Ads by nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Latihan Boling di IPAD2......

Alhamdulillah, pesawat Firefly yang saya naiki hari
ini memang menepati waktu.

Sampai di ofis dalam kul 4 petang, lepak sebentar
dalam 15 minit, diikuti dengan perbincangan dengan
tiga staf saya mengenai pelaksanaan tugasan
akan datang.

Diselang selikan juga dengan perkongsian
pengalaman saya dengan pelajar pelajar USM
semalam.

Waktu yang sama Zainal Ariffin Ismail, dok
terus mengajak saya untuk menjalani latihan
boling kerana esok kami ada perlawanan boling
peringkat PWS dihoskan bos besar kami
Ahmad Izham Omar.

Oleh kerana saya ada satu kertas kerja yang
perlu dibentangkan jam 6 petang dengan unit
penjenamaan TV3, maka tidak dapatlah saya
menyertai sesi latihan bersama geng lain
petang tadi.

Berikutan kesuntukan masa, saya dok
beritahu Zainal, saya berlatih boling kat IPAD2 
ajalah.

Dia gelakkan saya.......

Adakah Suratan atau Kebetulan.....

Ada kisah tersendiri berkaitan dengan
IPAD2 saya.

Tahun lepas ada satu pertandingan boling yang
saat akhir ketiadaan pemain dan saya jadi
bidan terjun.

Perlawanan sebelah malam, justeru waktu
makan tengahari, saya peruntukan masa dengan
latihan boling menggunakan IPAD2.

Bola tu bulat, macam macam boleh berlaku.

Semasa pertandingan yang diadakan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya,
game 1 dan 2, memang jatuhan pin saya
melepasi jatuhan 100 pin lebih sikit aja.

Tapi game 3, tetiba dpt menjatuhkan lebih
188 pin dan Alhamdulillah saya menang
keseluruhan bahagian wanita.

Harap dapat mencapai jatuhan pin seperti di atas.......

Rezeki dapat TV.......
Dapat lah hadiah TV LCD..........

InsyaAllah sungguhpun sekadar latihan
di alam maya, kalau memang ada rezeki,
dapatlah balingan dan jatuhan pin yang
banyak.

Pesanan saya pada geng yang terdiri
daripada Zainal Ariffin, Shaiful Hady dan
Irin Putri, fokus pada balingan dan tanamkan
misi untuk mencapai yang terbaik.....

Tiada apa yang mustahil.......

Betul tak rakan- rakan.......

4 comments:

  1. Tahniah ye.. Beruntungnya Chik Inn dapat tv tu..

    Good luck game esok.. Memang tiada yang mustahil, apa yang penting usaha, kesungguhan dan keyakinan yang kita akan berjaya. Dan selebihnya kita serahkan pada Allah.

    ReplyDelete
  2. salam, nampaknya Cik Inn punya skil yang tinggi walaupun hanya berlatih menggunakan IPAD2..saya mmg tak pandai main bowling.

    ReplyDelete
  3. Nur-nba,
    Terima kasih atas sokongan dan suntikan semangat yang diberikan.InsyaAllah saya dan geng akan bermain dengan sebaiknya petang ini....

    Kak Aya,
    Saya tak lah punya skill tinggi dalam permainan boling, kiranya tahap bolehlah main.....dah tak sempat berlatih...dgn IPAD2 pun bolehlah.....dan Alhamdulillah...balingan menjadi ketika itu......

    ReplyDelete
  4. Sekarang semuanya jadi mudah, ya Chik Inn? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...