Ads by nuffnang

Wednesday, June 13, 2012

Berselera makan StimBot......

Sesekali dapat berkumpul dengan anakbuah saya
(staff) dan makan bersama memang mengeratkan
lagi silaturahim dan juga sebagai tanda penghargaan
atas apa yang mereka lakukan.

Saya sering meletakkan tanda aras tertentu untuk
setiap program dibawah penyelarasan saya dan jika
mencapai paras tersebut, mereka diraikan bersama.

Kali ini, kerana "ratings" Saksi Maut melebihi tanda
aras terbabit, maka apa lagi jom makan lah.....

Jarang sekali kami dapat makan tengahari bersama
berikutan tuntutan kerja yang tidak menentu.

Memang agak lama juga perancangan yang diatur,
tapi baru hari ini berkesempatan.

Mulanya nak pergi makan nasi padang, tetiba tukar
pulak, depa nak makan stimbot.

Maka kami pun jalanlah beramai ramai
bagaikan "rombongan Cik Kiah" ke
Pusat Membeli Belah One Utama dan
menikmati makan tengahari di sebuah
restoren stimbot.

Menikmati makanan yang direbus memang
bagus......

Seronok tenguk masing masing berselera
makan terutamanya Almaz dan Omar.

Selesai makan, balik ke Sri Pentas, kemudian 
pukul 3 petang, ada mesyuarat produksi bulanan,
masing masing dah kekenyangan, mata pun apa
lagi rasa nak letak batang mancislah....

Menunggu dengan penuh kesabaran.....
Berselera Almaz makan......


Apapun, semoga adik adik terus menghasilkan
pelbagai produksi yang terus memberi ilmu
pengetahuan buat tontonan semua......

4 comments:

  1. Terkecur saya tengok steamboat tu Cik Mazlin..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dapat ketua yang tahu menghargai anak buah macam Chik Inn ni. :)

    ReplyDelete
  3. johnnys kan? sy pun suka makan stimboat kat cini..sdp..:)

    ReplyDelete
  4. Mereka menunggu dengan wajah penuh keceriaan.. Beruntung mereka dapat Ketua macam Chik Inn.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...