Ads by nuffnang

Friday, March 15, 2013

Bilik mandi macam disko....

Bila bertugas sebagai wartawan atau yang
berkaitan dengan produksi macam saya ni
boleh dikatakan hampir setiap minggu akan
bermalam di rumah penginapan atau hotel.

Tak kiralah hotel tujuh bintang ke, lima
bintang, tak ada bintang ke, kalau balik
lewat malam selepas penggambaran, yang
paling penting adalah bilik yang selesa untuk
merehatkan diri.

Dari Kedah pada Ahad dan Isnin, saya ke
Kuala Pilah, Selasa hingga Rabu untuk
tugasan Potret Bersamamu.

Entri hari ini bukan mengenai keluarga
Bersamamu yang dipaparkan tetapi hotel
tempat kami menginap.

Sebelum ini kalau tugasan di Kuala Pilah,
kami akan menginap di Desa Inn di tengah
tengah pekan Pilah.

Tetapi kali ini kami menginap di Maling Inn,
sebuah hotel baru.

Nampak dari luar macam biasa saja, tetapi
hiasan dalaman di hotel ini agak menarik.

Di tingkat satu ada ruang rehat dengan
kolam ikan yang mendamaikan.

Satu yang paling menarik perhatian saya
dan krew adalah "shower" atau pancur air
di bilik mandi....

"Aku dah kerja TV3 lebih 28 tahun ni
first time duduk hotel shower berlampu"
Jebat membuka bicara...

"Macam kat disko dan rasa bestlah dok
kat dalam bilik mandi" Rose penolong
penerbit saya menyampuk.

Memang tidak dinafikan inilah julung julung
kalinya pengalaman saya,bilik mandi ada 
pancur air mengeluarkan lampu warna
warni......

Macam macam lah saudara.........


Pintu masuk hotel


Kejap warna merah....

Kejap warna Kuning.....

Kejap warna hijau....

Kejap warna biru....mengalah disko......
\
 

5 comments:

  1. Ya betul Melang Inn....dok menaip aja tak perasan.... Ruggedmom pernah menetap kat sana ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Uniknya hotel ni...tak pernah jumpa lagi "mandi kat disko" lagu ni.

    ReplyDelete
  3. Thank you staying with us and promote our hotel to public

    ReplyDelete
  4. Kalau dalam bahasa Jawa maling maknanya pencuri. Masa baca tadi terkejut jugak ada 'Maling Inn' maknanya 'Pencuri Inn'... hehehe

    MAIZARUL SHIMA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...