Ads by nuffnang

Friday, April 26, 2013

Aznil Nawawi beri kemeja T percuma......

Selesai tugasan dan makan tengahari d Ipoh,
maka kami pun baliklah ke ofis.

Dah menjadi satu kemestian, kalau balik
mesti singgah di R&R Tapah untuk membeli
buah jambu batu atau limau bali.

Dari kejauhan dah nampak kereta berlogokan
IM4U....

Saya beritahu krew mesti ada pemberian
kemeja T percuma dan ternyata benar....

Dan personaliti yang turut mengedarkan
kemeja T kepada penumpang mahupun
peniaga di R&R adalah Datuk Aznil Nawawi.

"Pak Nil......", saya menegur.

"Eh Chik Inn.... mai ambil tshirt ini, Chik Inn
dari mana ", dalam kesibukan melayan
peminatnya untuk bergambar, dia menyapa
saya.

Saya mendekati dia berbual seketika dan
senpatlah bergambar dengan sahabat lama
saya ini.

Saya mengenali Aznil sejak 1991 lagi ketika
kami sama sama menjadi wargakerja TV3
bersama Zakiah Anas, Azura Karim dan 5
lagi rakan.

Dari dulu hingga sekarang Aznil Nawawi yang
saya kenali sememangnya sahabat yang baik
dan penuh dengan kreativiti....

Berikutan saya sampai, kemeja T yang
diberikan tinggal saiz kecil saja, maka saya
pun berilah pada staf saya yang bersaiz kecil.

Dalam waktu terdekat ini Aznil agak sibuk
mengedar kemeja PEACE PROGRESS
STABILITY....dan esok dengarnya dia dan
beberapa rakan artis akan ke selatan
tanahair......

IM4U.........
 

 

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Cik inn, maaf ya nak habaq, saya tak boleh baca entri ni di tab sebab daun2 dah tutup tulisan. Saya tak pasti org lain hadapi masalah yg sama atau tak.

    Maaf kalau catatan ni mengguris perasaan.

    ReplyDelete
  2. Salam Anyss, tak pasti kenapa tak blh baca kat tab.Di ipad dan iphone tak ada masalah pun....apapun terima kasih kerana terus mengikuti blog Chik Inn.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni try baca guna laptop...ok boleh baca. daun2 kat belakang tu tak timbul. Misteri jugak ya...

      insha allah tetap akan baca, walaupun harung 2-3 entri sekali baca ;)

      Delete
  3. Cik inn, best no jalan merata...sambil kerja lah kan....ada kerja kosong?....lap peloh cik inn pun ok gak..;))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...