Ads by nuffnang

Sunday, April 3, 2011

Si comel Fatimah Zahra........

Penggambaran di ALRAID, persatuan bukan kerajaan yang
banyak membantu masyarakat Islam di sini, Alhamdulillah
berjalan lancar. 

Ezzah pun dah sihat, maklumlah dapat skype melepaskan
rindu dengan suami dan anak anak di Bangi dan semestinya 
anak sulongnya Fatin di Moscow.


Di ALRAID ni,  setiap minggu diadakan kelas Fardhu Ain, 
Tajwid dan Bahasa Arab.


Tiga tahun lalu, kurang daripada sepuluh orang yang
menyertai kelas ini, tetapi sekarang lebih daripada
seratus kaum ibu menyertai kelas yang diadakan 
secara percuma.


Ezzah, Aminah dan Helmi

Adik adik pelajar, Ihkwan, Marini, Adam, Helmi dan
penterjemah kami Aminah banyak memudahkan
penggambaran kami.

Helmi ni sungguhpun dah 6 tahun menimba ilmu di sini
tapi loghat peraknya masih pekat......seronok berbual
dengan dia....


Dia turut berkongsi pengalaman seperti Aina yang
kadangkala perlu bersuara tinggi dengan masyarakat
setempat yang memandang serong dengan dia
dan rakan rakan terutama ketika dalam pengangkutan 
awam.....

Ketika di ALRAID, seperti biasalah, bila tenguk budak budak 
kecil kat sini, saya memang cukup geram.


Saya kongsikan photo bersama Fatima Zahra, berusia
4 bulan setengah  yang turut berada di persatuan ini 
kerana ibu dan adik beradiknya turut mengikuti kelas 
fardhu ain di sini.....









Kami turut merakamkan anak anak kecil dan remaja
yang membuat persembahan tarian tradisional 
masyarakat Tartar.


Tarian mereka dapat saya garapkan campuran daripada
tarian dari negara Arab dan Turki...




Irama lagunya juga ada mirip irama padang pasir.....




Sebahagian daripada peserta tarian tradisional  


















9 comments:

  1. akak..comel je akak dukung baby tuu

    :)

    ReplyDelete
  2. comey sungguhh.. macam nak gigit pipi dia.... pssttttt... yg kat sebelah dia pun comeyyyy jugakkk :)

    ReplyDelete
  3. sama2comey..

    moga semua crew di sana sihat2

    ReplyDelete
  4. comenya...

    ezzah dr dulu sampai sekarang, cam tu je muka dia. still remember first time p[ umah dia masa adik dia, Ezzudin kawin. Ezudin hubby's fren.

    ReplyDelete
  5. Ishhh..comel comel sungguh anak anak orang kat sana...putih melepak...

    yang dok mendukung tu,comey gak..hi hi...

    ReplyDelete
  6. Comel sungguh baby tu,bertuah maknya.

    ReplyDelete
  7. Pipi Fatima Zahra macam buah epal..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...