Ads by nuffnang

Monday, March 7, 2011

Kamera semakin canggih...tapi jangan salahgunakan....

Rentetan daripada entri yang saya tulis semalam, kiranya
ada juga yang senasib dengan saya, belum cukup edah
"warranty" barangan yang dibeli dah meragam dan ada
juga bernasib baik tahan lama.

Kira tuah masing masinglah...

Tengahari tadi selepas hantar dokumen tajaan mekap
pengacara Ezzah Aziz Fawzy untuk rakaman sepanjang
Jejak Rasul di Rusia dan Ukraine, saya ke Plaza Low Yat
di Bukit Bintang Plaza yang menjadi pusat menjual
pelbagai barangan komputer.

Rasanya lebih dua tahun saya tidak ke sana, huh hebat
betul keadaan di dalam plaza terbabit.

Barangan komputer, kamera, telefon bimbit dijual dengan
pelbagai tawaran untuk menarik perhatian pembeli.

Saya ke sana kerana membeli "xternal hard disk".

External hard drive
(semua gambar hiasan)

Seperti  dimaklumkan terdahulu, penggambaran kali ini
menggunakan kamera HD dan rakaman hanya di  kad
memori tidak lagi gunakan pita, justeru kami perlu
"transfer" visual yang dirakamkan.

Pada awal penerbitan Jejak Rasul tahun 1994 hingga awal
tahun 2000, kamera yang digunakan adalah kamera Beta
yang beratnya di antara 10 ke 15 kilo.
(Berat sebelah jugalah bahu jurukamera)

Kamera BetaSp

Tape Beta

Dan tape beta yang lebih besar daripada pita VHS digunakan
melebihi 150 ke 170 keping.

Cuba rakan rakan bayangkan, untuk tape saja berkotak
kotak perlu di bawa.

Awal 2000 teknologi makin canggih, penggunaan camera
lebih kecil dengan tape yang makin kecil iaitu DVCPRO
atau MiniDV (bagi rakan blogger yang ada camcorder 
pasti biasa dengan penggunaan tape Minidv).

Tape yang dibawa untuk rakaman hampir sebulan di
antara 80 hingga 100 keping.

Dan teknologi makin bertambah canggih, kini kami bakal
menggunakan kamera HD dan tidak perlu membawa tape
dengan jumlah yang banyak memadailah
"xternal hard disk" 2 TB sebanyak 3 buah.


Kamera HD dan Kad Memorinya

Bayaran lebihan bagasi juga dapat dikurangkan.

Menyentuh perkembangan terkini seperti kamera,
paling mudah kita lihat saja pada kemajuan kamera
untuk merakamkan gambar "still".

Bermula dengan filem photo hitam putih diikuti warna
dan kini berbentuk digital.

Dulu masa pakai filem masa hantar cuci, suspen juga
kot gambar tu "blurr" lah atau tak jadi.

Dengan kehadiran kamera digital, lepas ambil gambar
boleh terus preview, kalau tak berkenan boleh padam.....

Begitu juga dengan telefon bimbit, pun boleh ambil
gambar serta visual bergerak......

Apapun walau bertambah maju dan canggihnya pelbagai
barangan eletronik terutama kamera dan telefon bimbit,
di sekeliling kita, jangan salahgunakan dengan perkara
yang tidak bermoral....terutama golongan remaja......




6 comments:

  1. semakin hari,semua peralatan makin canggih.
    tp jangan salah guna semuanyaa...
    (:

    ReplyDelete
  2. Semakin maju semakin canggih tapi harap-harap jangan ada yang salah guna sudah lah!

    ReplyDelete
  3. tak terkejar dengan teknologi sekarang...
    tiap masa ada jer yang terbaru...

    ReplyDelete
  4. Dulu teknologi dia tak secanggih sekarang, baru guna A, B dah keluar, baru nk try B, C pulak menjelma, memang dah tak terkejar dengan teknologi sekarang. Sekarang guna apa yang ada, janji boleh buat mengikut keinginan.

    ReplyDelete
  5. teknologi tak salah,manusia yg selalu slh guna

    ReplyDelete
  6. Saya cuma belikan anak hp yg murah, tak ada kamera dan pastikan hp dia sentiasa dipantau...takut dengan macam macam benda sekarang ni...tak belikan, benda nak guna. senang nak tau kalau dia aktiviti sekolah waktu petang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...