitu POTRET BERSAMAMU kembali 
ke udara jam 9 malam setelah lebih 5 bulan
tidak bersiaran.

Terima kasih kepada rakan rakan yang 
menonton.

Semalam ketika saya menjadi tetamu MHI
(Malaysia Hari Ini) saya jadi sebak dan menitiskan
airmata bila diajukan beberapa soalan daripada
sahabat saya Ally Iskandar......

Sebak saya kerana teramat gembira menyaksikan
transformasi beberapa keluarga Bersamamu yang
dipaparkan sebelum ini, telah berubah dan terus
keluar dari kepompong kemiskinan.

Jika rakan rakan blogger berada di tempat saya,
pasti akan merasakan apa yang saya rasa.....

Jaclyn Victor yang turut menjadi tetamu dan 
menyampaikan lagu tema Bersamamu turut
sebak tatkala berkongsi pengalaman ketika
rakaman bersama kami beberapa tahun lalu.

Dengan lirik ditulis Habsah Hassan dan melodi 
gubahan Othman Mohamad, lagu "Wajah" dan 
program Bersamamu begitu sinonim sekali.

Jaclyn turut berbangga tatkala dimaklumkan 
beberapa keluarga kini berjaya meningkatkan 
taraf hidup mereka seperti dalam bait bait
lagu Wajah.....

Pada Wajah tiada rahsia...

Menunggu malang berganti tuah...
 
Usah kau berputus asa.....

Kaulah Wira...di medan derita......

Teruskan menonton Potret Bersamamu setiap 
Rabu jam 9 malam hanya di TV3.....

Dan bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan 
Potret Bersamam boleh ke
www.tonton.com.my

Hulurkan tangan, ringankan beban.......

Lagu "Wajah" dendangan Jaclyn memang terbaik.....
 

2 comments:

  1. Kakcik suka sangat dengan lagu wajah tu... :)

    ReplyDelete
  2. Bersamamu suatu tempo yang baru...syabas pada yang berubah mencari satu kelainan yang hakiki dan cemerlang pada team BERSAMAMU yang padu dalam era global ......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...