Ads by nuffnang

Friday, April 22, 2011

Seminggu telah berlalu.....hatiku masih di situ...


Sungguh pantas masa berlalu....

Pejam celik, pejam celik, dah seminggu saya berada 
di tanahair yang dicintai...

Syukur menjadi warga Malaysia.....

Tatkala sayup sayup kedengaran bacaan Al Quran
sebelum Solat Jumaat tadi dari balkoni apartmen saya,
mengembalikan ingatan kepada saudara saudara
seagama kita terutama di Moscow. 

Di kala jemaah kita selesa duduk mendengar khutbah
Jumaat di masjid yang serba indah dan besar, segelintir 
jemaah di sana berhimpit untuk mendapatkan ruang 
untuk bersolat.

Dikala jemaah kita bersila di atas permaidani yang empuk
di dalam masjid, mereka duduk di atas timbunan salji,
di jalanraya, di tebing bangunan menahan kedinginan.



Di mana saja di bumiMU.....kami tetap bersujud padaMU......



Sebelum atau sesudah solat, dengan mudah jemaah kita 
memilih gerai, warung atau restoran untuk menikmati
santapan makan tengahari, di sana mereka perlu beratur
panjang kerana tidak banyak restoren makanan halal yang 
boleh didapati......

Namun alah bisa tegal bisa.

Jemaah yang selesai makan terus bangun dan memberikan 
tempat duduk kepada yang lain.


Saya perhatikan mereka tidak banyak bersembang sembang,
selesai makan terus bangun..


Kalau nak bersembang pun di luar kafe atau tepi masjid....


Seperti di kebanyakan masjid, tabung tabung sumbangan
terletak di dalam masjid mahupun di pinggir masjid.


Di Masjid Sabornaya (kira masjid terbesar di Moscow),
tabung masjid dijaga oleh petugas yang agak berumur.

Setiap kali jemaah memasukkan wang ke dalam tabung,
petugas akan terus membacakan doa kepada yang 
menghulurkan sumbangan.
 
Masjid Sabornaya kini dalam proses dibesarkan dan
InsyaAllah bakal siap hujung tahun ini.


Pembaikpulih dan pembesaran masjid terbabit memakan
masa yang agak panjang, kerana tidak mendapat
peruntukan sepenuhnya dari kerajaan.

Ia lebih kepada sumbangan jemaah, masyarakat setempat 
mahupun beberapa pihak dari negara Timur Tengah. 

Dan daripada pemerhatian saya kebanyakan jemaah
yang membanjiri masjid adalah generasi muda yang
dalam pencarian mendekatkan diri lagi kepada Illahi.

Kelas kelas agama yang dianjurkan di Masjid dan
Pusat Islam pun dipenuhi golongan ini.


Jemaah menunggu waktu Asar...tetiba turun ribut salji



Namun di Ukraine suasananya ternyata berbeza dengan
Moscow terutama di Crimea.


Crimea yang meliputi daerah Simferopol, Yalta, Ai-Petri,
Bakhchysaray, Sevastopol, Evpatoria dan beberapa lagi 
daerah, masyarakat tempatan ramai beragama Islam.

Masjid boleh memenuhi ramai jemaah dan dalam keadaan
lebih sempurna.


Satu daripada Masjid di Simferopol


Terdapat banyak masjid, restoren halal dan 
pertubuhan berlandaskan Islam membantu mereka 
yang ingin mendalami Islam.


Peranan pelajar pelajar kita yang turut meluangkan masa
mendekati masyarakat tempatan dengan mengajar
AlQuran kepada golongan kanak kanak dan remaja
khususnya di Backhcysaray satu perkara yang baik.

Alhamdulillah...


Teruskan usaha mulia itu adik adik.... termasuk 
terus membantu saudara baru kita antaranya Aminah 
penterjemah kami.


Dia mengizinkan saya menulis sedikit sebanyak 
mengenai dirinya dalam blog saya, InsyaAllah untuk 
entri esok saya kongsikan bersama...


Antara pelajar perubatan tahun akhir yang meluangkan masa bersama kanak kanak dan remaja di Backhcysaray mengajar Quran.
Aminah dan anak Pakcik Ismaillova yang rapat dengan pelajar kita




14 comments:

  1. allahu..allahu..akbar...tersentuh hati ku,gembira singgah di sini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    selamat kembali Cik Inn. Masih hadapi masalah kecelaruan tidur?

    Ribut salji? Uhhhhhhh sangat sejuk. beku! Tahan ke dengan baju nipis macam tu?

    ReplyDelete
  3. SUBHANALLAH.. how beautiful..

    mengesan je di hati kan..

    ReplyDelete
  4. suka tgk gambar hijab cik inn kena salji

    ReplyDelete
  5. chik Inn memang patut pun hati masih di situ... terlalu indah untuk ditinggalkan.... kan

    ReplyDelete
  6. Semakin banyak dugaan, semakin kuat dan teguh iman mereka, tersentuh hati membacanya...

    Tak sabar nak tahu kisah Aminah tu....

    *Terima kasih banyak Chik Inn...barang tu dah sampai kepada saya, cantik sangat..heboh sekolah tadi, masing-masing nak bukak blog ni...*

    ReplyDelete
  7. salam chik inn...subhanallah....suka baca entri entri mcm ni..ibadah boleh dilakukan dimana mana dan dgn bermacam macam cara...yg penting keikhlasannya..dpt dilihat disini..ada pada saudara saudara kita disana dan juga pada chik inn dan team...moga Allah merahmati dan berkati kalian dan kerja kerja kalian semua..kalaulah saya boleh melakukan perkara yg sama...tak semua org berpeluang...anda semua org org yg terpilih utk meraih `saham' ini...alhamdulillah.....keeps it up...wsslm...

    ReplyDelete
  8. Salam semua....

    NKB- terima kasih kerana singgah blog saya...

    Anyss - nampak aja nipis tapi pakai baju berlapis lapis sebenarnya terutama ketika di Moscow...

    PeriPia - sejuk kena ribut salji tu.....

    Yan - mana alamat awak??? Begitu juga anisa, zmah, kpah kpoh, mulan, kak chik dan Lydia Miza..

    Mak Ngah / Ibu Intan / Aizamia3- dah terima ke FM?

    Cikgu Nurin - saya harap cikgu suka dengan kiriman saya tu ya...

    Eni - sama samalah kita meraih "saham" akhirat dan moga sentiasa diberkati olehNYA....

    ReplyDelete
  9. owh saya nampak potret terbaru muzeen ismailova...rindu pada mereka...

    ReplyDelete
  10. Akak dalam email akak ada alamat saya...sepertimana akak minta semalam tq...

    ReplyDelete
  11. moga ukhuwah kekal selamanya... moga juga muslims di sana dilindungi Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  12. tabah sungguh mereka, solat dalam apa jua keadaan dan ketika. kita ni kadang2 macam2 alasan. ye, saya nantikan juga kisah cik aminah tu.

    ReplyDelete
  13. bersyukur kita dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna..

    psstt: chik Inn, saya dah terima FM tu, dah reply via FB chik Inn.. ;) terima kasih chik Inn..

    http://aizamia3.blogspot.com/2011/04/fm-from-moscow.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...