Ads by nuffnang

Tuesday, April 5, 2011

Rombongan Cik Kiah ke Istana Bakhchisaray...


Ahad 3 April, krew dan beberapa pelajar perubatan 
tahun akhir di sini bagaikan rombongan Cik Kiah sewa 
satu bas macam bas mini ke lokasi di kenali sebagai 
Bakhchisary kira kira 45 minit dari Simperopol.

Di sini terletaknya Istana Bakhchisary dibina abad ke 16,
yang ada kaitannya dengan kemasukan awal Islam
di Ukraine.
Rombongan "Cik Kiah" di depan pintu masuk instana

Ia adalah satu satunya kawasan penempatan Islam 
yang tidak dimusnahkan oleh Zsar Katrina zaman
pemerintahnya di abad ke 18 kerana teruja dengan 
keindahan senibina istana terbabit.

Kami pun teruja juga melihat kawasan sekeliling
yang dijaga dengan baik masyarakat Tartar di
sini.

Sekitar istana bersama Kak Limah - "Guide garang"




Penjaga kawasan selaku "guide" di sini agak
kelakar sikit.

Dah lah beri penerangan dalam Bahasa Russia,
cakap dengan cepat dan tidak dibenarkan bertanya
sebarang soalan.

Alasannya nak tahu lebih beli buku yang ada dalam
kedai cenderamata dan baca.....

Hebat.....hebat.....

Satu lagi amanatnya, tidak boleh menggunakan
telefon bimbit sepanjang berada di bilik pameran
tetapi penggunaan kamera berflash diizinkan.....

Pelib bin ajaib.

Agak terbalik sistemnya, lazimnya, di istana lama 
mahupun di muzium menempatkan barangan antik, 
penggunaan telefon bimbit tiada masalah sebaliknya 
kamera berflash tidak dibenarkan...

Ikut sajalah labu......

Agenda hari Ahad itu juga membabitkan penggambaran
satu keluarga Tartar yang hidup sebagai petani.

Ismaillova 51 tahun ayah kepada 3 cahayamata,
penduduk awal menetap di kampungnya yang
mempunyai lebih 100 keluarga Islam di sekelilingnya.


Masyarakat di sini kalau meraikan tetamu memang 
diluar jangkaan saya.

Sungguhpun baru berkenalan, kemesraanPakcik
Ismail dan keluarga menyentuh hati.
Sungguhpun hidup serba sederhana, tetapi 
menjamu krew dan adik adik pelajar memang A++++.

Isterinya siap masak nasi macam nasi berani gam
dikenali sebagai "ploff"(mungkin salah sikit sebutan, tapi
asal bunyi PLOFF oklah).

Memang sedap gilak.....dan bagi masyarakat di sini,
selagi tak habis makanan tidak dibenarkan balik......

Masing masing masih dah kenyang, berlengkor dan lepaklah
macam ular sawalah kejap .....

Adik adik pelajar kita di sini kerap melawat 
perkampungan ini dan Raya Korban tahun lepas,
mereka mmelakukan korban dan bersedekah
kepada masyarakat setempat.....

Kedua anak perempuan Pakcik Ismail boleh dan faham
juga Bahasa Malaysia diajar pelajar pelajar kita.

Dalam temuramah dengan Pakcik Ismail, dia turut
berkongsi pengalaman yang diceritakan oleh ayahnya
bagaimana satu ketika dahulu, setiap keluarga dipisahkan
dan dihantar ke Uzbekistan dan Siberia.....

Nantikan kisahnya dalam Jejak Rasul Ramadan nanti......

10 comments:

  1. Chik Inn....bestnya,....dan hidangan tu mmg sedap.ada juga rest russia kat sini dapat la merasa juga

    ReplyDelete
  2. Wah nampak selera betul hidangannya, yg satu tu ape kerabu carrot kah, bersama ais kacang kah?Mahu beku kat sana.....wakakaka

    ReplyDelete
  3. as salam...nasi tu nmpk sedap chik inn.

    ReplyDelete
  4. Chik Inn, tourist guide tu agaknya tak abis belajar pasal negeri dia lagi kut, tak pun dia menghafal fakta jer..sebab tu 'no question,please' he he...

    Woooiihhh kalau macam ni gaya makannya, balik Malaysia sok, kena beli baju besar nihh....

    ReplyDelete
  5. salam chik inn,

    amboi semangat betui rombongan cik kiah kali ini..tak rugilah melawat bersama-sama.

    sedap nasi beriani tu...makanan mereka lazimnya manis ke pedas? kecuq jugak air liuq teguk ...
    bismilah....sila2- pic selepas tak da ke?

    ReplyDelete
  6. chik inn, wah bestnyaaaaa ;) tgk nasi tuh, rasa berselera tetiba, even tgh diet makan biskut je skang nih ;)

    apalah penjaga kawasan tuh, cakap bahasa russia? lepas tuh soh beli buku? isk isk ;)

    ReplyDelete
  7. Apa-apa pun...best bebenor noo.....

    ReplyDelete
  8. makanan mengancam selera... penuh semeja

    makin sihatlah chik inn balik nanti ni

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dia berjalan je....banyak betul pengalaman.

    ReplyDelete
  10. salam chik mazlin..rindunya pada tempat belajar dan lebih dirindui adalah keluarga islam tatar ukraine..bila baca entry chik mazlin, terasa mahu terbang kesana berjumpa dgn mereka..pakcik ismail, makcik radziah, muziyen, meryem, abd rahman..sangat diakui, walaupun berpuluh kali pernah bertandang ke teratak mereka, mereka tetap hidangkan berbagai jenis makanan untuk menjamu kami...kalaulah keluarga bitaka(nenek) Fatma dapat ditemuramah, mesti lagi banyak cerita dari bitaka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...