Ads by nuffnang

Sunday, April 24, 2011

"Dalam tawamu terselit kedukaan......"

Sepatutnya semalam saya nak menulis entri mengenai 
penterjemah dan adik angkat di Simferopol, Ukraine 
iaitu siapa lagi kalau bukan Amina, tetapi biasalah
kita merancang Allah menentukan.

Ada beberapa perkara saat akhir yang perlu dilakukan 
dan balik apartmen dah lewat malam, maka tak dapatlah 
meneruskan hajat terbabit.

Seperti dimaklumkan terdahulu, kami sampai di stesyen 
keretapi Simferopol 1 April kira kira 4.15 pagi di sambut 
beberapa pelajar diketuai oleh Ikhwan dan Marini.

Setelah "check in" di hotel, rehat seketika dan tepat
10.30 pagi, kami telah bersedia menunggu pelajar pelajar
untuk menemani kami bagi penggambaran di bandar
dan masyarakat setempat bersolat Jumaat.

Kami di bawa ke Masjid di tengah bandar dan ketika jemaah
menunaikan solat Jumaat, saya dan Marini yang menunggu
berhampiran pejabat masjid di datangi seorang gadis dan
memperkenalkan dirinya sebagai Amina.......

Selesai solat, kami makan tengahari di sebuah restoren
yang tidak jauh daripada masjid.

Kebetulan waktu untuk menunggu pesanan makanan
begitu "lama" sekali, maka saya penuhi dengan 
perbincangan dengan Marini, Ikhwan dan Amina 
mengenai jadual penggambaran di Crimea.

Sepanjang perbincangan terbabit, apa yang dapat saya
katakan Amina begitu teruja sekali dengan segala 
perancangan tugasan kami mendekati masyarakat 
Islam di beberapa daerah di Crimea.


Di restoren bersama Ikhwan, Marini dan Amina

Kemudian barulah saya mengetahui yang dia adalah
saudara baru dan selain menjadi penterjemah, ruang 
yang ada akan digunakan olehnya untuk memanjangkan 
lagi silaturahim dengan masyarakat Islam di situ.

Fasih berbahasa, Inggeris, Russia, Ukraine, Urdu, 
Hindustan dan sedikit "cakap Melayu", seorang yang 
peramah, periang, sentiasa melemparkan senyuman
dan suka ambil gambar.(saya turut gelarnya Ratu Fotograpi)


Setiap kali kalau guna kameranya, dia sering meminta
rakan rakan mengambil dua kali.

"One more pleaseee....." perkataan kegemarannya.

Dia memang begitu gembira dipilih menjadi penterjemah
dan sering melebalkan dirinya juga sebagai
krew produksi TV3.....

"Wartawan pelatih" TV3 di Ukraine

Hari demi hari ikatan persahabatan saya dengannya 
makin rapat.

Maklumlah masa yang dikongsi bersama melebihi 12 
ke 15 jam saban hari.

Dari situ saya mula mengenali siapa sebenarnya Amina
baik daripada pengamatan sendiri, dia berkongsi
kisah hidupnya mahupun dimaklumkan rakan rakan
rapatnya terdiri pelajar tahun akhir perubatan di Crimea 
State Medical University, Simferopol.

Dilahirkan kembar pada bulan June 1987, dia dibesarkan
oleh neneknya penganut Kristian Orthodox kerana ketika
masa kecil kedua ibubapa meninggal akibat kemalangan.

Di zaman persekolahannya, dia mengaku pada peringkat
permulaannya, melabelkan agama islam adalah
agama yang ganas dan suka berperang dari pembacaan
mahupun tontonan di televisyen.

Namun tatkala berkawan dengan masyarakat tempatan
beragama Islam, hatinya mula tertarik untuk mendalami
Islam.

Dengan menghadirkan diri di persatuan persatuan 
berlandaskan agama Islam, hatinya terus terbuka
untuk memeluk Islam.

Sungguhpun mendapat tentangan daripada nenek dan
adik kembarnya, dia pasrah.....

Amina melafazkan Kalimah Shahadah dan menjadi
saudara baru dalam usia remajanya....

Bagi Amina, setelah memeluk agama Islam hatinya lebih
tenang dan hidupnya dirasakan lebih tenteram.

Persepsi mengenai Islam sama sekali berbeza daripada
apa yang diketahui sebelum ini.

Dia terus mendalami agama Islam dengan menghadiri 
kelas kelas agama di adakan oleh "NGO" agama islam 
setempat mahupun rakan rakan lain.

Tahun kedua menuntut bidang perubatan di Simferopol,
hatinya telah dipikat oleh pelajar tahun akhir perubatan
di universiti yang sama.

Berikutan pelajar terbabit rakyat India beragama Islam,
terus menyuntingnya sebagai suri di hati, maka Amina
menerima lamarannya.

Amina berhenti daripada pengajiannya dan terus 
mengikuti suaminya yang bertugas sebagai pakar
bedah di India.

Mempunyai seorang anak lelaki yang saling tidak
tumpah rupa suaminya, Amina mudah menyesuaikan
diri dengan keluarga mertuanya baik segi berkomunikasi
mahupun di dapur.

Namun sangkakan panas sampai ke petang, rupanya 
salji di tengahari, (sebab negara ada salji) rumahtangga
yang dibina atas paksi cinta suci berakhir dengan
perpisahan.

Lebih 4 tahun hidup bersama....sudah ditakdirkan.......
jodoh tidak panjang.....

Mengikut adat masyarakat di kampung suaminya,
isteri yang diceraikan tidak dapat sebarang harta
termasuklah harta yang paling berharga dalam
dirinya iaitu anak lelakinya.........

Justeru pulanglah dia ke bumi Ukraine dengan
hati yang remuk.....

Nenek dan ahli keluarganya menyaran lupakan saja
apa yang berlaku dan kembali ke agama asal..

Tapi bagi Amina, sekali melangkah, dia tidak
akan pandang ke belakang kembali......

Islam adalah agamanya.......

Justeru dia mengambil keputusan untuk menyambung
pengajian awal tahun ini dan kebetulan duduk sebumbung
dengan rakan rakan lamanya pelajar pelajar Malaysia.

Rakan rakan yang memahami kisah hidupnya, terus
memberi semangat untuk dia membina kehidupan yang
baru.

Mereka turut membabitkan Amina dengan pelbagai
aktiviti terutama kelas agama bersama Kak Nabihahnya 
atau Memey, Sam, Hani, Nabila, Marini, Fira, Tini, Shasha 
Yana, Diana, Ayu dan ramai lagi.
Amina disenangi pelajar pelajar kita....
Memey sahabat karip Amina di sebelah kiri sekali...

Semasa kami mendekati keluarga Rashid yang mengajar
di madrasah dan mempunyai tiga anak kecil, pada mulanya
dia begitu gembira bergelak ketawa dengan anak anak itu
dan seperti biasa banyak mengambil gambar.

Ketika saya dan krew hendak memulakan temuramah
di luar madrasah dengan Rashid, Shahril jurukamera
menegur dia yang duduk termenung panjang.

Saya turut menegurnya dan dia terus berlari ke arah
saya memeluk erat dan terus menangis teresak esak......

Dia rindukan anaknya........

Bekas suaminya tidak membenarkan bercakap dengan
anaknya dan untuk ke Ukraine apakan lagi.......

Saya turut sebak terus memujuk dan menasihatkan 
dia terus bersabar dan terus memohon pada 
Yang Maha Besar......

Ibu mana yang boleh menahan kesedihan tatkala tidak
berpeluang untuk melihat anaknya membesar di depan
mata sendiri........

Setiap kali berjumpa dengan kanak kanak, dari renungan
matanya dapat saya rasakan dia teringatkan anaknya.

Semasa satu lagi tugasan yang membabitkan aktiviti
wanita Tartar yang mempunyai dua orang cucu yang 
comel, Amina mendekati kanak kanak terbabit.

Berikutan tidak mahu insiden yang sama berulang lagi,
saya meminta pelajar pelajar yang menemani kami ketika
itu membawa Amina bersiar-siar di perkarangan
rumah berhampiran.

Bukannya apa, kami kesian melihatkan keadaannya
bila dia murung......

Justeru kalau ada membabitkan kanak kanak, saya,
krew dan rakan rakannya sudah tahu peranan masing
masing.

Daripada pemerhatian dapat saya simpulkan setiap
tingahlakunya seperti suka bergambar dan suka 
bercerita adalah untuk menghilangkan kedukaan hatinya.....

Dalam tawanya terselit seribu kedukaan....

Sayu dan tersentuh hati bila mengenangkan Amina...

Bagi pelajar pelajar Malaysia kita di Simferopol,mereka
bakal menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi  dan
mereka adalah kumpulan terakhir di tempatkan di 
Crimea State Medical University.


Sukar untuk saya bayangkan bagaimana keadaan
Amina tatkala rakan rakan rapatnya terutama 
"Memey" tatkala kembali ke tanahair tidak lama lagi.


Amina memang berminat untuk ke Malaysia justeru
saya turut mengusik beberapa pelajar lelaki untuk
"mengenali" Amina lebih dekat lagi.


Insan seperti Amina perlu dibimbing terus.......

Buat Amina juga rakan rakan, renung renungkan
ungkapan yang saya terima ini untuk dikongsi
bersama......


"Kekadang kita minta kepada Allah 
setangkai bunga segar, DIA beri 
kaktus berduri....


Kita minta kupu kupu, diberi ulat 
berbulu....


Kita sedih dan kecewa...


Namun kemudian kaktus itu berbunga, 
indah sekali dan ulat itu menjadi 
kupu kupu yang cantik....


Itulah jalan ALLAH, indah pada 
masaNYA.....


ALLAH tidak memberi apa yang kita 
harapkan, tetapi DIA memberi apa yang 
kita perlukan....


Kekadang kita sedih, kecewa, terluka, 
tetapi jauh di atas segalanya, DIA telah 
mengatur yang terbaik dalam kehidupan 
kita.....


Sesungguhnya percayalah akan janji 
ALLAH kepada orang orang beriman....


Semoga kita diberi kekuatan untuk terus 
beriman kepadaNYA......"

Amina, saya dan rakan rakan di sini terus mendoakan 
kesejahteraan anda dan moga bertemu jodoh dengan insan
yang akan terus membimbing anda mengecapi kebahagiaan
dunia dan akhirat..... 





23 comments:

  1. begitukah? ayat2 akhir buat saya sebak. semoga dia terus tabah dengan agama yg satu ini.
    4 rangkap pertama nukilan tu saya sebak juga. ye, kita pernah diuji, hakikatnya tak semua kita inginkan, akan dapat seperti yang kita mahu.

    ReplyDelete
  2. indahnya sebuah ukhwah..alhamdulillah..=)

    ReplyDelete
  3. My *dearest* and *nearest* sister.... Your words really touched my heart... Thank you so much for ur care and so sweet feelings... I so appreciate...I was really little bit surprised when i read this story...u made me cry...
    I can't describe u how happy am i to being ur sister...Allah really loves me...Coz every time he sending to me Angels like u ! Allahu Akbar ! Thank u for that days which we spent together... I'll never forget,,,u r so deep in my heart.. If i could have one wish only..than i would wish to meet u once again in my life... Insha Allah :)
    Thank u for everything my darling...Love u from bottom of my heart.....Love u eternally ! Please send my regards and my love to my dearest uncle ever * Shahril*,my sweet and kind aunt *Ezzah* and abang Zahir...Missing u all alot....Love u sooooo much...
    May Allah protect u and bless u with His best blessings...Aameen <3

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...
    mula2 baca story ni, sy tersenyum, namun hati saya tersentuh dgn kisah yg terjadi ke Amina, she's beautiful, secantik namanya...

    to Amina: semoga tabah menghadapi semua ini, setiap kejadian ada hikmahnya...Allah tidak zalim...

    ReplyDelete
  5. aslmkm kak..slm ukhuwah dri sye di bumi pasir..selalu jdi SR je..hrni trgerak nk komen...amt trsentuh dgn entry ini..semoga amina trus tabah dn kuat...

    ReplyDelete
  6. ALLAH... touching nya Mazlin..

    sedih sangat.. Harap2 beliau jd lebih tabah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,Syukran. Thank you for sharing. Sad but true..life goes on for everyone..:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikom...just came to visit ur blog.

    Interesting story here. love it very much.

    Regards to Amina and may Allah bless her and all of us too. Ameenn :)

    ReplyDelete
  9. Betapa besarnya dugaan Amina,harap Amina tabah menghadapi segala dugaan mendatang.

    ReplyDelete
  10. sangat tersentuh... moga Amina tabah menghadapi semuanya

    semoga adik2 pelajar kita di sana terus memberi sokongan dan bimbingan kepadanya

    *** terima kasih chik inn... FM telah selamat diterima

    ReplyDelete
  11. Sob,sob. Terharu baca entry ni.
    Buat Amina dan semua (termasuk diri Ate sendiri), setiap kali kita mengalami kesedihan dan kesusahan ingatlah "Tidak semua hadiah dibungkus dengan indah, kadang Allah membungkus berkah-Nya dengan banyak masalah sebelum kita menuai hasilnya." Moga kesedihan dan masalah Amina itu ada berkah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah uji Amina tanda Allah kasih kepadanya. Yakinlah Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Moga Amina tetap tabah dan istiqomah di dalam menjaga aqidahnya.

    ReplyDelete
  12. sedihnya kisah Amina...moga Allah sentiasa melindunginya...

    ReplyDelete
  13. Sebak baca citer Amina ni. Bila kita tengok gadis secantik dia, pasti tidak ada orang yang menyangka dia melalui apa yang dilalui sekarang.
    To Amina :
    Sesungguhnya Allah sedang menguji dan apa yang diterima itu sekadar dugaan Allah semata-mata. Mungkin perpisahan itu boleh memberi sinar dan harapan baru kepada kamu untuk memulakan hidup. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersembunyi dan hanya Allah yang lebih mengetahui, redha dengan takdir ALLAH, kuatkan iman, InsyaAllah kebahagian menanti kamu di hujung sana... Amin..

    ReplyDelete
  14. oh sedih! semoga amina di bawah lindunganNya...mudah2an hari esok akan lebih bahagia buat amnina.

    ReplyDelete
  15. Indah namanya, semoga dia tabah dan kuat menghadapi dugaan. Mana tau satu hari nanti Amina boleh berjumpa dgn anak lelakinya, Allah itu Maha Kaya.

    ReplyDelete
  16. berat telinga mendengar cerita amina, berat lagi bahunya yang memikul seorang diri... moga dia kekal tabah & teguh imannya.. moga ada sinar dalam hudupnya nanti insyA...

    terkedu jugak memikir tatkala kawan2 rapat amina kembali ke malaysia nanti..

    ReplyDelete
  17. Aameen...Thank you everyone my dearest friends....So sweet and touching.....
    I really appreciate.....<3
    May Allah bless you all....and grant in everyone's life only happiness.... Aameen
    It's so true....Life is really unexpecting thing...but sometimes Allah grant us that things,about which we can't imagine even,,,
    So in Allah only i put my trust,,,,He knows what's in my heart...and what's better for me....
    Allahu Akbar !!!

    ReplyDelete
  18. sedih la baca kisah dia ni...shahdu rasanya...

    ReplyDelete
  19. Memang teruja membaca kisah amina ini. saya ada mengumpul banyak kisah2 saudara baru spt ini. Semoga amina terus istiqomah dgn Islam dan ahlan wasahlan saudaraku....juga kpd Chik Inn yg menjadi perantaranya....tahniah.

    ReplyDelete
  20. Subhanallah..speechless...semoga Amina terus kuat dan tabah..ye, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, apa lagi menahan rindu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan...

    Amina..only Allah knows the best for you...

    Chik Inn..Amina ni boleh faham ke apa yang tertulis semua ni..?bukan apa, tengok dia komen, macam dia faham apa yg kita tulis di sini...

    ReplyDelete
  21. Amina sungguh cekal.kawin diusia muda dan punyai anak.di duga dgn runtuhnya rumahtangga.terpisah dgn anak tersayang mmg merobek hati..sedih membaca kisah amina.tp saya kagum dgn kecekalan dan ketabahannya

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...

    chik in baca cerita ttg amina membuatkan saya menitiskan air mata di pagi hari ini...semuga amina trs di beri allah kesabaran dan kekuatan dan di beri kesempatan utk berjumpa anknya....

    ReplyDelete
  23. moga Amina kuat menghadapi dugaan yang mendatang.. sabarlah dan moga satu hari nanti si anak akan mencari ibunya yang teramat merinduinya..

    psstt: pelajar kita kan ada kat sana, jadi mesti dia tanya kat dorang apa yang kita komen ni.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...