Ads by nuffnang

Tuesday, April 2, 2013

KEM REMAJA BERSAMAMU 2013....

Semalam seorang daripada anak Bersamamu
saya Fahmi Jamil yang menyambung
pelajaran di UITM Puncak Alam, Shah Alam,
"tweet" bertanya entri kisah Kem Remaja
Bersamamu 2013.

Untuk memenuhi permintaan "anak- anak"
saya maka hari ini dikongsikan sedikit
coretan mengenai kem dan gambar di sebalik
Kem Remaja yang diadakan 3 hari 2 malam di
Brindley Training & Camp,Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Seramai 50 peserta dipilih terdiri daripada
anak anak Bersamamu mahupun daripada
Rumah Kebajikan Anak Yatim/ Miskin yang
pernah dipaparkan.

Lapan lagi peserta adalah anak anak peminat
Bersamamu yang terpilih daripada Facebook
Bersamamu.

Ini adalah kali keempat diadakan Kem Remaja
Bersamamu dan tujuan utama diadakan kem
ini untuk :-

-Pembentukan sahsiah dan jatidiri

-Membina kekuatan mental dan fizikal

-Penetapan pemikiran ke arah penghayatan
 nilai positif

-Penerapan nilai murni,sahsiah Islamiah                          
 dan adab mulia    

-Menerapkan sikap menghormati ibubapa,
 guru serta rakan
  
Juga melahirkan pelajar cemerlang bukan
sahaja dari sudut akademik tetapi
merangkumi kecemerlangan dalam akhlak,
budi bahasa, displin dan berdedikasi.

Hari pertama kami perhatikan beberapa peserta
pada mulanya agak pendiam dan tidak mahu
bercampur di antara satu sama lain.

Menjelang sebelah malam, kemesraan antara
mereka sudah mula terjalin.

Buat pengetahun Fahmi, Munirah dilantik
sebagai penghuluwati.

Manakala Ayie, anak Ramjan Bibi dari
Ampangan, Negeri Sembilan dilantik
sebagai penghulu...

Sifat tanggungjawab dan dedikasi Munirah 
terserlah dan saya pasti dia akan mengikuti
jejak langkah kakaknya Fatin dan abangnya
Fahmi untuk melanjutkan pelajaran ke
menara gading.

Beberapa peserta lain juga tidak kurang
mempunyai kelebihan dan keistimewaan
tersendiri yang dalam perhatian kami.

Antara peserta yang sentiasa menjadi
tumpuan lensa kamera kami,
adalah Huzaifah Mohamad, anak kepada
ibu tunggal dari Johor, Norashikin Karim.

Sungguhpun umurnya baru 9 tahun,
Huzaifah pelajar Tahfiz di Kota Tinggi,
bersungguh sungguh dalam melakukan
pelbagai aktiviti baik di pinggir hutan,
di kelas mahupun aktiviti di laut.

Pastinya terima kasih kepada pihak penaja
iaitu Syarikat Faiza Sdn Bhd, Vida Beauty,
Tesco serta Adabi yang turut memberi
kerjasama menjayakan Kem Remaja
Bersamamu ini.

Juga KelabTriton Tuners Malaysia yang
mengambil dan menghantar peserta dari
kediaman masing masing.

Sesungguhnya Allah sahaja yang akan
membalas budibaik anda semua
mengembirakan anak anak Bersamamu ini...

Relak dik....jangan risau....jalan perlahan lahan....

Aktiviti dalam kelas...


Selepas aktiviti Flying Fox....Huzaifah paling kecil...

Mendengar arahan dengan begitu khusyuk sekali......


Aktiviti membina rakit di tepi pantai....

Gembira dapat berjumpa dengan "anak-anak' saya.....

Ini anak anak terlebih saiz adalah krew saya....

 

Krew Produksi bersama pakar motivasi.......

Penyampaian hadiah dari penaja Datuk Dr Vida...


3 comments:

  1. Seronok melihat kegembiraan anak2 itu. :)

    ReplyDelete
  2. bagusnya mereka menghargainya..

    ada anak2 yg pergi kem mcm tu tapi dorang tak dpt apa yg disampaikan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...