Ads by nuffnang

Thursday, March 3, 2011

HARAP LUANGKAN SEDIKIT MASA......

Saya ingin kongsikan bingkisan emel yang saya terima
buat tatapan rakan rakan blogger....

Hikmah Hari ini;

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya
jika miskin budi bahasa"

"Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan
jika nafsu tidak dapat dilawan"

"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu
jika buruk tingkahlaku"

"Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada
 iman didada"

"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana
jika tidak diamal dan digunakan"

"Sealim mana pun seseorang bukanlah namanya ulama'
jika takbur dan riak"

"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban
jika hati sentiasa pada Yang Esa"

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa Kita ke jalan Allah ...

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia melafazkan....

"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."

Lalu terus menambah,
"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini"
sambil mengukir senyuman...

Renung renungkan lah.....
 
 

14 comments:

  1. assalamualaikum chik in. terima kasih krn kongsikan tulisan yg indah ini. cukup menginsafkan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian yg baik

    ReplyDelete
  3. terima kasih akak...

    ReplyDelete
  4. tqs for sharing chik inn..

    ps: kita link chik inn ke kita punya blog ya..

    ReplyDelete
  5. "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban
    jika hati sentiasa pada Yang Esa" ... yes yes... I suka part yg ni... thanks 4 sharing Chick Inn.

    ReplyDelete
  6. indahnya... tk kerana berkongsi

    ReplyDelete
  7. indah dan menarik.
    alangkah bagusnya jika saya begitu.
    :|

    ReplyDelete
  8. terima kasih Cik In..!

    ungkapan yg sangat indah lagi bermakna..
    minta copy paste ye.. nak tampal kat bilik.. hari2 baca buat motivasi diri..

    ReplyDelete
  9. salam pagi jumaat ..
    terima kasih dgn info ni....

    ReplyDelete
  10. info yang menarik utk hari ni, tq ye Chik Inn

    ReplyDelete
  11. Indah kata-katanya...

    Speechless...terima kasih berkongsi mutiara kata yang cantik ini...

    ReplyDelete
  12. lagu kat blog chik inn pun cukup indah menusuk kalbu sesuai utk muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  13. Penuh bermakna...
    Psst...minggu depan 11-20 mac 2011 kita nak ride di Indon...nak ikut???
    So tak dapat nak jenguk kawan blog seminggu tau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...