Saya cuti hari ini kerana tengahari tadi ke Gleneagle Intan
Medical Centre untuk rawatan susulan diebetes saya.
Sememangnya dua atau 3 bulan sekali perlu jumpa
dengan Doktor Faridah Ismail pakar diebetes.
("Consultant Physician and Endocrinologist")
Lagi pun saya akan berada di luar negara dalam tempuh
yang agak lama justeru perlu dapatkan nasihat dan
pandangan doktor, antaranya perlu ambil suntikan
"bird flu".
Di samping itu, saya juga meminta Doktor Faridah menulis
surat kepada sesiapa yang berkenaan memaklumkan saya
membawa insulin beserta jarum sebagai "hand carry"
seperti tahun lepas.
Saya pernah bercuti bersama keluarga kakak saya ke
Italy beberapa tahun dulu, ketika pemeriksaan kastam
di lapangan terbang, saya sudah kena tahan.....
Dahlah orang Itali tu tak boleh berBahasa Inggeris, payah
betul saya menerangkan keadaan, siap buat demo
penggunaan pen insulin terbabit.
Lebih 10 minit bercakap bagaikan ayam dan itik, barulah
seorang pegawai yang boleh berBahasa Inggeris datang
dan saya perlu menerangkan keadaan sebenarnya.....
Kalau tak "hand carry" tak ada masalah....
Tapi insulin tak boleh kena panas......agak sensitif...
Kembali kisah saya berjumpa Dr Faridah untuk Diebetes,
dia mahu juga ambil darah saya,
"Doktor tunggu saya balik assignment Rusia lah, mana
tahu kandungan darah bertambah baik?", saya cuba
memujuk.
"No Mazlin, saya akan ambil juga hari ini, balik assignment
follow up lain, so nak yang mana dulu masuk jarum tarik
darah atau masuk jarum masuk vaksin".
Halamak......dua kali jarum akan menembusi tangan kanan
saya.......
Terima ajalah dengan "tenang".....
Jarum pertama doktor mencari urat di pelipat lengan untuk
ambil darah...dan satu lagi jarum ditusuk di lengan untuk
masukkan vaksin.
Andainya lengan saya boleh bersuara tentulah ia pun
tak larat di cucuk 2 kali.....
Jarum insulin kecil aja.....tak ada hal....
alah bisa tegal biasa.....
Satu perkara yang agak mencuit hati, bila seorang
wanita Cina dalam pertengahan 50an berbual bual dengan
saya sementara menanti untuk berjumpa doktor.
"Ini kencing manis, satu harta turun temurun latuk
nenek,yang tak ada siapa pun dalam adik beladik atau
anak akan gaduh tau...."
"Kalau luit banyak,tanah banyak, kalau tak betul,
boleh jadi gaduh, tapi ini diebetes, kalau boleh anak cucu
pun tak mahu ni harta..."
Mendalam maksudnya....

Gambar hiasan....lebih kurang macam nilah jarum yang menembusi lengan saya |
Terima ajalah dengan "tenang".....
Jarum pertama doktor mencari urat di pelipat lengan untuk
ambil darah...dan satu lagi jarum ditusuk di lengan untuk
masukkan vaksin.
Andainya lengan saya boleh bersuara tentulah ia pun
tak larat di cucuk 2 kali.....
Jarum insulin kecil aja.....tak ada hal....
alah bisa tegal biasa.....
Satu perkara yang agak mencuit hati, bila seorang
wanita Cina dalam pertengahan 50an berbual bual dengan
saya sementara menanti untuk berjumpa doktor.
"Ini kencing manis, satu harta turun temurun latuk
nenek,yang tak ada siapa pun dalam adik beladik atau
anak akan gaduh tau...."
"Kalau luit banyak,tanah banyak, kalau tak betul,
boleh jadi gaduh, tapi ini diebetes, kalau boleh anak cucu
pun tak mahu ni harta..."
Mendalam maksudnya....
hahah.adoi..pain but so true apa yg auntie tu ckp...
ReplyDeletebersabarlah chik....ini semua dugaanNYA,mungkin ada hikmah disebalik keraguan.~kami sekeluarga doakan moga kesihatan chik bertambah baik.....sihat walafiat.
ReplyDeleteCik Mazlin, suami saya juga pengidap diabetes..malangnya sebulan dulu, dia mengalami kemalangan.. tidak cedera, tapi lepas tu kakinya bengkak..malang lagi entah apa ubat diberi..kulit kakinya mengelupas dan keluar luka-luka kecil...sampai hari ni,doktor bagi mc untuk cuci luka...
ReplyDeletekalau ada penawar kencing manis yang bagus..kongsi-kongsi laa..risau juga saya tengok keadaannya... kalau setakat cucuk jarum tu pada saya masih ok...
dalamm maksudnya tu kan..aduhai...
ReplyDeleteape2 pon mazlin jaga kesihatan slalu tau di rantau org nanti..
su sentiasa ikut cerita mazlin wpun kdg2 x meninggalkan komen...nak tau cerita di tempat org sebenarnya....mcm su ntah bila dpt pegi ke sana...dunia cikgu mcm su hanya di sekolah @ kelas je..hehe...
semoga selamat pergi dan selamat balik hendakNya...amin..
get well soon kak mazlin.
ReplyDeletenis doakan kak mazlin akan sehat selalu
(:
satu lagi hutangg! ada org sanggup tak mengaku sedara kalau si sedara itu berhutang, kannn?
ReplyDeleteAduiii..saya tengok jarum pun ketar Chik Inn...sabar yea..hope you'll get well soon...penyakit ni pun Allah bagi..bersabar dengannya akan dapat ganjaran besar di sisiNya...
ReplyDeletedan ah so tu betul...
berikhtiar itu lebih baik rasanya..
ReplyDeleteapa kata mintak pandangan doktor untuk gunakan GAMOGEN. satu kajian perubatan yang berasaskan khasiat gamat + madu.
Mana tahu nanti lebih baik. Lebih baik mencuba daripada hanya berserah kan??
alahai, auntie tuh betullah. ;)
ReplyDeleteayat dia buat kita kata "a ah ek." ;)
alahaiiii. betulnya cakap auntie tu..
ReplyDeletejangan lupakan ubat, semoga sentiasa sihat
saye biasa dgn jarum mcm tu...sebab mak saye pun ade harta tu...
ReplyDeleteentah siapa la bakal dpt mewarisi harta tu kat anak2nye nnt ye...
walaupun sibuk dengan kerja jangan dilupakan kesihatan, badan yang takde sparepart perlu dijaga dengan baik. Moga Chik Inn sihat selalu dan jaga pemakanan...
ReplyDeletesgt mendlm,btl3 xpayah gado
ReplyDeletetake care cik inn
Rasa2nya ada ubat untuk kencing gula tu...... Sbb Allah jadikan semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. Penyakit kanser yg ditakuti itupun sudah ditemui penawarnya. Insyaallah akan diuar-uarkan..
ReplyDelete