Ads by nuffnang

Sunday, April 7, 2013

Selamat tinggal Sabah....Hii Sarawak....

Semalam mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu kira kira 11.15 pagi.

Kami terus ke Kundasang untuk penggambaran
keluarga Yassin Somidin, petani bukit yang menetap
di kaki Gunung Kinabalu.

Sungguhpun hujan di sebelah petang, ia tidak
mengganggu penggambaran kami kerana banyak
dilakukan di dalam rumah.

Setelah mendaki bukit kira kira 10 minit sampai di
hadapan rumah Yassin.

Saya seolah olah tidak percaya daripada rumah
buluh yang hampir rebah tanpa bekalan air dan
letrik bertukar menjadi rumah batu yang dilengkapi
segala peralatan letrik seperti televisyen, petisejuk,
radio,pemain dvd.

Wajah Yassin dan isterinya Kelopis turut terpancar
kegembiraan.

Seorang daripada anaknya melanjutkan pelajaran
di pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur dalam bidang
teknologi maklumat.

Manakala tiga lagi anak perempuan yang bersekolah
menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajaran
masing masing.

Bagaimanapun sudah menjadi kelaziman anak yang
sulong atau kedua sering berkorban demi keluarganya.

Anak sulongnya James masih menjadi malim gunung
dan terus membantu memantapkan ekonomi keluarga.

Annie selepas menamatkan tingkatan lima, mengikut
jejak langkah abangnya mencari pekerjaan dan ingin
memastikan adik adiknya berjaya melangkah ke
menara gading.

Yassin bijak menggunakan sumbangan yang diterima
dengan membuat rumah, membeli tanah untuk bercucuk
tanam dan simpanan pelajaran anak anaknya.

Penggambaran bersama keluarga Yasin hingga petang
tadi.


Yassin boleh tersenyum lebar dengan perubahan
kehidupannya kini..

Terus menyuntik semangat kepada Yassin dan
anaknya Annie

Dari Kundasang kami terus ke Kota Kinabalu.

Dan sampai pun kira kira 8 malam, Pak Kassem
jurukamera dan wakil TV3 Sabah, terus mengajak
saya dan wartawan Ainul makan malam.

Kalau di Sabah ini bab makanan lautnya memang
terbaik, segar, murah dan pastinya menyelerakan.

Dan kategori pemenang makan paling berselera
adalah Ainul, yang pertama kali menjejakkan kaki
di Bumi Negeri Di Bawah Bayu.

Dia memang suka makanan laut....jadi rezeki
jangan di tolak.....

Esok pagi Ainul akan balik terus ke Kuala Lumpur
manakala petang esok saya akan ke Kuching, 
Sarawak pula.......



Ikan segar terus diambil daripada peraih...




Juara Makanan Laut......






1 comment:

  1. Asalkan Bukan PAS,PKR ,DAP semua parti sonsang,
    Undilah BN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...