5.30 pagi, Khamis 17 Mac di Bumi Moscow....
Penerbangan kami Selasa lepas sepatutnya
berlepas pukul 9.50 pagi, tetapi berikutan beberapa
masalah teknikal,maka ia berlepas lewat 30 minit.
Penerbangan kami ke Moscow menggunakan pesawat
Emirates justeru kami "transit" di Dubai selama 4 jam
setelah berada di pesawat kira kira 7 jam 10 minit.
Kira kira 5.50 petang pesawat Emirates EK 101 berlepas
ke Moscow dengan durasi kira 5 jam setengah....
Setelah mendarat di Lapangan Terbang Domodedovo,
Moscow, kira kira 10 malam waktu tempatan
(3 pagi waktu tanahair) kami terpaksa menunggu
hampir 4 jam untuk mendapat "pelepasan" peralatan
kamera kami daripada pihak di sini.
Setelah bincang punya bincang, pihak di sini
menasihatkan kami ke hotel penginapan dan peralatan
kami hanya akan diserahkan selewatnya Jumaat pagi.
Alah bisa, tegal biasa....dah masuk negara orang,
perlu ikutlah cara mereka.....
16 Mac Rabu...
Sebelah pagi, kami menguruskan hal ehwal menukar
wang, membeli simcard serta berbincang dengan
pelajar Malaysia dan "contact person" di sini.
Sempat juga recce di sebuah masjid yang baru
siap dibina.....
Masjid di Fort Pobedy |
Manakala sebelah petang, kami ke Kedutaan Malaysia
berjumpa dengan Encik Abd Razak Abdul Wahab
(Deputy Chief of Mission) dan pegawainya mengenai
perancangan kami sepanjang berada di bumi Rusia.
Krew di Kedutaan Malaysia (Encik Razak kanan bercoat) |
Cuaca ketika ini -2 darjah celcius dan sajli masih
turun yang sepatutnya dah tak turun dan ternyata
kesejukannya sampai ke tulang rasanya walaupun dah
pakai baju berlapis lapis.....
Ada beberapa kawasan salji masih tebal....
manakala kawasan salji yang sudah mula cair,
jalan agak licin dan kotor....
Teringat kereta saya yang "snowwash" tetapi ini snow asli...... |
Makanan di sini pun mahal gila....
semalam saya makan pasta, mineral water dan
salad kira kira RM 40.00.....
Hujan emas di negara orang, hujan batu di
negara sendiri baiklah negara sendiri....
Nanti saya update lagi keadaan di sini.....
Mohon rakan rakan blogger mendoakan misi
Jejak Rasul di sini berjalan lancar.....
Sememangnya setiap apa yang berlaku ada
hikmah tersembunyi.....
Hanya DIA Yang Maha Mengetahui.......
assalammualaikum chik inn..wah dah sampai ke moscow dah...tak jauh dh nk ke Finland ni...boleh singgah ke sini nanti..:)
ReplyDeleteInsyAllah ,saya doakan Cik Inn dan team dipermudahkan segalan urusan
ReplyDeleteSalam Nieza....
ReplyDeleteYa dah tak jauh...memang nak ke Finland, Insyaallah satu hari nanti akan sampai dan jumpa awak....
assalamualaikum cik Inn..semoga urusan disana dipermudahkan Allah..
ReplyDeleteselamat pergi & selamat kembali.. :)
ish..bestnya main snow..
ReplyDeletekalau dah mahal gitu kan..
boleh diet/kurus rasanya..hahahaha
Salam Cik Inn.. setuju gak. Hujan emas dinegara org tapi yg batu kat negara sendiri gak saya suka. Fuhh -2 sejuk bangat ba.. Memang masa tu sure terasa rindu pada kepanasan matahari.. hehehehe.
ReplyDeleteYup sentiasa akan mendoakan agar kalian semua dapat menjalankan all the task dgn baik tanpa halangan.. Amin...
Alhamdulillah,dah sampai ke Moscow.
ReplyDeletesemoga Kak Lin dan team selamat bertugas di tempat orang.
Kat sana tengah salji ni mesti basah aja jalannya kan..
alhamdulillah akak dh sampai sane..
ReplyDeletesemoga perjalanan di sana kan lancar & dilindungiNYA
wah..
mahal sungguh makanan kat saneeee
Keberkatan untuk Chik Inn dan team. Pada Makngah apa, bila dan di mana jua nilaian EMAS tetap di tempat kita, negara sendiri. Tak ada bandingannya.
ReplyDeleteSalam..... Our team at Min Fes wish u n all ur team all the best Allah bless u. Menjejaki perjuangan srikandi lebih mudah jika dbanding ketika perjuangan mereka ketika membela agama Allah di suatu ketika dulu .....BarakAllah hu fiq..
ReplyDeleteAlhamdulillah team cik inn slmt smpai
ReplyDeletesmga urusan kalian semua dipermudahkan oleh Allah swt
Insyaallah kak....mudah2an semuanya selamat & dipermudahkan Allah segala urusan di sana!
ReplyDeleteAlhamdulillah...dah selamat sampai...tertunggu-tunggu berita dari Moscow..suka tengok Chik Inn di sini lagi..saya doakan semoga apa yang dirancangkan akan direstui Allah...
ReplyDeleteChik Inn,
ReplyDeletewahhhhh... amat terasa kesejukan sehingga mencucuk tulang sum sum... saya doakan Chik Inn dan krew sukses dalam work trip kali ini.
saya amat setuju: Alah bisa, tegal biasa....dah masuk negara orang,
perlu ikutlah cara mereka.....
take care Chik Inn.. :)
Alhamdulillah selamat sampai :)
ReplyDeleteDidoakan semuanye berjalan lancar hendaknye AMIN.
Semua diPWS Alhamdulillah.
Ape2 nnt saye undate Cik Inn kt email gmail k.
Selamat bermain saleji Cik Inn! Salam pada semua :)
Alhamdulillah, dah selamat tiba di Moscow. Akak doakan agar Chik Inn dan rombongan dipermudahkan dalam menjalankan tugasan di sana.
ReplyDeleteassalamualaikum chik inn...
ReplyDeletedi doakan dari sini semuga allah permudahkan segala urusan chik inn dan krew jejak rasul..
assalamualaikum Chik inn,
ReplyDeletesemoga semua urusan Chik Inn dan team berjalan dengan lancarnya di sana
semoga kembali dengan selamatnya
moga perjalanan & urusan chik inn & rakan2 dipermudahkan hingga ke akhirnya..
ReplyDeletehave fun...!!
Ini separuh dari Jihad Chik Inn. Semoga selamat semuanya.
ReplyDeletemoga selamat pergi dan kembali, jaga diri terutamanya pemakanan chik Inn..
ReplyDeletePerrghhh tengok pics ni pun dah trasa sejuknya hehe. Semoga semua perancangan berjalan lancar semasa disana & moga semua krew yg pegi tu sihat & sentiasa dilindungiNya. Amin.
ReplyDeleteselalu teringatkan cik inn...
ReplyDeletesampai sekarang still sedih, plane ticket dah beli, visa dah ada, hotel kat moscow dah booking, tetiba mentua sakit, terpaksa kanselkan trip ke moscow dan snowboarding kat future winter olimpik kat sochi, harap harap terlaksana ke russia ni jugak satu hari nanti, nak nak selepas tenguk gambar kat blog ni, terasa balik hampanya tak pegi.
ReplyDeletesinggah di mana pun kalau pihak berkuasa tak puas hati tetap akan timbul masalah, sabarlah chik Inn, kita masuk negara orang..
ReplyDeletemoga selamat pergi dan kembali buat chik Inn dan semua crew..