Ads by nuffnang

Tuesday, April 9, 2013

Rezeki datang tak diundang..pergi tak disedari....

Salam dari Bumi Kenyalang...

Semalam mendarat di Kuching dari Kota Kinabalu
kira kira 9.15 malam dan terus mengambil teksi ke
hotel.

Beberapa "goncangan" di udara membuat hati kecil ini
suspen seketika kerana cuaca kurang baik akibat
angin dan hujan.

Semalam tak dapat "update" entri kerana perlu
mengedit skrip dan prebiu visual kiriman wargakerja
Potret Bersamamu.

Kecanggihan teknologi moden memudahkan banyak
perkara di mana tak perlu penerbit berada di studio
untuk prebiu sebaliknya tonton kiriman di emel sahaja.

Pagi tadi lokasi tugasan 'recce' atau tinjauan saya ke
Sebuyau kira kira dua setengah jam dari Kuching.

Pertemuan dengan keluarga Bersamamu Sharipah 
Salwah Wan Mashor tidak lah lama tetapi perjalanan
ke sana  termasuk menunggu perkhidmatan feri yang
mengambil masa panjang.

Saya ditemani Pak Mad atau Haji MAd, pesara Polis
yang banyak pengalaman.

Saya suka dengan nasihat Pak Mad kepada Salwah
berkaitan rezeki...

"Salwah, segala bantuan dan rezeki yang diterima
gunakan dengan sewajarnya, ingat rezeki datang
 tidak diundang, ia pergi tanpa disedari",
Pak Mad bermadah atau bercakap.

Benar kata Pak Mad, kadangakala kita tidak tahu tetiba
ada rezeki yang diperolehi tanpa diduga tetapi jangan
dibazirkan kepada perkara yang tidak perlu....

Satu lagi pesanannya,

"Sesibuk mana pun kita, jangan lupa solat....
Pelayaran kita jauh...sudah cukup ke bekalan kita....?

Renung renungkan.....

InsyaAllah dalam dua atau tiga minggu lagi saya akan
kembali ke Sebuyau untuk merakamkan kisah
perubahan keluarga Salwah.....

Perkhidmatan Feri mengenakan RM1 bagi sebuah kereta


Salwah bersama ibu dan anak bongsunya Syaful
Menggunakan perkhidmatan feri mempercepatkan
perjalanan darat ke Sebuyau


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...