Ads by nuffnang

Sunday, March 3, 2013

Mahal air minuman di Morocco.......


Buat rakan blogger saya Anyss, hari ini saya
ingin kongsikan sedikit coretan berkaitan
makanan tempatan Morocco antaranya
Ayam Tagine di campur buah zaitun dan lemon,
Daging Tagine dimasak dengan prunes dan
kacang almond.

Ia digelar Tagine kerana dimasak di dalam
periuk khas seperti periuk tanah yang
memang sinonim dengan masyarakat
Morocco.

Dua hari pertama kami turut dihidangkan
dengan masakan berlaukkan kambing,
apalagi sesekali kepala pun dok berdenyut
denyutlah.

Justeru saya dan rakan rakan pun kurang
kurangkan sedikit makan kambing bakar
yang sememangnya sedapppp.....

Sesuatu yang agak pelik di sini adalah
ketika berada di restoren dalam hotel
mahupun di luar, tidak disediakan ais kosong
mahupun air suam seperti di kebanyakkan
restoren mahupun di coffee house hotel yang
dilawati dalam negara mahupun luar negara.

Sebaliknya setiap pengunjung yang ingin
menikmati makan tengahari mahupun malam,
kenalah beli air mineral yang berharga
20 dirham bersamaan kira kira RM 8.

Bukan sahaja di restoren, tempat penginapan
kami bertaraf bintang bintang di langit juga
tidak disediakan air kosong atau air mineral.

Pelik betul, kalau kat negara kita, hotel di
pekan pekan kecil turut menyediakan air
mineral atau air suling dan ditambah
setiap hari....

Jangan disebutlah kalau hotel berbintang
bintang di bandar bandar besar.....

Malah jug untuk masak air panas pun tak
ada.......

Saya dimaklumkan memang air mahal di sini.

Seingat saya 10 tahun dulu ketika bertugas
di Morocco tak pulak diperlukan membeli air
kosong di restoren dan dalam bilik terdapat
air botol mineral.......percuma lagi.....

Macam macam ya......sungguhpun hujan emas
di negara orang, hujan batu di negara sendiri
baiklah negara sendiri.....

Namun pengalaman mendewasakan lagi
episod kehidupan setiap insan.......

Pemandangan dari bilik penginapan saya......

Pemandangan sebahagian daripada bahagian depan
 hotel penginapan kami di Marrakech...

Di restoren Dar Essalam bersama Datuk Vida ... 
dengan dua botol air mineral....
Lofa khusyuk bersms dengan sapa tu.....?????

Tangine... tapi ini lebih kepada untuk menjadi bahan
cenderamata pelancong
Tagine yang baru dibentuk di kilang

Warna warna kehidupan......Morocco...
 

2 comments:

  1. Mahalnya air! Mesti sangat berjimat cermat menggunakannya, kan? :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Ohhhhh patutpun tersedak-sedak...rupanya nama diseru-seru di sini

    Terima kasih cik Inn. sangat menghargai perkongsian pengalaman di sini...entah bila berpeluang rasainya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...