Salam rakan rakan...
Saya tidak dapat menulis atau update entri setiap hari
seperti di tanahair kerana kekangan waktu.....
Dari pagi hingga lewat malam, jadual penuh, selain
daripada tugasan, sebelah malam, sesekali
dipenuhi jemputan makan makan dari rakyat
Malaysia yang bertugas di sini.....
Rezeki jangan ditolak.......
Malam tadi kami dijemput Puan Noridah Kamarudin,
Pengarah Tourism Malaysia di Moscow ke
Huh bila tenguk atas meja makan ada asam pedas ikan,
sambal belacan dengan ulam dan ayam panggang.....
huh.....sungguh menyelerakan....
Alhamdulillah lepas juga rindu kat makanan kegemaran
Alhamdulillah lepas juga rindu kat makanan kegemaran
saya.....(tambah dua kali tau.....)
Semalam hampir sehari kami di Kedutaan Malaysia,
Lepas rindu makan asam pedas dan sambal belacan |
Anak Puan Noredah (dibelakangnya) menemaninya di Moscow |
merakamkan bagaimana suasana menyambut
AidilFitri oleh rakyat Malaysia di sini.
Macam macam juadah disediakan perwakilan di sini,
dan yang pasti paling teruja adalah pelajar pelajar
kita bila diberi peluang menyampaikan ucapan
Raya pada keluarga dan sanak saudara.....
Kira semalam jadual kami lebih tertumpu pada rakyat
Malaysia termasuk berjumpa dan berbincang dengan
Duta Malaysia di Moscow Dato Zainol Abidin Omar.
Krew Jejak Rasul Bersama Datuk Zainol dan Datin Amy |
Sehari sebelum itu, pegawai pengiring kami Saidov,
membawa ke satu persatuan yang banyak menjalankan
pelbagai aktiviti mendekati dan mendalami Islam.
Selain memberi kelas agama kepada yang baru memeluk
Islam mahupun mendalami Islam, di sini juga majalah
berkaitan Islam di seluruh Rusia diterbitkan dan juga
terdapat Radio Internet yang dibawah penyelarasan
Galina Al Shabah.
Mendekati Galina, ibu kepada seorang anak perempuan,
dia tidak menafikan, golongan wanita yang bertudung
dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat
tempatan.
Penggambaran dengan Galina |
Peluang pekerjaan juga terbatas dan kadangkala
ketika di dalam Metro (keretapi bawah tanah),
tiada siapa mahu duduk di sebelah orang bertudung
dan ada sesetengah insan mengherdik.....
Bagi Galina, ia sama sekali tidak menakutkan
dan tidak gentar dengan segala perlakuan
insan terbabit, kerana bagi dirinya apa yang lebih
ditakuti adalah Allah Yang Maha Esa.......
Di depan pejabat Galina (Saidov di sebelah kanan) |
Dia tidak menafikan adalah juga segelintir pengguna
Metro terutama golongan veteran memujinya
manis bertudung....
Pelajar pelajar perempuan kita juga tidak terkecuali
kadangkala diganggu bagimanapun pelajar kita lebih
bersifat "cool" dan lazimnya berjalan dalam kumpulan.
Tatkala mengikuti pergerakan pelajar pelajar kita
di sini, boleh saya garapkan, semangat mereka sebagai
duta kecil di sini memang kuat.
Beberapa hari ini kami turut dibantu Fatin(anak Ezzah),
Nadhirah dan Radhiatul, pelajar perubatan....
Saban hari dalam kedinginan mereka perlu meredah
salji tebal ke kuliah menaiki Metro yang sentiasa
penuh, dengan tahap hidup yang tinggi dan barang
makan yang mahal namun demi masa depan dan demi
bangsa, agama dan negara, mereka ini cekal menghadapi
makan yang mahal namun demi masa depan dan demi
bangsa, agama dan negara, mereka ini cekal menghadapi
situasi.
Syabas adik adik.....Terus kuatkan semangat....
Kelmarin semasa mengikuti Nadhizah, dalam cuaca sejuk
dan berjalan cepat, kaki saya kejang tiba-tiba.
(Faktor umur kot....Nad masih muda....saya ni kan dah
4 series.....)
Kami berhenti dan duduk seketika, barulah lega......
Semalam kumpulan B yang diketuai Wan Farid telah
sampai ke St Peterburg....
Dia memaklumkan kehadiran dia dan krew tidak begitu
disenangi oleh beberapa pihak di sana.....
Harap hari ini lebih baik dari semalam buat mereka....
Moga Allah permudahkan tugasan saya juga sahabat
saya di sana....
saya di sana....
InsyaAllah.......
tak kisahlah chik Inn dapat masukkan bila entry perjalanan chik Inn sepanjang di sana. Asalkan sihat dan selamat segalanya termasuk kepada crew2..
ReplyDeleteAs-salam
ReplyDeleteChik Inn, muge segalenye slamat dalam lindungan Allah.
amat mencabar sebagai muslim di sana, semoga semua urusan chik inn di sana dipermudahkanNYA
ReplyDeleteAssalam Chik Inn...terbuka pula selera saya tengok air asam tu,maklumlah tengah demam ni...perut lapar, tapi selera tertutup...
ReplyDeleteCabaran bertugas di tempat orang..apatah dengan pandangan buruk mereka terhadap Muslim. Semoga Chik Inn dan kru akan terus diberi Allah kekuatan untuk menyediakan yang terbaik buat penonton TV3...
Salam dari Malaysia...
Bestnya melihat dan merasai pengalaman di negara asing.
ReplyDeleteTERSENTAK sekejab baca ayat Chik Inn ttg Galina "bagi dirinya apa yang lebih
ReplyDeleteditakuti adalah Allah Yang Maha Esa......."
begitu besar cabaran dalam melaksana perintah Allah (menutup aurat) di sana..tapi mereka kuat kerana keyakinan "TIADA YG LEBIH DI TAKUTI SELAIN ALLAH YG MAHA ESA".
Pasti cabaran tuk pertahankan aqidah juga sgt bsr..Mg Allah memberi mereka kekuatan.
semuga cik inn suksess....
ReplyDeletemakan puas2 kalau malaysians di sana ajak makan.. hehehe....
ReplyDeletemoga semua urusan dipermudahkan di sana...
alahai cik inn ...sy tengok asam pedas dgn ulan2 tu dah terliur...bestnya baca catatan cik inn ni
ReplyDeletesemoga semua urusan di sana dipermudahkan
ReplyDeletepasti gembira pelajar2 kita di sana kan, awal mereka sambut raya...
Wow gimana yah kalau saya ngalamin di negara asing
ReplyDeleteNice info Travel umroh murah Jakarta