Ads by nuffnang

Saturday, March 19, 2011

"Genangan airmata di Fort Pobedy...."


 Jumaat 10.47 malam - Moscow....

Alhamdulillah lewat malam tadi (khamis), akhirnya kami 
dapat mengambilperalatan kamera yang disimpan erat 
di Lapangan Terbang Domodedovo.

Selepas sarapan pagi ada kadar saja,
(roti dan sambal ikan bilis),kami memulakan 
penggambaran di Red Square yang menjadi 
lambang kebanggaan rakyat Moscow, kira macam 
kalau kat Malaysia tu Dataran Merdeka.

Disini juga terdapat St Basil Cathedral yang menjadi
antara mercutanda Moscow .
(kebanyakan fridge magnet lambang St Basil).

Di Red Square berlatarbelakangkan St Basil 


Sungguhpun mempunyai permit penggambaran, 
beberapa kali disoal kehadiran kami dan dengan 
adanya Said Saidov sebagai pegawai pengiring, 
memudahkan kami.

Masalah bahasa menjadi satu daripada cabaran kami.

Tengahari kami ke Masjid Fort Pobedy untuk 
merakamkan Solat Jumaat.


Jemaah menunggu untuk Solat Jumaat bersama di perkarangan masjid....
Ketika kami sampai agak awal lagi, justeru jurukamera
Shahril Rani dan Pembantu Penerbitan Zahir Ramli, 
merakamkan beberapa sudut kedatangan jemaah ke 
masjid terbabit.

Berikutan suhu di antara -2 ke -1, saya dan Ezzah  tak
boleh masuk masjid, kami ke stesyen minyak berdekatan 
untuk memanaskan badan dengan minum kopi.

Dari stesyen minyak terbabit sayup sayup kedengaran 
khutbah yang disampaikan dalam Bahasa Rusia.

Ada kisah menarik yang berlaku ketika saya dan Ezzah 
di stesyen minyak....

Mungkin kerana agak lama (kira kira 20 minit) kami 
berada di dalam stesyen minyak tersebut, saya dapati 
gerak geri kami diperhati oleh pegawai keselamatan 
di situ.

Kemudian tidak semena-mena seorang kakitangan 
stesyen minyak terus merakamkan gambar kami berdua....

Saya memaklumkan kepada Ezzah yang sedang 
membaca bahan rujukan, dan dia terperanjat bila 
dimaklumkan kami diperhati dan dirakamkan gambar.

Kemudian beberapa orang masuk ke stesyen 
terbabit yang berpakaian bagaikan 
"pegawai pegawai keselamatan".

Mungkin kerana ada pihak di sini masih 
"Islamophobia" justeru bila tenguk orang bertudung 
dan duduk lama,di sangka ingin membuat perkara 
yang tidak baik......

Kesian kami......di pandang serong.....tapi itu semua
pengalaman yang sukar dilupakan....

Tatkala Solat Jumaat hendak bermula kami terus
ke perkarangan masjid.

Dalam keadaan suhu yang sejuk dan salji masih
meliputi sekitar masjid, hati saya sayu dan mata
saya bergenang.

Terharu melihatkan semangat saudara seagama kita
bersolat di perkarangan masjid kerana masjid tidak
dapat memuatkan jemaah yang ramai.

Ada yang hanya berlapik kotak dan surat khabar......

Ada yang bersolat di celah celah tempat letak kereta......

MasyaAllah.....

Sukar dibayangkan tatkala musim sejuk dengan suhu
di bawah - 20, mereka tetap memenuhi perkarangan
masjid untuk bersolat Jumaat bersama......

Kebanyakan jemaah adalah generasi muda mengharapkan 
masjid yang lebih besar dan selesa....

Tapi apa kan daya...... 


Alah bisa, tegal biasa bagi mereka....

Yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk umatNYA........

Sama sama kita mendoakan kesejahteraan saudara
seagama kita di sini.....

Selesai berjemaah, ada yang menyambung solat sunat......


Sungguh bertuah kita dilahirkan di Malaysia kerana
tiada masalah untuk menunaikan Solat Jumaat di 
mana mana saja masjid dengan ruang yang besar
dan prasarana yang baik.

Petang ketika merakamkan kesibukan orangramai
pulang dari kerja, salji turun kembali......

Dalam perjalanan pulang ke hotel, melihat serpihan
sajli membasahi bumi Moscow, perasaan saya
sedikit sayu mengingatkan kembali jemaah yang
menunaikan solat Jumaat tengahari tadi....

Allahhu Akbar.....































15 comments:

  1. betuk cik inn.. kita kat sini harus bersyukur dgn nikmat dan keselesaan yg diberikan dinegara sendiri...

    ReplyDelete
  2. bertuah cik inn dpt ke sana dan dpt menyaksikan kehidupan saudara seIslam

    Islamphobia di rusia, terkenang apa yg di tulis oleh miszlullaby mengenai pandangan serong terhadap Islam di sana

    semoga semua urusan di sana dipermudahkanNYA

    ReplyDelete
  3. Ye cik inn. Mereka sanggup bersolat dimana2 walaupun dalam keadaan sejuk dan tidak selesa....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...chik inn dan kawan2 beruntung kerana dapat mengutip pengalaman yg berharga di negara orang.

    ReplyDelete
  5. Allahhuakbar..terharu membaca entri ini...cabaran kita sebagai umat Islam...keimanan dan ketaatan mengatasi segala rintangan...

    di sini,walau kita di sediakan dengan segala kemudahan,masih ramai yang ingkar...kebetulan pula entri berkenaan sembahyang Jumaat, kalau Chik Inn free, silalah baca entry saya berkenaan dengan hal ini, di mana mereka bersolat Jumaat.....

    Selamat menjalankan tugas buat Chik Inn dan krew...

    ReplyDelete
  6. Best nyer dapat kutip pelbagai pengalaman kt negara orang...semoge dapat mengharungi pelbagai cabaran dlm menjalankan tugas....

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah..

    kalau dekat Malaysia ni, masjid lapang dan kosong ja..kita ni masih tidak bersyukur..

    dengan pergi tengok situasi di tempat org, baru kita tahu kita sekarang ni senang sangat kan..tapi masih tidak bersyukur..

    supaya kita menjadi org2 yang bersyukur..

    selamat menjalankan tugas kak lin..

    semoga setiap amalan yang niatnya baik dikira sebagai amalan kita disisiNya..

    Amin..

    ReplyDelete
  8. Beruntung sungguh orang Malaysia tapi tidak ramai yang pandai bersyukur.. melaksanakan Islam ala kadar aja.
    Cik Inn juga beruntung di beri kesempatan oleh Allah menyaksikan keagungan Nya di pelosok dunia. Terimakasih kerana sudi berkongsi di blog ini.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..chik inn..
    tampa sedar air mata saya juga turut bergenang membaca n3 chik inn...mengenang semangat menjalani kehidupan seorang muslim di sana sedangkan anak muda kita di sini sewaktu solat jumaat masih ramai yg berpeleseran di shopping mall..malah yg berumur tak kurang juga sedang kan disini kita mempunyai ratusan masjid yg besar canti dan indah.....adakah mereka lalai dan alpa atau..leka di buai kesenangan kuriniaan tuhan...janganlah kita menjadi insan yg tdk mensyukuri nikmat allah..

    ReplyDelete
  10. terharu.......
    Itulah kelebihan kita dan kekurangan kita,
    dan itulah kekurangan mereka dan kelebihan mereka,
    SEMUANYA ADA HIKMAH, YG PENTING BERSYUKURLAH KITA, JGN JADI SEPERTI SESETENGAH ORG KITA YG ASYIK MENGOMEN DAN MENGUTUK AJE.

    ReplyDelete
  11. Terharunya.. Kita kat sini masjid cantik, umatnya kurang. Akhir zaman..

    ReplyDelete
  12. subhanAllah....

    betol kata yan, malaysia banyak masjid yg cantik2 & mahal2 semuanya...

    ReplyDelete
  13. masjid kat Malaysia...besar tapi tak penuh...kalau penuh pun masa sembahyang sunat hari raya....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah sampai juga Chik Inn ke Moscow. Saya mewakili rakyat Malaysia di Moscow mengucapkan selamat datang walaupun saya tahu agak terlambat juga saya ucapkan.

    Semoga kedatangan crew dapat membuka pandangan umat Islam tentang keindahan Islam dan ukhwah di dalamnya.

    Memang kadang kala kami dipandang serong hanya kerana kami menutup aurat. Semoga dipermudahkan segalanya. Insyaallah.

    **Tak ada kesempatan nak berjumpa dengan Chik Inn dan crew.

    ReplyDelete
  15. memang Malaysia negara bertuah... namun masih ada yang mengeluh sedangkan bila baca entry chik Inn ni, kita sepatutnya bersyukur dengan kelebihan yang kita ada..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...