Ads by nuffnang

Monday, April 1, 2013

Santai Bersama...Tan Sri Rafidah Aziz...

Lazimnya semasa kat ofis, semangat
sangat bila balik rumah nak update entri.

Tapi bila dah sampai rumah,lewat malam
pulak tu,  apalagi memang tak lalu nak
menghadap depan komputer.

Maka kekadang berhari harilah tak ada
coretan untuk dikongsi.

Entri hari ini adalah kisah penggambaran
saya dan wartawan Santai Bersama..iaitu
Linda Said.

Jumaat lepas Tan Sri Rafidah Aziz, seorang
tokoh yang tak pernah saya kenalkan sebab
beliau memang dikenali ramai sebagai
Menteri yang berkaliber, meluangkan masa
untuk dirakamkan disebalik tabir dan
waktu santainya.

Satu yang menarik perhatian kami dan
mungkin ramai bagaikan tidak percaya
bahawa Tan Sri Rafidah suka membeli
belah di Kenanga Wholesale City.

"Baju yang saya pakai ini beli kat sini tau,
harga berpatutan dan kualiti pun boleh tahan
juga", Tan Sri Rafidah memberitahu kami
sambil memegang lengan baju yang
dipakainya.

Beberapa kedai yang beliau masuk
sememangnya telah sediamaklum dengan
citarasa Tan Sri Rafidah.

Mereka terus menunjukkan baju baju 
yang menarik coraknya yang sering
menjadi pilihan.

Begitu juga dengan kasut.

Sebagai orang yang berpengalaman,
Tan Sri Rafidah tidak henti henti memberi
panduan dan berkongsi cerita mengenai
kehidupan, kebahagian dan berbelanja
dengan cara bijak..

Baginya setiap barangan yang hendak
dibeli perlu pandai memilih dan kadangkala
satu satu pakaian itu harga sememangnya
sederhana tetapi jika pandai dipadan atau
"Mix and Match" seperti beli di butik
berjenama luar negara.

Gambar kenangan krew bersama Tan Sri Rafidah.....
(baju yang dipakai dibeli dikedai ini)

Tan Sri Rafidah menunggu saiz kasut yang sesuai....

Di sebelah petangnya pula, kami dibawa
ke sebuah Kelab Golf terkemuka di
Lembah Klang.

Baru memukul beberapa biji bola golf,
hujan dan sesekali petir menyambar, membuat
kami terpaksa menghentikan penggambaran.

Tan Sri Rafidah bersama suaminya mengajak
kami minum petang.

Kek aiskrim yang dijamu memang terbaiklah.....

Dalam keadaan kami berselera menjamah
kek ais krim, beliau turut menasihatkan kami
dalam setiap tugas yang dibuat pastikan rancang
waktu dan kerja dengan teratur.

Perlu ada rehat yang cukup, ada waktu untuk
keluarga dan diri sendiri.

Seorang individu yang begitu menepati masa,
sekilas pandang nampak macam garang tetapi
Tan Sri Rafidah juga seorang yang agak
kelakar....dan tak gering gusi kami dibuatnya.

Jika ada kelapangan dan ingin mengetahui erti
santai bagi Tan Sri Rafidah Aziz, rakan rakan
boleh menonton program baru "Santai Bersama.."
pada 30 April 2013 jam 11.30 tengahari......


 
 
Terima kasih Tan Sri meluangkan masa selama
3 hari untuk penggambaran Santai Bersama...
 
 
 

2 comments:

  1. My boss seketika dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Su,

      Anda masih bertugas di kementerian perdagangan ke....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...