31 Mac 2011 - 0015
Alhamdulillah sehari dua ini cuaca di Kiev begitu baik
sekali dengan suhu di antara 3 ke 10 darjah celcius,
tak lah sesejuk di Moscow.
Saya dimaklumkan pelajar pelajar kita di Moscow,
sajli masih lagi turun Rabu lepas.Semalam,(Khamis) sehari suntuk kami berada di satu
satunya masjid yang terdapat di Bandar Kiev.
Gambar kenangan bersama Mufti Ukraine |
Masjid Al Rahma bakal siap hujung tahun ini |
Kerjasama daripada Mufti Ukraine, Sheikh Akhmed Tamin
dan stafnya begitu baik sekali.
Di Masjid ini juga terdapat sekolah agama bagi
pelajar pelajar berumur di antara 6 hingga 15 tahun.
Kami sempat merakamkan telatah anak anak kecil
yang berebut-rebut ingin membaca Al Fatihah
mahupun Ayat Kursi yang dihafal....
Pelajar umur 6 tahun.....(yg pakai t'shirt kuning tu suka inframe) |
Comel comel belaka, rasa nak bawa balik ke Malaysia
aja...
Selesai tugasan lewat petang, sebelum temujanji
makan malam dengan Encik Monty dari Kedutaan
Malaysia juga pihak Etalon Studio yang membantu
mendapatkan permit penggambaran di Ukraine,
kami menyusuri di kawasan berdekatan hotel
penginapan.
Rata rata banyak gerai gerai yang menjual
cenderamata dan ternyata "Magnet Fridge" menjadi
pilihan ramai pengunjung di sini kerana mempunyai
pelbagai rekabentuk yang unik dan cantik.
Pelbagai rekabentuk "fridge magnet" yang menarik perhatian |
Harganya boleh tahan jugalah....
Dan satu perkara yang menarik perhatian saya
sepanjang berjalan di kawasan pejalan kaki adalah
jualan ais krimnya.
Aiskrim di kaki lima dijual perlu ditimbang terlebih
dahulu.....
Ezzah tegur saya kerana masih batuk dan selsema
tapi masih mahu makan ais krim.....
Bagi saya saja nak mencuba ......dan sebenarnya macam
aiskrim di McDonald aja rasanya.....
Timbang jangan tak timbang..... |
Hari ini jam 12.30 tenghari, kami akan ke Crimea,
antara lokasi awal penempatan Islam di Ukraine.
Kami akan menaiki keretapi dan dijangka perjalanan
keretapi akan mengambil masa lebih 16 jam, justeru
kami dijangka sampai jam 4.30 pagi - 1 April 2011.
InsyaAllah saya akan menulis entri akan datang,
berkaitan pengalaman menaiki keretapi terbabit
di samping pemandangan di sepanjang jalan......
Bersama Encik Monty dan wakil dari Etalon Studio selepas makan malam |
Kumpulan Cermin Mata Hitam.....(rakaman Bandar Kiev di atas bukit) |
Dah jam 1.47 pagi, nak tidur sekejap......
Kalau abg saya, masa anak dia batuk dan sakit tekak lah diberinya makan ais krim, katanya good for soothe sore throat. Wallahualam.
ReplyDeleteMg perjalanan menaiki keretapi Chik Inn ke Crimea di permudahkan Allah.
eskrem kena timbang ke..?? tapi eskrem mmg best.. chik inn jaga diri tau..
ReplyDeletecomel2 budak2 tu..
sangat cantik pemandangan di sana....tapi cuaca sesejuk tu pasti saya tak leh tahan..huhu
ReplyDeletesubhanallah indahnya pengalaman...:)
ReplyDeletemuga dapat tdur utk esok yang lebih mencabar..
menarik magnet frid tu ek..agak2 convert ke harga malaysia berapa harganya ya???
cantiknya pemandangan kt sana..
ReplyDeleteseronok dapat merasa pengalaman berharga ni kan..
tq chik inn sbb sudi kongsi pengalaman ni..=)
terasa keserunukannya...................
ReplyDeleteWah Chik Inn...cantik sungguh pemandangan di sana...harap Chik Inn dan krew diberi Allah kekuatan untuk terus menjalankan tugas...
ReplyDeleteHisshh..geram sungguh tengok budak budak tu...culik sorang bawak balik Malaysia....comelll...