Semalam hampir seharian hujan membasahi bumi
Simperopol, Crimea.
Beberapa rakaman luar seperti kesibukan kaum ibu
di pasar, gerai menjual pakaian muslimah tidak
dapat dirakamkan.
Meredah hujan selepas sarapan pagi di pasar |
Bagaimanapun penggambaran banyak rakaman
dalam bangunan, jadi tak begitu menjejaskan produksi,
hanya basah basah sikit bila nak turun dari mini bas
ke destinasi dituju.
Buat pengetahuan Kak Cik yang bertanya tentang
rakaman raya bersama pelajar kita, lazimnya bila
sesebuah produksi berada di luar negara dan mempunyai
jumlah pelajar atau rakyat Malaysia yang agak ramai,
maka kami akan cuba merakamkan suasana mereka
beraya di rantau orang beserta ucapan raya......
Berikutan majlis raya diadakan waktu malam,
semalam kami merakamkan ucapan raya berhampiran
hostel mereka yang mempunyai lanskap yang sejuk
mata memandang.
Sekitar taman berhampiran hostel pelajar |
Lebih kurang 10 hari didampingi pelajar pelajar yang
sering bertukar "syif" mengiringi krew Jejak Rasul,
terasa begitu akrab silatulrahim yang terjalin....
Rakaman ucapan raya |
Banyak pengalaman baru yang turut saya perolehi
tatkala bersama bakal bakal doktor muda kita ini.......
Selamat Maju Jaya adik adik yang akan menghadapi
peperiksaan akhir, beberapa bulan lagi.....
Kepakaran anda semua diperlukan ..........
Terima kasih daripada saya, Ezzah, Shahril dan Zahir
kepada Ikhwan, Marini, Helmi, Nabilah, Tini, Nabihah,
Pian, Danny, Shasha, Ayu, Adam, Naz, Asrol, Joe,
Diana, Faiz, Faizal, Fira, Sameha, Najmi, Fatimah,
pasangan Yana/ Afif, Ikhwan, Alex, Noor, Nabila,
Fatehah, Aishah, Hani, Azie, Chep, Mamu, Ally Junior
dan yang lain lain, maaf tak ingat nama......
Tidak lupa dengan pada Aminah, penterjemah kami
juga selaku ratu fotograpi yang mempunyai kisah
hidup tersendiri yang agak menyedihkan....
Dia memeluk agama Islam kira kira 6 tahun lalu.....
Jika dia membenarkan kisahnya dikongsi bersama
akan saya tulis dalam entri akan datang, jika tidak
dibenarkan harap rakan blogger memahaminya.......Terima kasih adik adik.... |
Hari ini kami akan bertolak ke Kiev menggunakan
jalan darat dan dijangka mengambil masa di antara
11 ke 12 jam......
Harap rakan rakan doakan keselamatan kami
sepanjang perjalanan ini......Sekali lagi terima kasih kepada adik adik semua,
jika ada terlebih bergurau atau terkasar bahasa,
maaf zahir batin dari cikgu....
(ada yang gelar saya cikgu sebab beri arahan itu dan ini ketika rakaman bersama mereka.....)
Moga anda semua sentiasa dalam peliharaan
Yang Maha Esa .......
seronok tengok semua gambar :)
ReplyDeletetinggallah cik Aminah..
ReplyDeleteceria adik2 semua dapat membantu, semoga berjaya dan lulus dengan cemerlangnya kepada semua adik2 pelajar di sana
Kenangan yang akan sentiasa terpahat kekal di ingatan...kan Cik Inn...?
ReplyDeleteOwh, Aminah tu saudara baru..cantik budak tu, bawa dia balik Malaysia Chik Inn...?
*Saya pulak yang tak pasal-pasal rasa sayu baca entri ni....saya sensitif kalau bab-bab berjumpa,mesra dan berpisah ni....*
waaah, sudah mau balik ke?
ReplyDeletebestnye dpt tgk tmpt orang.
selamat hari raya!
assalamualaikum chik In
ReplyDeleteSubhanallah,indahnya pemandangan di sana.
pastinya momen indah chik in dan team di sana
kan terpahat di ingatan.
jaga diri baik2 ya chik In.
p/s: kagum dengan ketabahan Aminah.pasti jalannya berliku, dan berduri.
cantik nya gambar2..
ReplyDeletekami sentiasa doa moga segala urusan chik inn & krew dipermudahkan sentiasa..