Semalam juga hari yang panjang buat Krew Jejak Rasul
di Crimea dari jam 9 pagi dan kembali ke hotel jam
11.30 malam.
Kesian kepada pengiring kami, adik adik pelajar
iaitu Aishah, Fatehah, Helmi, Alex dan Aminah kerana
menahan lapar dan hanya makan tengahari jam 5 petang.
Saya memaklumkan kepada mereka, beginilah cara kerja
kami di mana waktu makan tidak mengikut jadual
terutama sekali bila berada tugasan luar negara.
Setiap detik begitu berharga bagi kami.....
Setiap detik begitu berharga bagi kami.....
Kami kembali di Bakhchasary dan merakam berapa
aktiviti puak Tartar, antaranya merakamkan pembuatan
perak juga tekat.
Zamremah khusyuk dengan jahitan tekatnya... |
Zamremah Bersdama cucucnya |
Memang cantik hasil tangan Zamremah, tenaga pengajar
kraftangan di sebuah kampung di sana.
Diiikuti dengan rakaman di sekitar Madrasah Zincirli
madrasah pertama di Crimea yang telah dibaikpulih
dan dijadikan muzium dengan kerjasama kerajaan
Turki.
Sekitar Madrasah Zincirli |
Kami juga turut merakamkan satu acara dikenali
sebagai "maulud" oleh puak Tartar seperti marhaban
di negara kita diketuai Mufti Crimea Syeikh Reezvan.
Bersama Sheikh (2 dari kiri) bersama tuanrumah yang mengadakan Maulud |
Dan selepas Isyak kami turut merakamkan Majlis
Hari Raya pelajar Malaysia di hostel mereka.
Meriah tau.....lebih lagi dengan nasi impit yang dihimpit....
Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah
penyediaan nasi impit oleh pelajar perempuan.
Nasi Impit yang diimpit dicelah celah buku |
Kerana ketiadaan nasi impit segera, cara terbaik
untuk mereka mengimpitnya dengan menggunakan
buku buku perubatan mereka yang ternyata tebal
dan berat.
"Lepas makan nasi impit you all, Chik Inn dan
Aunty Ezzah mesti terror topik topik perubatan
kerana dihimpit dengan buku buku you all",
saya berseloroh diikuti deraian ketawa mereka.
Saya dimaklumkan pelajar lelaki turut tidak
ketinggalan menyumbang tenaga untuk
menyediakan juadah raya diketuai Chep, yang
memang pakar dalam bidang memasak.
Dia ni memang pakar dalam segala masakan
baik masakan Jepun, Western, Siam dan masakan
masyarakat Ukraine.
Sekitar rakaman Majlis Raya di Crimea |
Chep berdiri berbaju kuning |
Rakaman dengan adik adik pelajar ini InsyaAllah
akan disiarkan dalam rancangan khas Jejak Rasul
pada awal Syawal nanti.....
Tunggu......................
Ya..mesti tunggu punya program ni....
ReplyDeleteTak sangka, di sana juga ada kraftangan tekat benang mas tu yea...teringat pada arwah ibu saudara saya yang berkemahiran menekat benang emas dan perak ini, pernah menerima tempahan kerabat Di Raja Brunei...
Kakcik rasa konfius pulak... Hari Raya olok2, ya? :)
ReplyDeleteSeronoknya dapat menjelajah ke serata dunia.
ReplyDeletekreatif la budak2 tu..tak terpikir pun nak buat..haha!
ReplyDeleteWaah kat sana pun ada tekat juga eh.
ReplyDeleteHoho tang buku tu memang tak sia2 je berat2 gitu.
Issh tak sabo nak tgk le