Ads by nuffnang

Friday, April 29, 2011

"Bila beli...jangan tak baca...."

Hari ini ramai juga rakan rakan di pejabat saya 
cuti kerana pakej hingga hari Isnin.

Saya juga tidak terkecuali....lagipun gaji dah 
masuk, jadi menguruskan hal hal kewangan 
apa yang patutlah....

Berikutan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 
akan berakhir Ahad ini, tengahari tadi saya ke 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama rakan 
baik juga adik angkat saya Nikky, pensyarah di USM.



Saya mengenali Nikky atau nama sebenarnya 
Nik Norma ketika penggambaran di New Zealand 2007.
Nikky khusyuk membaca tajuk tajuk buku.....
Ketika itu Nikky melanjutkan pelajarannya di sana. 

Jika di Moscow dan Ukraine, saya ditemani adik adik
bakal doktor perubatan, semasa di Christchurch, saya
ditemani adik adik doktor falsafah diketuai Nikky.....

Bersama Nikky semasa di New Zealand

Semasa di PWTC, memang ramai pengunjung memenuhi
setiap sudut "booth" atau gerai dengan pelbagai
aktiviti dan tawaran.

Sesekali terdengarlah ungkapan seperti :

"Make sure bila mama beli buku tu nanti, Along
mesti baca".

Betul tu cakap mamanya, kekadang anak anak ini
teruja nak buku itu dan ini, bila dah beli, tak baca 
pulak...... 

Dengan tema "Buku tanpa Sempadan", sebagai 
pensyarah,  buku yang dicari Nikky berada di 
Dewan Tun Razak 4 yang banyak menempatkan 
buku buku rujukan pelajar pusat pengajian tinggi.
Dan harganya pun boleh tahan tinggi.

Saya tertarik dengan sebuah buku bertajuk
"Russia and Islam", memang bagus dan
ada kesinambungan dengan tugasan saya baru 
baru ini di Rusia.


Bila ditanya harganya, huh tarik nafas panjang 
saya dibuatnya iaitu RM438.00.........

Tapi bukanlah semua buku harganya mahal,
tertakluk pada buku itu sendiri serta penulisnya.

Bagi yang menetap di Lembah Klang, jika ada 
kelapangan waktu, bawalah keluarga ke sana....

InsyaAllah, saya akan ke sana lagi Ahad ini.... 

Masa menulis "entri" ini teringat ingat buku tu,
mungkin hari terakhir dapat harga "durian runtuh"....
kalau tak dapat makan durian ajalah..... 



14 comments:

  1. kak lin. harga sebuah buku yg akak nak beli sama harga dgn 18 buah buku yg sy beli di pesta buku. ~pengsan baca harga~ :D

    ReplyDelete
  2. Anisa, mana alamat awak....emel kat yahoo saya ya....begitu juga dengan Kak Yan.....

    ReplyDelete
  3. Fazlinil,
    Bukan semua buku yang dijual mahal di Pesta Buku tu...terbitan tempatan harga ditawarkan memang baik...tapi buku yang saya cadang nak beli tu terbitan dr universiti luar negara dan ia lebih kepada penyelidikan yang mendalam, sebab tu lah buku tu mahal....

    ReplyDelete
  4. saya pergi jg pesta buku ptg td...
    bawa anak2 sekali..
    x dapat nak jln2 sgt...

    ReplyDelete
  5. Sya masih ada 2 buku yg dibeli pada 1994 tp belum dibaca lagi.Janji sy 10 thn..tp sekarang hampir 20 thn.

    ReplyDelete
  6. betul kak lin. sy tengok buku tu dekat amazon uk pun mahal. 85.50 pounds. bila ditukar harganya tak jauh beza. :)

    ReplyDelete
  7. duk kl dulu ada le pegi. la ni payah tul nak ajak cik abg ke sana. saya memang teruja dengan pesta2 buku ni. bila ler pak ali nak wat kat mitc nih

    ReplyDelete
  8. cik in memang teringin nak pergi sana, tunggu anak bawak. nak sangat pergi uya stor jual buku di sana.

    ReplyDelete
  9. kadang2 saya pun geram jugak dgn my kids, bila masuk kedai buku merengek2 minta dibelikan buku, bila balik rmh x baca pun...

    ReplyDelete
  10. Ya allah..sesak sampai tak boleh bergerak..tak boleh nak memilih buku...lenguh kaki saya Chik Inn..bila tengok ramai macam tu, nampaklah juga yang rakyat Malaysia ni ramai yg suka membaca...

    ReplyDelete
  11. Chik Inn, make sure bila beli buku mahal tu kena baca sampai habis ya :)

    ReplyDelete
  12. tak berkesempatan nak pergi, nanti takut mak leka pilih buku, anak ntah ke mana sebab bila dah pilih buku saya jadi ralit.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Chik inn beli tak buku harga RM400++ tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...