2 April - 0045
Alhamdulillah kami selamat sampai di Stesyen Keretapi
Simperopol kira kira 4.15 pagi di sambut pelajar perubatan
tahun akhir di sini diketuai Ikhwan dan Marini.
Enam belas jam dalam keretapi satu masa yang
begitu lama.
Saya pernah menaiki keretapi dari Paris ke Copenhagen
selama 18 jam tetapi tidak terasa begitu letih kerana
keadaan keretapi yang dinaiki ketika itu memang selesa,
kabin yang besar dan sistem udarayang baik.
Tapi keretapi yang kami naiki dari Kiev ke Crimea ini
agak "veteran" dan berhenti hampir setiap stesyen.
Saya memang sukar nak melelapkan mata, sekadar
tidur tidur ayam sajalah rasa macam dalam buaian....
Di sesetengah stesyen, keretapi berhenti agak lama,
dan penumpang dibenarkan turun.
Penduduk tempatan berlegar legar di depan pintu
keretapi membawa beg mahupun troli menjual minuman
dan makanan ringan seperti roti, kek dan kuih tempatan.
Saya sekadar tenguk ajalah gelajat jualbeli masyarakat
tempatan......
tempatan......
Dalam keretapi yang kami naiki tidak mempunyai kafe,
sekadar menyediakan minuman panas, ringan
dan arak saja.
Bagi yang perjalanan jauh seperti kami, perlu membawa
bekalan makanan.
bekalan makanan.
Alhamdulillah, Puan Rose, isteri Third Secretary Kedutaan
Malaysia, Encik Nordin membekalkan kami nasi lemak, kek
dan buah, justeru itu kami jadikan makan malam.
Satu peristiwa yang agak mengejutkan kami, tatkala
berlaku sedikit salah faham di antara Aina, pengiring kami
di Kiev dengan seorang pemandu teksi di Stesyen
Keretapi Kiev.
berlaku sedikit salah faham di antara Aina, pengiring kami
di Kiev dengan seorang pemandu teksi di Stesyen
Keretapi Kiev.
Aina nampak "cool" tapi semangat dan keberaniannya....tabik springlah sis.... |
Puan Rose duduk di sebelah Ezzah....Terima kasih bekalkan kami nasi lemak |
Jurukamera kami, Shahril terlanggar tiang di tempat
menunggu teksi dan terkena sebuah teksi.
Seorang porter yang agak terkilan kami tidak
menggunakan perkhidmatannya dengan sengaja
memaklumkan kepada pemandu teksi yang sedang
menunggu giliran bahawa teksinya tercalar akibat
tiang terbabit.
tiang terbabit.
Pemandu teksi keluar daripada teksi dan terus
memarahi Shahril dan Aina yang berada berhampiran
dan meminta gantirugi.
Apalagi Aina dengan suara lantang dan begitu fasih
berbahasa Rusia terus melawan balik.
Beberapa orang yang berada berhampiran semua
memandang ke arah kami.....
Beberapa orang yang berada berhampiran semua
memandang ke arah kami.....
Pemandu terbabit agak terkedu juga dengan gaya
dan keberanian Aina yang ternyata, tiang terbabit
terkena tayar dan kesan calar tidak ada kena
mengena dan ia kesan calar lama.
Hah jangan main main dengan anak Melayu.....
Menurut Aina, begitu juga rakan rakannya yang
menuntut di Ukraine, berada di rantau orang perlu
berani, lebih lagi kalau kita di landasan yang benar......
berani, lebih lagi kalau kita di landasan yang benar......
Jika tidak kita akan menjadi mangsa penipuan
mereka.....lebih lagi melihatkan orang yang kulitnya
tidak seperti mereka dan juga kaum hawa.....
Bagi Aina, dia telah masak dengan kerenah masyarakat
di sini....
di sini....
Keadaan dalam kabin kami |
Ezzah dah mula sakit kepala..... |
Check in di hotel hampir jam 5 pagi.
Bilik di tingkat 3 dan tiada lift, nasib baiklah
ramai juga rakan rakan Ikhwan dan Marini
bersama kami, merekalah yang tolong
mengangkat beg.
Kami solat subuh terlebih dahulu dan terus
sambung tidur.
Bangun jam 9 pagi, Ezzah mengadu sakit kepala
lagi dan deman.
Justeru saya menasihatkan dia terus berehat
manakala saya, Shahril dan Zahir bersama
adik adik pelajar ke bandar untuk melakukan
penggambaran.
penggambaran.
Kami sempat ke satu daripada Masjid yang
terletak di tengah bandar untuk merakamkan
solat Jumaat.
Masjid Central |
Berikutan hampir 45 peratus penduduk di
Crimea ini Islam, masjid agak banyak di
bandingkan dengan ketika kami di Moscow.
Jemaah dengan selesa boleh menunaikan
solat dalam masjid terbabit.
Selesai solat Jumaat kami dbawa oleh adik
adik pelajar makan tengahari di restoren Armeniaan
tidak jauh daripada Masjid Central.
Punyalah lama kami kena tunggu, nasib baik
juadahnya boleh tahan sedap....
Kemudian berjalan kaki di sekitar bandar dan
turut singgah di Dataran yang tersergam indah
tidak jauh daripada Masjid Central.
Punyalah lama kami kena tunggu, nasib baik
juadahnya boleh tahan sedap....
Kemudian berjalan kaki di sekitar bandar dan
turut singgah di Dataran yang tersergam indah
Tugu Lenin.....
Adik adik pelajar ajak berjalan sambil buat penggambaran |
Bersama bakal bakal Doktor berlatarbeakang Tugu Lenin |
Cuaca pun ok, jadi tak terasa lah letih berjalan
pusing pusing bandar.
Tahap kehidupan di sini jauh lebih murah
dibandingkan dengan Kiev.
Esok, insyaAllah kami akan dibawa ke
persatuan "Alraid" yang banyak memberi sokongan
kepada golongan masyarakat Islam di sekitar
Crimea....
Selepas makan malam bersama pelajar tahun akhir perubatan |
Assallamualaikum,
ReplyDeleteN3 yang best..akan mama ziarahi selalu.
w/salam
seronoknya...berjalan berjalan....
ReplyDeleteAssalam Mazlin,
ReplyDeletewahhh!!! garang betul ye cik kak aina tu ye.. tak pe.. protection drp kena buli..
as slam Chik Inn,
ReplyDeletelelap patutnya tidur dalam buaian tu
mesti sangat letihkan dengan perjalanan yg jauh dan memakan masa
Chik Inn, dapat bayangkan seksanya berbelas jam dalam keadaan serba tak selesa tu...demi tugas ye...tapi seronok baca dan tengok gambar gambar di blog Chik Inn...Ezzah dah sihat ker? kesian dia...
ReplyDelete-nasib baik juga ada adik Aina tu ye..kalau tak, tak pasal-pasal kena kapur....
jaga diri di rantau orang..
ReplyDeletehttp://mistisfiles.blogspot.com/2011/05/surat-dari-bukhara.html
ReplyDeletemenceritakan perjalanan orang orang tartar ketika zaman mongul.
sejarah Islam yg agung.....
https://takusahrisau.wordpress.com/2011/02/13/kobe-muslim-mosque-masjid-yang-penuh-karamah/
ReplyDeleteada rezeki pergi ke masjid kobe pula...
Paku dalam Paku
Paku datang dari seberang
Aku dalam Aku
Aku sembunyi dalam terang.....
moga saudari menjadi salah seorang dari kekasih kekasih Allah...