Ads by nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

Uniknya......Pasar Haiwan Peliharaan.....di Kiev....

Terima kasih kepada rakan rakan blogger yang turut 
memberi semangat dan mendoakan kesejahteraan
kepada adik angkat saya Amina di Simferopol pada 
entri kelmarin...

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik 
untuk umatNYA......

Entri hari ini masih di Ukraine tetapi saya ingin kongsikan
kisah di Kiev.

Sehari sebelum berlepas pulang ke tanahair, kami ada
satu lagi tugasan dengan seorang daripada pengusaha 
restoren makanan halal di Kiev.

Berikutan temujanji kami pada pukul 11.30 pagi, Aina 
mencadangkan kami ke Frunze 172 - Metro Nivki.
(lebih kurang macam tu  ejaan dan bunyinya....)



Sebenarnya ia adalah kawasan yang turut dikenali 
sebagai "PetMarket", pasar yang menjual pelbagai
haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab, hamster,
chincillas, burung, ikan dan beberapa haiwan mamalia
lain.


MasyaAllah, seakan tak percaya apa yang saya lihat.

Selain daripada haiwan peliharaan yang dijual, pelbagai
aksesori dijual dengan harga yang berpatutan.

Mulanya dari jauh ingatkan baju yang tergantung adalah 
baju kanak kanak, rupanya baju untuk kucing dan anjing.


Baju dan pelbagai aksesori yang dijual


Turut dijual makanan, vitamin, ubat, shampoo, sikat, bantal,
sangkar, bakul, sweater, setokin, gelang, rantai,
permainan malah "stroller" atau kereta sorong pun ada....

Huh..... masyarakat di sini memang menyayangi haiwan
peliharaan dan memberi penjagaan yang terbaik.

Mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak, demi
haiwan peliharaan.  

Pasar yang memulakan perniagaan bermula 8 pagi hingga
5 petang menjadi tarikan terutama hari Sabtu dan Ahad.

Ezzah turut membeli rantai untuk kucingnya "Muserr",
dan saya turut mencari cenderamata untuk Adam tapi
spesis macam Adam tak dijual di situ.....jadi tak dapatlah
Adam "Souvenir Ukraine".



Sepanjang saya di Ukraine, jika terserempak dengan 
kucing atau anjing jalanan, haiwan haiwan itu kelihatan
bersih, jinak, gemuk dan terjaga......

Di Moscow jarang jumpa haiwan jalanan, sebab masih 
bersalji masa tu.....di Ukraine dah masuk musim bunga....
tu yang nampak banyak anjing dan kucing berkeliaran....
Kucing jalanan yang manja......

Pelik juga saya dibuatnya.....mungkin masyarakat
di sini begitu prihatin dengan haiwan maka yang tidak 
bertuan juga turut diberikan makanan......

Ia satu amalan yang baik....kerana haiwan haiwan itu
juga makhluk Allah.....

Harga seekor kucing boleh dibeli di antara RM 100 ke 
RM 1000 tertakluk kepada jenis kucing yang dipilih
dan menurut Aina ia jauh lebih murah daripada tanahair.

Manakala harga Chincillas yang mempunyai bulu yang
cantik sepasang dijual RM 200 ke RM 500 sedangkan di
Lembah Klang, harga Chincillas sepasang di antara
RM 1000 ke RM1500.

Memang hajat dihati nak juga beli Kucing dan di
bawa balik ke Malaysia tapi banyak pulak terma 
yang perlu dipatuhi dan tambang tiketnya juga 
harganya macam tambang manusia.........

Pernah pelihara Chincillas tapi kos membelanya tinggi.....

Tak jadilah haiwan tu warga Malaysia.......ambil gambarnya
ajalah.......



19 comments:

  1. Comel2nya.. tapi akak geli lah..hee..

    ReplyDelete
  2. assalam cik inn..kucing2 tu sgt COMELLLLLL even yg jalanan pun..ei geram tgk..gebu smcam jek..huhu

    ReplyDelete
  3. Kak Yan,
    Mana alamat akak?
    Akak geli dengan kucing, macammana saya nak perkenalkan "ADAM' saya pada akak....

    Salam Shida,
    Memang comel comel belaka kucing kat sana....kalau boleh memang nak bawa balik Malaysia aja hari tu....

    ReplyDelete
  4. Perkh!!! x boleh tahan tngok kucing2 yang comel.. hahha..

    Tapi klu ada masa nak belajar jgk la cara2 becakap dgn binatang mcm akak buat.. hehhe..

    ReplyDelete
  5. alamak aii..sukanye tengok!!
    kat sini belum ada lagi pasar macam tu kan..
    wahh, kalau dekat, tak berganjak2 duk ralit tengok semua

    ReplyDelete
  6. Seronoknya...dapat tengok macam-macam di situ.

    ReplyDelete
  7. kucing jalanan pun nampak mcm org bela...bersih...gebu...sihat...

    ReplyDelete
  8. Di sana haiwanpun dipakaikan baju, sedangkan di sesetengah tempat manusiapun tak cukup pakaian, itulah berbezanya kita dlm menjalani kehidupan di dunia ini.

    ReplyDelete
  9. comelnyaaaaa kucing tu kakInn..teringat pula kucing jalanan di tempat kita yang berkurap berpanau huhuhu..kesian betul mereka kan..

    wow..mahalnya 'tiket' dorang huhu..

    ReplyDelete
  10. Yusenze,
    Bercakap dengan haiwan tu dengan sendirinya kejadian itu boleh berlaku....lebih lagi memang haiwan peliharaan kita punya....

    Jemarioren & Zmah,
    Saya biasa juga ke kedai kedai haiwan di Lembah Klang yang besar tapi bila berada di sana, memang teruja betul tenguk haiwan dan aksesori yang dijual.....

    Pendragon,
    Mungkin faktor cuaca yang sejuk jadi kucing itu pun nampak gebu dan sihat aja kot....

    Mak Ngah,
    Setuju dengan komen Mak Ngah.....pelbagai rencah kehidupan di dunia ini.....

    ReplyDelete
  11. Norhafiza,
    Menurut pelajar kita yang bawa haiwan peliharaa balik ke tanahair, harga tiket memang macam harga manusia.....macam macam lah dik.....
    Dan ada beberapa syarikat penerbangan, kucing dibenarkan duduk sama dengan tuannya tak payah masuk kargo......

    ReplyDelete
  12. Bestnya kucing Kak Ezzah dapat rantai. Tuah badan.. Kucing kat oversea ni memang gemuk2 & bersih2. Kat turkey dulu jumpa banyak gak.. Rasa cam nak angkut bawa balik je.. geram.. :-)

    ReplyDelete
  13. Ya Allah luasnya pengalaman Cik Inn... bangga betul saya bila tgk kucing2 tu bersih da terjaga. Harap2 rakyat Malaysia boleh jadikan ianya sebagai contoh....

    ReplyDelete
  14. geramnya tegok kucing2 tu come2 semuanya ...kalau murah blh cik in bawa balk ke sini kan...

    ReplyDelete
  15. gebu2 kucing kat sana.. kalau kat sini ada yang terbuang dipukul lagi.. ada yang kurus kering.. kesiannya.. nak bela tak berani sebab kesian takde sape nak jaga.. anak2 merengek nak tapi nantilah ye kakak dan adik.. bukan dalam masa terdekat ni..

    ReplyDelete
  16. bestnye chik inn!!comel2 je kucing tu..geram!

    ReplyDelete
  17. Sabah got pasar yg jual kucing Bengal type tp mhl la.

    ReplyDelete

  18. Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
    Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

    ReplyDelete
  19. salam, boleh saya kemana nak hantar kucing terbiatr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...