Semasa di Ukraine, saya ingin menulis entri kisah
hidangan jamuan satu meja oleh Mufti Ukraine,
Sheikh Ahmed Tamin tapi tidak berkesempatan.
Berikutan sehari dua ni, saya asyik mencari makanan
yang saya rindu tak dapat selama sebulan, maka entri
hari ini saya sentuh pasal makananlah.....
Sheikh Ahmed Tamin berasal dari Lubnan telah
menetap di Kiev Ukraine lebih 20 tahun bersama isteri
dan lima cahayamata.....
Masyarakat di sini memang gemar menjamu tetamu......
Justeru, dua hari sebelum kami pulang ke tanahair,
Sheikh Ahmed telah menjemput krew Jejak Rasul,
Duta Malaysia beserta "Third Secretary" dan beberapa
sahabat rapatnya untuk menjamu selera di apartmennya.
MasyaAllah, satu meja panjang penuh dengan pelbagai
hidangan terutama masakan dari negara Timur Tengah.
Senak juga perut kami dibuatnya, tapi rezeki jangan ditolak....
Rakan rakan tenguklah sendiri photo photo di bawah ni.....
Menurut isteri Sheikh Ahmed, Gada Wehbe 48 tahun,
lazimnya selepas Solat Sunat Aidilfitri, saudara mara
atau sahabat handai berkunjung ke aparmennya,
justeru dia memang sentiasa menyediakan hidangan
istimewa untuk tetamunya......
Macam nasi baryani |
Samosa ayam dan daging |
Sheikh Ahmed (baju putih) melayan tetamu |
Memang sedap masakan Gada........
Errmmmm....meleleh ayo liyor teman cik inn oiiiiii......by...ngantuk......
ReplyDeleteNikmatnya makanan tu...Alhamdulillah..jgn nanti rindu makanan tu..
ReplyDeletemak aii... penuh semeja panjang, rezeki melimpah buat kru JR
ReplyDeletehabis tak dimakan tu chik inn
Lazatnya....kalau dapat merasa semua makanan ini.
ReplyDeletesalam cik inn..tenguk gambar dah terliur makcik..beruntung cik inn dapat merantau dan merasa makanan depa..
ReplyDeleteFuyoooooooooo... konyang makcik.. betul2 ikhlas nak jamu orang makan ni.. Syoknya dapat rasa masakan orang. sure semua nak cuba kan... hehehehe
ReplyDeleterasa-rasa sama tak ngan restoran arab/parsi di sini yang sama dengan makananan sana. macam nak cuba try.. heheheh.. nampak sedap betul
ReplyDeleteWowww... bestnya.. Salute dgn food presentation diarang ni kan.. Bestnya tengok dish yg first tu.
ReplyDeleteCik Inn... terlior nengok makanannya... he3
ReplyDeleteFuhh terliurr tengokk. Yang di balut macam daun pisang tu apa yer cik inn
ReplyDeletemenarik masakan dari tempat orang diluar negara.. murah rezeki pak Sheikh Ahmed Tamin dan keluarga..
ReplyDeleteBest...Jangan membazir sudahlah. ni mesti makan sampai habis ni.
ReplyDeletemak aih, bestnya !
ReplyDeleteChik Inn, apa nama makanan yg mcm dibalut daun dan dikelilingi carrot tu? dalam ada inti ye...
ReplyDeleteDia masak sorang ke?Tapi saya biasa tengok, orang orang Timur Tengah ni, kalau berjamu macam boleh makan sekampung...
*Saya dah e-mail Chik Inn*