Ads by nuffnang

Thursday, April 25, 2013

Kecil d mata kita..besar d mata mereka.....

Setelah dua hari saya off day selepas lebih tiga
minggu silih berganti bertugas di luar daerah,
hari ini saya kembali bertugas di luar daerah dan
kembali ke Ipoh, Perak.

Tugasan hari ini hingga esok adalah penggambaran
Potret Bersamamu bersama keluarga ibu tunggal
kepada tiga cahayamata iaitu Leong Chai Fong.

Fasa perubahan terhadap keluarga ini nak kata
bertukar dengan drastik tidaklah, tetapi nampak
lebih selesa dan riak kegembiraan terpancar
di wajah Chai Fong berbanding 6 tahun lalu.

Masih juga mengambil upah menjahit tapak
kasut dan menjual bunga tetapi dalam skil
yang lebih besar.

Dia kini mempunyai kereta kancil turut
mengambil upah mengambil dan menghantar
anak jiran ke sekolah mahupun tiusyen.

Tatkala membuat penggambaran di dapur,
Chai Fong sibuk hendak merebus telur.

Kami bertanya rebus telur untuk buat sambal
ke, sebaliknya dia menjawab untuk anak
bongsu Lee Zhen Wei.

Kebetulan hari ini hari jadi ke 13 Zhen Wei
dan mengikut kebiasaan keluarganya, tatkala
hari jadi, ibu perlu memasak dan memberi
anak makan telur rebus.

"Kak Fong tak bawa makan luar dan potong
kek ke untuk hari jadi anak", saya bertanya.

"Tak adalah, beri makan telur kira minta dia
sentiasa maju dan bahagia, kalau makan luar
banyak mau pakai duit maa..", jawab Chai Fong.

Bagi ibu tunggal ini, dana yang diterima
daripada sumbangan masyarakat prihatin
digunakan tanpa pembaziran.

Saya berpakat dengan krew untuk membuat
jamuan ringkas hari jadi Zhen Wei.

Kami menempah makan malam di sebuah
restoren terkemuka di Bandar Ipoh dan turut
membeli kek hari jadi.

Seronok melihatkan kedua dua anak Chai Fong
dan ibunya menikmati makan malam dengan
begitu selera.

Kejutan kek hari jadi buat Zhen Wei ternyata
membuatkan dia begitu gembira sekali.

Tidak putus putus ucapan terima kasih daripada
Chai Fong dan anak anaknya.

Tatkala menyambung sedikit lagi penggambaran
di rumah Chai Fong selepas makan malam, kami
tertarik dengan promo di kaca televisyen yang
berbunyi.....

'Kecil di mata kita....besar di mata mereka......'

Saya memberitahu wartawan saya Ainul, kenyataan
tersebut ternyata seperti ditujukan kepada kami
dan keluarga Chai Fong.......

Bagi kami hidangan pelbagai makanan sudah
agak biasa, tetapi bagi mereka terlalu bersyukur.....

Dengan wang kita boleh membeli pelbagai
benda, tetapi tidak dapat membeli kebahagian
dan kehidupan....

Menikmati makan malam yang begitu menyelerakan


Chai Fong dengan anak kedua dan ketiga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...