Ads by nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

Blink...Blink tapi suka aktiviti lasak....

Dari Jumaat hingga Ahad, saya dan krew
Santai Bersama berada di Ipoh, Perak dan
Pulau Pinang untuk penggambaran dengan
satu lagi personaliti hebat dalam dunia
perniagaan yang berasaskan makanan
kesihatan iaitu Dato Dr Vida pengasas
Vida Beauty yang juga sinonim dengan
produk PAMOGA.

Di Ipoh, penggambaran pertama kami
lebih tertumpu kepada kerja kerja beliau
di pejabat.

Seterusnya ke rumah beliau dan
berhampiran kediamannya terdapat sebuah
lagi pejabat yang turut menempatkan
produk yang menanti untuk dihantar ke
kedai dan stokisnya.

Dato Vida lebih gemar berada di pejabat
berhampiran rumahnya untuk memudahkan
beliau memantau empat cahayamata yang
kian membesar.

Berikutan nama program pun  "Santai
Bersama" justeru fokus kami lebih kepada
masa santai yang dilakukan beliau.

Sabtu petang, kami di bawa ke Hard Rock
Hotel yang terletak di Batu Feringgi,
Pulau Pinang.

Pemandangan dari laut....

Pemandangan dari bilik penginapan

Hotel bertaraf berbintang bintang ini antara
lokasi kegemaran Dato Vida mengisi masa
lapang dengan anak anaknya....

Saya tertarik dengan kata-kata beliau,

"Sungguhpun saya ni nampak banyak
pakai blink blink, tapi jangan tak tahu saya
suka kepada aktiviti lasak...."

Sememangnya beliau dengan selamba
menunggang jetski bersama anak anaknya
dan yang paling membuat kami teruja,
keberanian beliau mencuba aktiviti
Para Sailing.

Para Sailing adalah aktiviti menaiki payung
terjun ditarik dengan bot laju.

Dato Vida bersedia untuk berlepas ke udara.....

Bersama jurukamera Khairul Azhar merakamkan
aktiviti Dato Vida dan anak anak....

Penerbit saya Fieza teruja melihat
Dato Vida mencuba Para Sailing, justeru
dia juga ingin mencuba.

Saya memberi peringatan kepada dia
bahawa perlu berhati hati kerana ia agak
berisiko.

Saya pernah mencubanya beberapa tahun
lepas dan cabaran paling ketara adalah
ketika mendarat.

Setelah Dato Vida mendarat dengan baik
di pesisir pantai, maka giliran Fieza bersama
staf Dato Vida, juga bernama Fiza bersedia
untuk berlepas.

Sungguhpun permulaan untuk terbang perlu
dibantu pengusaha aktiviti laut, kemudian
kedua dua mereka kelihatan gembira
melayang layang di udara.

Tatkala saya meneruskan penggambaran
dengan aktiviti Dato Vida dan anak anaknya,
kelihatan Para Sailing yang di naiki Fieza
hampir tiba ke pesisir pantai untuk mendarat.

Dari kejauhan saya dapat merasakan dia
tidak sempat mendarat dipesisir pantai kerana
terlalu awal menarik tali untuk mendarat.

Dan ternyata betul sangkaan saya..

Haaaa....... dan Kebabooommmmm diikuti
percikan air.

Mujurlah payung terjun tidak menutupi
mereka.....

Payung yang menjadi saksi Fieza mendarat di laut
bukan di pesisir pantai....

Beberapa minit selepas Fieza mendarat
di laut, satu pasangan lagi turut mengalami
nasib yang sama.......tapi mereka betul betul
di tengah laut.

Bagi pengusaha aktiviti ini sudah lali
dengan senario begini dan lazimnya
sebelum "terbang" mereka memberi
tips tips keselamatan.

Pagi Ahad semasa kami meneruskan
penggambaran, saya dimaklumkan seorang
remaja hampir pengsan di udara ketika
mencuba Para Sailing.

Kemungkinan remaja terbabit gayat berada
di tempat tinggi dan mujurlah dia bersama
rakannya.

Bagi saya tak kiralah apa aktiviti yang hendak
dilakukan, kita perlu yakin dan bertanya
pada diri sendiri kemampuan diri.

Apapun kami tabik dengan Dato Vida kerana
beliau "cool" saja malah ingin mencuba
sekali lagi tetapi ketika itu senja telah
melabuhkan tirai malam..........

Dato Vida bersama krew produksi Santai Bersama.....



Bergambar dengan anak perempuan tunggal Dato Vida
yang mesra dengan panggilan Che Bee......






 

2 comments:

  1. kita pun suka jugak aktiviti lasak ni tapi tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. Perlu cuba terutama sekali PAraSailing, memberi anda satu dimensi berbeza tatkala berada d udara. Apapun perlu tanya diri sendiri kemampuan utk berada di tempat tinggi.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...