Ads by nuffnang

Sunday, March 6, 2011

Beli barang ada "warranty" habis "warranty" apa dah jadi..............

Pelik dan ajaib juga dengan sebahagian daripada
barangan terutama sekali barangan letrik yang dibeli.

Lazimnya sesebuah barangan (tak payah sebut jenama),
diberi jaminan 2 ke 3 tahun andai berlaku kerosakan,
boleh diganti baru atau diperbaiki.

Pengalaman saya sendiri kipas siling yang dibeli lebih
3 tahun lalu dengan harga hampir 500 ratus ringgit,
habis aja tempuh jaminan atau "edahnya", mulalah
buat hal.....

Gambar Hiasan....

Apa nak buat, dah takdir si kipas tu dah tak boleh
berputar seperti sediakala maka terpaksalah saya
menggantikan dengan yang baru tengahari tadi.

Kalau diperbaiki masalah "motor"nya pun boleh tahan
harganya, baik beli baru tapi yang biasa biasa ajalah.....

Lagipun kata orang "dapat duit lebih sikit(duit bonus)
maka ada saja yang perlu dikeluarkan".....

Cubaannn......

Satu lagi bila barangan letrik yang masih dalam
"warranty"/jaminan dihantar kembali kerana ada
masalah, bila pihak pengeluar menggantikan yang
baru atau perbaiki, ia dah sama sekali tidak seperti
sebelumnya.

Ia berlaku pada televisyen di rumah emak saya.

Baru digunakan beberapa bulan, ada masalah dan
bila dikembalikan.....saya rasa "colour dan sharpness"
tak sama......

Mungkinkah saya saja yang menghadapi masalah
"warranty" ini atau ada di kalangan rakan blogger
juga kekadang menerima senario seperti saya.....

Suratan atau Kebetulan....(macam tajuk lagu
Kenny, Remy dan Martin aja).....

Bukanlah semua barangan "tak ok" adakala
boleh bertahan bertahun tahun lamanya....

Ibarat kata orang orang terdahulu, "dalam
setandan pisang pasti ada juga satu atau dua
yang kurang baik....."

11 comments:

  1. Betul tu. Barang sekarang diperbuat seolah mereka telah research tempoh hayat barangan tersebut. Tamat warranty, maka kondem la jadinya. Dengan itu mereka tak perlu pening2 lagi dengan barangan baru mereka yang akan sentiasa ada pembelinya.

    ReplyDelete
  2. kadang2 waranty tak menjamin barang tu elok dan tahan lama.

    ReplyDelete
  3. sama la ngan kita sis beli tv for my mom guna baru 11 bulan dah jahanam..... tu branded bukan yang cikai..... sama je tak betul gak kalau pun ada warranty.......

    ReplyDelete
  4. itu taktik penjual kan chik inn..biasalah tu..

    ReplyDelete
  5. ikut nasib ler cik inn..akak pun kena..periuk nasi letrik..baru pakai sebulan..dah tak panas..akak hantar balik utk repair..abg pulak belikan yg lain...heee..nasib baik yg repair tu tahan hingga sekrg..( tu pun rasa tak lama tu..dah nak tamat tempoh edah nya..hahhaaa)

    ReplyDelete
  6. Assalam Cik Inn,

    maybe tu yr rezeki kot.ALHAMDULLILAH brgn letrik akak dah puas pakai baru rosak. Tak penah jd. Betullah tu. Dlam setandan ada yg tak baik..tup2 kena kat u.. sian u..sabar ye..

    ReplyDelete
  7. barang letrik zaman dulu je yang banyak nya tahan lebih 10 tahun... barang letrik zaman sekarang ni, susah nak cakap.. ada yg tahan lebih 3 tahun, ada yg lepas 6 bulan dah meragam..

    ReplyDelete
  8. barang elektrik zaman sekarang ni dah tak macam dulu, nama je ada warranty tapi barang2 yang berjenama dah jadi macam tak berkualiti (walaupun bukan semua), macam Chik Inn tulis...

    Ibarat kata orang orang terdahulu, "dalam
    setandan pisang pasti ada juga satu atau dua
    yang kurang baik....."

    ReplyDelete
  9. Itu hanya taktik marketing...ada waranty tak semestinya terjamin...selalu juga terkena...

    ReplyDelete
  10. Biasalah barangan sekarang banyak yang cepat rosak...susah nak cakap lah.

    ReplyDelete
  11. AS salam akak,
    barang 2 zaman kini tak berapa nak tahan@kurang kualiti...berbeza ngan zaman60& 70 &80an..kualiti di utamakan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...