Ads by nuffnang

Wednesday, October 20, 2010

"Kanvas Kehidupan"

Tengahari tadi dengan selamba sahabat saya Mazidul menegur,


"Hai bilalah Dol dapat baca blog Chik Inn....... anak Dol yang umur 12 tahun tu pun ada blog sendiri dan ada beribu ribu pengikut tau".


Tersentak saya ketika itu yang tengah sibuk melayari internet untuk penyelidikan beberapa program baru untuk TV3 dan TV9 bagi tahun 2011.


"Nantilah Dol.......akan muncul tidak lama lagi" saya menjawab dan melemparkan senyuman.


Tercabar juga rasanya bila Mazidul memaklumkan budak budak juga, mempunyai blog sendiri, sedangkan saya yang pekerjaan lebih kepada menulis dan bertemu dengan pelbagai rencah kehidupan,tidak mencatatkan pengalaman untuk dikongsi bersama.


Baru baru ini, saya berjumpa Wan Zaleha Radzi, pengacara hebat TV3, yang menjadi idola ramai, dari dulu, kini dan selamanya.


Dia juga mencadangkan saya mempunyai blog sendiri dan membukukan pengalaman sebagai wargakerja TV3 setelah mendengar penceritaan saya ketika tugasan di Timur Tengah untuk Jejak Rasul Srikandi untuk siaran Ramadan lalu.


Berikutan tarikh hari ini 20 / 10 / 2010 agak unik, maka saya pun bercadang untuk berkongsi liku liku kehidupan dan pengalaman selama hampir 20 tahun di dalam bidang penyiaran ini, bersama rakan-rakan, di mana yang  baik, kita dijadikan tauladan, yang tidak dijadikan sempadan.


Saya menamakan blog saya "Di Kanvas Kehidupan" .


Dalam Kamus Dewan, "Kanvas" bermakna kain yang tebal digunakan untuk melukis atau berkarya.......


Justeru pengalaman yang dilalui, dicatat dan dilakarkan di kanvas dan akan terus menjadi memori selama-lamanya.....


Hari pertama memulakan blog ini, saya berkongsi beberapa photo ketika tugasan dan akan mengulas secara ringkas dahulu.......


Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang lemah tu diri kita sendiri......


Saat-saat sebelum ditinggalkan di tengah laut

Perbincangan di antara krew produksi M3, APMM dan Eurocopter



Aksi menyelamat Dauphin AS365N3

Nurul diselamatkan...

Tugasan Majalah 3 ini dilakukan di perairan di antara Pelabuhan Klang dan Pulau Ketam, bertajuk "Helikopter Dalam Misi......"

Segmen tajaan Eurocopter Malaysia ini,  mendapat  kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), satu badan menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan Negara di Zon Maritim Malaysia serta menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut.

Cawangan operasi udara adalah komponen penting dalam pelaksanaan mencari dan menyelamat.

Antara penggambaran yang perlu dibuat, sebagai perantara Nurul Syuhada Nurul Ain, perlu di tinggalkan di tengah laut dan kami akan merakamkan kecekapan wargakerja APMM dalam misi menyelamat. 

"Macamana Nurul, awak dah sedia untuk di tinggalkan di tengah laut?', saya menyapa Nurul yang termenung jauh.

"Ok Chik Inn, saya dah bersedia", jawab Nurul ringkas.

"Muka macam suspen aja......"

"Sikitlah, tapi oklah Chik Inn....."

Namun di sudut hati Nurul, sukar untuk saya taksir perasaannya.

Sebelum demonstrasi dilakukan, kami diberi taklimat aspek keselamatan dan langkah yang perlu dipatuhi.

Kebiasaannya, ketika operasi menyelamat di atas permukaan air, mangsa karam berada dalam keadaan lemah, trauma dan panik.

Sebarang kesilapan boleh mengundang bahaya, bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada anggota APMM. 

Sebenarnya saya sendiri pun berdebar-debar dengan keselamatan anak buah saya ini.

Adalah menjadi tanggungjawab sebagai Penerbit untuk memastikan setiap penggambaran yang dijalankan, dalam keadaan terancang dan selamat, bukan saja Nurul tetapi krew yang dibawah penyelarasan saya.

Ketika rakaman dibuat, selain memberi arahan kepada jurukamera dan petugas APMM, di benak hati saya terus memohon pada Illahi, mempermudahkan segala tugasan kami.

Rakaman petang itu, mengambil masa hampir sejam setengah.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar......

Kami menyambung penggambaran, helikopter AS 365 N3 Dauphin yang berfungsi melakukan operasi mencari dan menyelamat bukan sahaja di waktu siang malah di waktu malam. 

Keupayaan pesawat yang dilengkapi sistem "avionic" dan navigasi yang baik membolehkan pelaksanaan penerbangan operasi dalam semua keadaan cuaca, siang atau malam.

Sukar untuk saya bayangkan jika kita berada di tengah lautan bersendirian.......

Bagaimana pula dengan anda...........


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...