"Aku hairanlah, anak kecil kembung malam pun nak jumpa bomoh, kononnya terkena sampuk", Hartina Ayu Harun, Penerbit Eksekutif yang menyelaras program Wanita Hari Ini/ Nona bersuara.
"Betul Kak Tina, kena kencing manis pun jumpa bomoh, macam macam rawatan moden ada tak nak cuba," Husni Mahat, wartawan WHI menyampuk.
"Kekadang bomoh ini bukan semuanya jujur, macam macam kes dah berlaku, tapi ada juga orang nak pergi berubat, dah tu pelik pelik pulak cara merawatnya, pergi jumpa ustaz-ustaz lagi bagus....", Tina menambah.
Menyentuh mengenai institusi perbomohan dan perdukunan, saya tidak terkecuali melihat pelbagai cara perubatan alternatif ini dijalankan sepanjang saya menerbitkan program MISTERI NUSANTARA dari 2003 hingga 2005.
Ia seringkali menjadi perbualan terutama apabila cara rawatan yang dibuat agak pelik dan di luar jangkaan pemikiran biasa.
Namun jika cara rawatannya tidak menyeleweng daripada akidah dan menyekutukan Yang Maha Esa, sesorang itu bolehlah berikhtiar mencari rawatan alternatif tidak kira di mana sahaja.
Saya kongsikan dulu, tiga cara rawatan pelik untuk pembacaan rakan-rakan.
Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri......... |
Paparannya disiarkan pada 29 Disember 2003.
Menuntut ilmu perbomohan sejak berusia 14 tahun di Sambas, Indonesia, dia mengubati dengan cara menjilat bahagian yang dikatakan berpenyakit.
Ketika rakaman di buat, seorang wanita yang dikatakan menghidap gatal gatal di mata sedang berubat.
Selepas menjilat bahagian yang sakit, Haji Ini menitikkan air rendaman sirih yang dikatakan dapat menyejukkan mata.
Saban hari pasti ada saja pesakit yang datang berjumpa dengannya bagi yang menghidap penyakit berkaitan kulit.
Alah bisa tegal biasa.
Tiada rasa geli untuk menjilat pesakit tidak kira bangsa dan usia.
Saya yang menyaksikan cara rawatan dibuat, hanya mampu menelan air liur dan mengeleng kepala, melihatkan Haji Ini menjilat kedua-dua mata wanita yang berketurunan Iban, berumur dalam lingkungan 40an.
Selesai mengubati wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dolly, saya mendekati Haji Ini.
"Maaf bertanya pakcik, macam pakcik, tengok orang sakit kulit macam-macam, pakcik jilat tak rasa apa-apa ke?", saya melontarkan soalan.
"Tak rasa apa-apa, macam ini pun, ramai yang kena sakit kulit, Cina ke, Iban ke, Melayu ke, Melanau ke..... Si adak(tiada) saya pakai apa hanya ayat Quran, dalam kitab Tajul Muluk pun banyak itu pasal ubat, tapi itu semua Tuhan punya kuasa", Haji Ini menjawab soalan saya.
Bagi Haji Ini, apa yang dilakukan semata-mata untuk membantu apa yang perlu berpandukan apa yang dipelajari sejak remaja.
Dia memaklumkan kepada saya yang dia sentiasa bermohon pada Illahi agar cekal dan tabah dalam mengubati pesakitnya.
Manakala untuk Misteri Nusantara siaran pertengahan 2008, di bawah terbitan sahabat saya Mohd Naim Niamat, saya ke Kampung Parit Lapis, Perpat Darat, Johor.
Nyalaan kayu api memanaskan parang, menjadi tanda tanya saya dan krew.
"Ini parang lama, jadi tak merah betullah, kalau besi baru, memang nampak merahnya", Yahmin Dikin, mesra dengan panggilan Wak Min memecahkan ketenangan malam di ruang dapur rumahnya.
Kami terus merakamkan visual Wak Min yang leka memanaskan parang.
Tiba-tiba.......dia berpaling ke arah saya.
"Awak nak jilat...", dihalakan parang panas ke arah saya dan terus menjilat parang terbabit.
Terdengar pecikan air liurnya yang terkena parang panas, kami terpegun melihatkan aksi Wak Min.
Menurut Wak Min, sepanjang dia menjadi Dukun Jilat, tidak sedikit pun lidahnya cedera akibat parang panas.
Baginya, yang penting niat untuk membantu dan seterusnya tawakal kepada Yang Maha Besar.
Berbeza dengan cara rawatan Haji Ini, lazimnya setelah mengetahui penyakit kulit yang dihidapi pesakit, dia akan menjilat parang panas seketika dan seterusnya menjilat kawasan kulit yang dialami pesakitnya.
Rawatan menjilat mengambil masa kira-kira dua ke lima minit.
Setelah siap menjilat, dia turut memberi air untuk disapu dan diminum untuk tempuh tertentu.
Bukan semua penyakit akan dijilat.
Lazimnya, jika keadaan kulit sesorang itu telah membusuk, dia akan menghembus dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran dan memberi air untuk disapukan di tempat yang bermasalah.
"Wak hanya menolong nolong sahaja, Wak tak minta apa-apa, dia minta tolong Wak, jadi dia pun nolong Wak lah". "Wak hanya lantaran saja, yang berkuasa tu Allah Yang Maha Kuasa", Wak Min mengakhiri temuramahnya dengan saya.
Julai 2004, Negeri Di Bawah Bayu.....
Bagi siaran 16 Ogos 2004, dengan hanya bertemankan cahaya lampu suluh, krew Misteri Nusantara ditemani seorang penduduk tempatan meredah semak samun di kawasan di kenali sebagai Kampung Layong, Daerah Lahad Datu.
Debaran di benak hati saya, tidak dapat diselindung ketika itu, mana kan tidak, sukar untuk kami melihat dan mengagak apa yang berada di hadapan, dalam kegelapan malam.
Bagaimanapun, itu bukanlah penghalang untuk ke lokasi yang dituju.
Setelah berjalan kira-kira 15 minit, akhirnya sampai ke rumah pengamal perubatan alternatif yang di kalangan penduduk tempatan digelar Bomoh Lilin.
Balma Bandahalah berusia pertengahan 40an telah menjadi bomoh lebih sepuluh tahun.
Dia berkongsi kisah hidupnya dengan kami.
Segalanya bermula selepas dia keguguran. Selepas bermimpi, anaknya yang meninggal mahukan Balma terus tabah dalam hidup dan pergunakan waktu untuk membantu, dia terus mendalami cara perubatan tradisional.
Cara rawatannya menggunakan lilin.
Balma dapat mengetahui penyakit atau masalah yang dialami dengan menggunakan lilin untuk menyelami rahsia hati pesakitnya.
Baginya setelah membaca beberapa potong ayat Al Quran, dan menyebut nama pesakit terbabit, dengan sendirinya naluri hatinya dapat merasakan apa masalah yang dihadapi.
Balma tidak menetapkan sebarang bayaran untuk pesakitnya.
Dengan membawa beberapa batang lilin, sudah memadai bagi ibu kepada sembilan cahayamata itu.
Kebanyakan pesakit yang bertandang ke rumahnya terdiri daripada mereka yang mempunyai penyakit yang ada kaitan dengan gangguan makhlus halus mahupun terkena perbuatan hasad dengki manusia sesama manusia.
Sebelum pesakit balik, diberikan sebotol air yang dikatakan telah dijampi.
Bagi saya, dalam apa jua cara perubatan dan peralatan yang digunakan, kita diingatkan supaya tidak terbabas daripada batas-batas agama.
Kita juga perlu ingat, sembuhnya sesuatu penyakit bukan kerana sesuatu rawatan alternatif, tetapi sesungguhnya semua dengan keizinan Allah Yang Maha Esa.......
MAKLUMAN : Lazimnya ketika rakaman perubatan alternatif, saya tidak mengambil "still photo".
Photo di bawah ketika Misteri Nusantara bertandang ke Sabah untuk Karnival Sure Heboh 2004
(sekarang dikenali sebagai Karnival Jom Heboh)
Peminat Misteri Nusantara membanjiri booth Misteri Nusantara |
Gambar kenangan bersama Azizah Mahzan dan Eja yang singgah ke booth Misteri Nusantara |
Krew produksi bersama peminat Misteri Nusantara |
Best...sekarang misteri alam ghaib plak...hehehe jangan biarkan hidup anda diselubungi...Misteri...
ReplyDeleteAssalamualaikum...wak yang do johor tu ada x no telefon atau alamatnya?
ReplyDeleteKalau ada tolong beri pada sy..sy sudah lama sakit kulit..dah mcm2 ubat usaha. Masuk ward keluar ward dan mcm2 ustaz n tukang ubat sy pegi..dah bertahun..masih tetap tak sembuh...harap dpt tolong sy utk alamat wak yg di johor ni serta ni telefon nya. T.kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
ReplyDeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih