Ads by nuffnang

Monday, April 11, 2011

Tayar Pancit perjalanan ke Kiev......

Salam dari Kiev.....

Perjalanan kami dari Simperopol ke Kiev pada
Sabtu lepas dengan jarak lebih 900 kilometer 
mengambil masa lebih 12 jam.

Makan tengahari di Simperopol sebelum berlepas ke Kiev


Sampai di Hotel Khreschatik, Kiev kira kira 1.45 pagi.

Hujan pun hujan lah.....last minute shopping cari cenderamata
Terima kasih adik-adik.......mengalir juga airmata saya nak berpisah dengan mereka..

Sepanjang perjalanan saya lelapkan mata beberapa 
minit sahaja iaitu selepas mula naik van dan juga 
lepas makan malam.

Antara sebabnya kalau rakan rakan nak tahu kerana
Ezzah menyuarakan perasaannya yang takut apa apa
berlaku sepanjang jalan seperti kemalangan atau
di tahan insan yang tidak bertanggungjawab juga
teringatkan adik adik bakal doktor kita Simperopol.

Jadi mata ini sepanjang perjalanan melilau melihat
keadaan sekitar sedangkan Ezzah, Shahril dan Zahir
dah beberapa kali dibuai mimpi.

Tak apalah sebagai ketua misi kita perlu jaga
keselamatan anak anak buah kita.

Kedua kedua pemandu van juga tidak boleh
"cakap orang putih", apa lagi bagaikan ayam
dan itiklah saya berkomunikasi dengan mereka.

Pengembaraan kami ke Kiev dimulakan dengan
van ditahan oleh polis trafik.

Kira kira 15 minit jugalah kedua pemandu tu 
kena beri penerangan pada polis trafik.......

Kami dok dalam van tenguk ajalah.....

Perjalanan diteruskan....dan hujan beberapa
tempat....

Selepas lebih 3 jam perjalanan, tetiba tayar
van kami pancit.....

Nasib baik pancit waktu siang...kalau malam.....


Terkena paku agaknya.....

Jalan di sini memang seperti langit dengan bumi
jika dibandingkan dengan negara kita.

Syukurlah kita jadi rakyat Malaysia......

Jalanraya kita luas, bertar, R&R yang cantik, tetapi
tidak sini. 

Sepanjang jalan, kami banyak bertembung dengan
lori atau treler dan jarang sekali kereta kerana
saya difahamkan mereka lebih gemar menaiki
keretapi.
Sepanjang perjalanan....

Sungguhpun kedua pemandu ini asyik melihat
peta, (tak ada GPS) tapi mereka pemandu yang 
cekap.

Sampai hotel, kemas bagasi kami dan terus 
tidur......memang letih gila....

Kami berada di Kiev sampai 13 April dan terdapat
beberapa rakaman yang perlu dibuat lagi....

Nanti saya kongsikan rakaman semalam (Ahad), 
bagaimana masyarakat di sini, menjamu tetamu, 
penuh satu meja......

Kenyang.....Alhamdulillah....

12 comments:

  1. as salam...mujur siang kan chick inn.tulah...mmg jln raya kita yg terbaik berbanding kebanyakan negara lain...saya travel di saudi pun gerun dgn R&R dia..huhu

    ReplyDelete
  2. Sebab itu saya selalu ucap dan syukurkan....negara kita ini hujannya emas, bukan batu2 lagi, jd mai pakat2 jaga jgn sampai dijual olh ahli politik yg tak betul mentalnya.

    ReplyDelete
  3. Menarik pengalaman ini,kalau lah berpeluang ikut mesti seronok...

    ReplyDelete
  4. bersyukur negara kita aman damai dan banyak kemuudahan yang disediakan untuk kegunaan bersama..

    ReplyDelete
  5. salam dari simferopol chik inn!!!
    alhamdulillah chik inn,auntie ezzah,abg shahril,abg zahir selamat sampai kiev...tertunggu2 gak bile lah chik inn nk update blog..hikhik...
    thanks chik inn n da geng for everything..thanks for making our final year da memorable one..sweet memory lah..hehee..n kalo ade salah silap terkurang harap diampun kan yer boss..am really happy to noe u n others..doakan kejayaan kami final year students kat cni eh..semoga chik inn,auntie ezzah n lain2 selamat smp malaysia..x sabar rasanya nk tgk jejak rasul kali neh..hehehee..insyaAllah kite jumpa di malaysia..send my regards to all..salam n take care!!^____^

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang manis kan Chik Inn...rasa macam nak ikuttt jer...

    ReplyDelete
  7. assalam cik inn...best nyee perjalanan kali ni ekk....ALLAHUAKHBAR....setiap tmpat yg kita tuju tu pasti mmeberikan kita pangalam yg tak ternilaikann....?? so kongsi2 laa dgn kami yg tak dapat ke sana nii..huhuhuhu...anyway..take care...

    ReplyDelete
  8. Salam
    nak tanya sikit boleh? dalam gambar kedua tu, perempuan yang kanan sekali pakai baju putih tu, pelajar Malaysia ker? Ada ker kebarangkalian saya join xpdc dengan TV3 macam di atas? saya minat ambil gambar :)

    ReplyDelete
  9. occay, dah dapat dah.. Aminah, penterjemah.. maaf tak baca entry sebelumnya! harap dia sudi konsi pengalaman peluk Islam :)

    ReplyDelete
  10. demi kerja kan Cik Inn..lama betul kan awak kat sana.

    ReplyDelete
  11. salam chik inn,

    Tabik spring laa kepada ketua rombOngan..
    Begitu payah rupanya kerjaya nie..tentu dalam segmen nanti pun ade citer tayar pancit kan...pengalaman2 itu indah..teruska mlakar warna warni kehidupanmu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...