Ads by nuffnang

Sunday, October 31, 2010

"HUH...BERTUAH JADI PEMENANG ANUGERAH SKRIN...."

Catatan pengalaman saya hari ini lebih santai.

Seperti yang kita tahu, tidak lama lagi Anugerah Skrin 2010 akan menemui anda.

Sebahagian daripada keratan akhbar mengenai lawatan ke Negara Uncle Sam

Dan sejak kebelakangan ini beberapa drama yang terpilih, diulang tayang buat mereka yang terlepas siarannya.

Bagi pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan, tahniahlah dan antara hadiah yang menanti adalah lawatan ke beberapa lokasi yang ada kaitan dengan dunia perfileman, drama mahupun televisyen ke Negara Uncle Sam.

Alhamdulillah, bagi Anugerah Skrin TV3 2005, saya berjaya memenangi Hadiah Khas Juri bagi rancangan BERSAMAMU (InsyaAllah, kisah suka duka semasa menerbitkan BERSAMAMU akan saya kongsikan tidak lama lagi).


Penerbit Eksekutif  Noraini Tahir teruja bergambar di satu daripada lokasi di Universal Studio
Pada 1 April 2006, buat julung kalinya, pemenang Anugerah Skrin di bawa ke Hollywood bagi tujuan lawatan sambil belajar ke kota yang melahirkan banyak filem blockbuster dunia.

Idea untuk membawa pemenang, lahir daripada Ketua Pegawai Eksekutif  Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, tidak lain tidak bukan Datuk Farid Ridzuan.

"Kita sering memikirkan idea untuk memartabatkan taraf industri filem, drama dan penyiaran tanahair. Antara ideanya adalah untuk membawa pemenang Anugerah Skrin ke Hollywood".

"Mulanya mahu ke Grammy Awards saja tetapi tidak berpeluang. Lawatan ke Hollywood ini pun adalah langkah pertama", Datuk Farid memberitahu kepada Hanizam Abdullah atau Kak Cham dari Berita Harian yang mengikuti lawatan itu.

Antara tempat yang sempat dilawati adalah Disneyland, Santa Monica, Beverly Hills, Walk of Fame, Warner Bros Studio dan Universal Studios.
Ahli rombongan di Santa Monica
Rata rata ahli rombongan berpendapat Warner Bros Studio dan Universal Studio membuka minda.

Banyak perkara di belakang tabir yang boleh dipelajari. Orang kata wujud anjakan paradigma.

Props seperti kayu, kadbod dan gambar saja, tapi dalam filem ia nampak begitu hidup, begitulah betapa canggihnya teknik dan teknologi yang digunakan di Hollywood.

Di bumi Negara Uncle Sam itu, banyak pengalaman indah dikutip rombongan seramai 27 orang selama lima hari sebagai ganjaran selepas meraih kemenangan pada Anugerah Skrin 2005.

Karya karya seni terbilang yang dihasilkan karyawan filem di sana terus menjadi inspirasi bagi ahli rombongan.

Dipintu masuk Warner Bros Studio

Ahli rombongan di depan satu daripada "pintu kecemasan" yang
digunakan untuk pembikinan drama perubatan
 Tidak terkecuali Nasha Aziz, yang komitmen terhadap kerjaya seninya benar-benar terserlah.

Nasha tidak lekang dengan naskhah skrip Lantai T Pinkie yang pementasannya makin hampir ketika itu.

Nasha sering diusik rakan rakan
Dalam keriuhan ahli rombongan sibuk bercerita itu dan ini, aktor Nasir Bilal Khan sangat low profile, manakala Aflin Shauki teruja akan cuba mempraktikkan pengalaman yang ditimba untuk filem akan datang.

Di studio rakaman drama bersiri "Friends "
Kami juga di bawa ke pusat membeli belah Factory Outlets di Camarillo.
Factory Outlets di Camarillo
Sampai lokasi yang dituju, masing masing membawa diri untuk mencari pelbagai barangan jenama dengan harga yang murah gila dan saya juga tidak terkecuali.
Peminat hard core barangan Timberland

Photo selepas selesai memberli belah di Camarillo
Setelah penat berpusing, saya pun duduk di bangku yang disediakan untuk pengunjung.

"Banyak shopping Bang Nasir?", saya bertanya Nasir Bilal Khan yang duduk di sebelah saya.

"Ada lah juga, kat Timberland abang beli kasut, harganya banyak beza dengan KL",Nasir menjawab pertanyaan saya.

"Memang betul, saya pun beli sepasang, abang beli kasut yang mana?"

Dia pun mengeluarkan dari beg kertas Timberland dan menunjukkan pada saya.

"Huh..sama lah abang punya kasut dengan saya", sambil saya juga tunjukkan koleksi saya.

Nasir tergelak sambil menambah, "Tapi saiz kasut Mazlin kecil, kalau tidak boleh abang pinjam aja, tak payah beli..."

Walaupun lawatannya singkat, ia amat berharga.....

.......memori manis di Hollywood...... 


Saban hari Disneyland dipenuhi pengunjung
Photo berkumpulan di Disneyland

Pertunjukan karektor Disney
Walk of Fame




5 comments:

  1. Tahniah kpd Chik Inn, ada dakwaan bahawa yg ditonjol dlm Bersamamu itu tidak org miskin apa lagi dhaif, contohnya individu drp pasir mas yg cacat kakinya itu, betul ka? Mereka dakwa program itu ada yang bersifat politik....sory, sekadar berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. What is so big deal being overseas? Ooooppss. Hahaha. Ampun Chik Inn :) Aku stuck kat Saigon, still. Got your bbm tu tapi ada prob tak boleh nak reply. Dah sampai Malaysia aku bbm kau nanti.

    ReplyDelete
  3. salam chik Inn.. tahniah dan selamat berblog! Semoga mendpt keredhaan-Nya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada Anonymous kerana membaca blog saya selagigus bertanyakan soalan. Saya tidak pasti responden dr Pasir Mas yang mana Anonymous maksud, kerana sejak 2 tahun kebelakangan ini saya tidak terbabit dengan penerbitan Bersamamu.Apa pun lazimnya responden yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti mungkin insan terbabit tidak terlalu dhaif, tetapi memerlukan wang kerana faktor faktor kesihatan, maklumlah sekarang perbelanjaan perubatan agak tinggi atau tanggungan anak untuk melanjutkan pelajaran begitu besar, justeru mengetahui anak anak responden terbabit mempunyai peluang yang cerah,maka bantuan disalurkan.

    Bagi Nevermind pulak, mungkin bagi individu seperti anda sudah biasa ke "Overseas" untuk kursus atau simposium,(sekarang pun masih di saigon), catatan saya sekadar berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan yang belum sempat ke lokasi yang dituju, maka dapatlah mereka sedikit sebanyak info, jika mereka berpeluang kelak.

    Cik/Puan Nik Fauziah, terima kasih atas sokongan, semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan-Nya....

    ReplyDelete
  5. Comel la jawapan Chik Inn :)) Esok aku balik, will bbm kau ok beb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...