Ads by nuffnang

Monday, April 18, 2011

"Fridge Magnet Rusia dan Ukraine milik siapa......"

Salam rakan rakan blogger....

Lama rasanya saya tidak berceloteh dalam blog,
dok lepak kat umah menggembalikan tenaga yang 
keletihan tanpa cuti sepanjang berada di Rusia 
dan Ukraine.

Lazimnya begitulah caranya bila tugasan di luar negara, 
tiada istilah cuti Sabtu dan Ahad kerana ketika itulah 
penggambaran yang membabitkan aktiviti kekeluargaan 
dilakukan, kami perlu ikut masa mereka....

Nak 'shopping" pun selalunya hari hari terakhir atau
"last minute"...

Diperkarangan Stadium Dynamo Kiev, pasukan bolasepak digeruni di Ukraine
Maskot Dynamo Kiev untuk cucu saya Iman.....
Dalam beg plastik Ezzah tu ada FM untuk keluarga dan sahabat handai

Justeru bila kembali ke tanahair, digantikan cuti terbabit 
minggu ini, tu saya boleh menulis blog sebelah
siang, biasanya saya gemar menulis sebelah malam.

Khamis lalu pesawat kami mendarat tepat jam 3.05 petang.

Alhamdulillah penerbangan yang baik sungguhpun ketika
perjalanan dari Kiev ke Dubai, berlaku sedikit 
"goncangan" yang mendebarkan juga jantung. 

Makan tengahari (Rabu) sebelum berlepas balik ke KL bersama Aina (yang garang tu..)  


Selesai segala urusan bagasi di KLIA, kami menaiki van TV3
yang telah lama menunggu (lewat 1 jam penerbangan 
kami- kesian Liza dan Abg Zamri menunggu) maka sampailah 
saya ke aparment jam 5 petang.

Seronoknya kembali ke tanahair tercinta......

Selesai mandi dan solat, tanpa mengemaskan bagasi,
maka tertidurlah saya di sofa.

Sayup sayup terdengar azan maghrib, saya terjaga dan 
terpinga pinga......

"Eh aku ni kat mana ya....dalam kapallterbang ke, kat 
hotel di Ukraine ke, kat umah ke.....?''''

Jadi macam "lost world" kejap......

Duduk seketika melihat keadaan sekeliling sambil 
mengeleng gelengkan kepala baru tersedar ehhhh kat 
rumah aku daaa....

Mungkin juga rakan rakan pernah mengalami situasi 
begitu.....dah terlalu letih...minda jadi "blurr" dan "blank"
seketika....

Lagipun orang tua kan selalu berpesan jangan tidur 
lewat petang....

Atau ingatan masih pada adik adik kat Ukraine, yang mesra 
dan sentiasa memberi kerjasama tu rasa macam 
kat sana lagi......


Seperti dalam entri saya pada 9 Februari lalu, mengenai
"Siapa Nak Fridge Magnet(FM)", maka hari ini saya
senaraikan beberapa nama yang akan menerima 
cendermata terbabit kerana sentiasa mengikuti dan 
memberi komen sepanjang tugasan Jejak Rasul saya di 
Rusia dan Ukraine.


Saya tidak dapat memenuhi kesemua permintaan rakan rakan,
harap maaf ya....insyaAllah tugasan akan datang....


Harap rakan rakan berikan alamat di FB saya (mesej)-
Cikgu Nurin (paling banyak komen dapat FM Russia dan 
Ukraine) yang selebihnya saya akan kirimkan salah satu
FM negara yang dilawati.


Ibu Intan, Aizamia3, Anisa Hang Tuah, Yan, Zmah, 
Kpah-Kpoh, Mulan, Mak Ngah, Kak Chik, dan Lyida Miza


Beberapa kisah yang tidak dipaparkan dalam Jejak Rasul 
akan saya kongsikan juga tapi kena tunggu memory card
saya pada Shahril......tak ada gambar tak seronok
lah pulak ya.....


Ok InsyaAllah .... jumpa lagi esok.....


14 comments:

  1. wah sukenye chik Inn.. jap2.. nak on FB jap.. bestnye.. terharu dan teruja ni..

    ReplyDelete
  2. Tak de rezeki nak dapat FM. Tak pe.. Dapat baca blog pun jadi la. Sentiasa mengikuti tapi tak boleh nak komen, selalu "hang" je computer ni bila masuk ruang komen chik inn..Line tak ok sgt sini..

    ReplyDelete
  3. suka...suka.. terima kasih chik inn

    tak sangka ada dalam list penerima

    ReplyDelete
  4. Ya allah Chik Innnnnn...nama saya pun tersenarai jugak..terima kasih banyyaakkkk saya ucapkan, saya komen sebab saya suka sangat blog chik Inn..kalau terlepas sehari, rasa bersalah pulak.. ( sampai sekarang rasa bersalah sebab tak jawab pertanyaan Chik Inn pasal van milo kat sekolah tu...terlepas entri tu..)

    *malu ni, nak bg alamat..he he..nanti saya bg kat fb atau e-mail Chik Inn..* terima kasih sekali lagi..

    Kalau Aminah contact chik Inn,kirim salam kat dia tau...

    ReplyDelete
  5. Salam, alhamdulillah....
    vilkomback cik inn....semuga kembali bertenaga dan semakin bersemangat..Bukan mudah tugas di produksi kan..

    Lain kali kena bnyak komenlah utk disenarai pendek mnerima MF hihii...

    ReplyDelete
  6. huaaahh...
    best aa dpt. ah takpe, sy saja suka2 tgk dn komen kat blog orang kerja tv3 ni. dpt sembang maya pun dh best

    ReplyDelete
  7. Yahooo............muuuuuahhhhhh utk cik inn.....cayang cik inn.............

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah cik inn dah slmt kembali ke m'sia ;)

    ReplyDelete
  9. alamak...melepas pulak nak FM ...huhuu

    ReplyDelete
  10. salam chik inn,

    wah jauhnye berjalan...best :)
    alamak terlepas lah can dpt FM...hobi terbaru tu kumpul FM..hopefully next time dpt merase le dr Chik Inn :)
    nk sampai tmpt jauh2 maybe lmbt lagi....

    ReplyDelete
  11. salam chik inn..
    alhamdulillah chik inn dan lain2 dh sampai malaysia ngan selamatnya..
    dh baik ker demam rindu kat kiterang di cni??
    hehehee...
    adam sihat ker chik inn??
    saye nampak fridge magnet yg dibeli di saat2 terakhir chik inn kat simferopol neh..
    wahhh...
    rindu lah sama u chik inn!!!
    jage diri baek2...=)))

    ReplyDelete
  12. salam chik inn...
    LM dpt gak ke?huhu...terima kasih byk2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...