Ads by nuffnang

Friday, March 25, 2011

Berkaki ayam atas salji....

Jumaat - 9 pagi....

Rindu rasanya nak makan tosai telur bawang
di kafe Sri Pentas bersama geng breakfast,
terdiri dari Kak Ani, Liza, Tina, Siti dan Atie.

Pagi ni Alhamdulillah, mentari bersinar dengan 
indahnya di Moscow.

Dua tiga hari lalu, cuaca di sini sekejap hujan, 
sekejap terang dan salji masih turun membasah
bumi Moscow.

Rabu lalu ketika merakamkan "standupper" 
Ezzah di Memorial Park, saya tak pakai kasut 
"boot/high cut" dan bila jalan atas salji, ia lembut 
dan terpersuk dalam salji maka habislah
kasut dan setokin saya basah.

Terbenam kasut 


Bila buka kasut dan setokin jalan atas salji 
dan simen, maka akibatnya sejuk masuk dalam 
badan dah dua hari saya sakit tekak, batuk dan 
badan kejap sejuk kejap panas. 


Balik hotel dok selubung dalam selimut sambil 
tonton televisyen.

Rancangan di sini semua dalam Bahasa Rusia, kalau
ada dalam English pun dialihsuara.

Dah lah tak ada sarikata, tenguk ajalah filem lakonan
Angelina Jolie cakap Rusia...kira oklah juga...

Setakat ini segalanya berjalan lancar, sungguhpun
tak dapat seratus peratus seperti dirancang.....
Biasalah kita merancang, segalanya ditentukan 
Yang Maha Besar....

Sebentar lagi kami akan ke masjid Sabornaya 
merakamkan jemaah di sana.....









17 comments:

  1. bestnya cik in..berjalan2 tgk negara orang smbil berkarya..thats the best la..:) psst best kan main salji....cik in pernah buat ais ketui n rasa tak? hiks...letak sirap jadi ABC dah...sama je..hehehe

    ReplyDelete
  2. uish..rasa ngilu nengok kak akak dalam salji tu, hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. wahh hebat berjalan kaki dlm salji...saya pernah buat dulu masa pertama kali tengok salji di bumi USA.Jakun habis masa tu ... lompat2 cam kera maklumler sepanjang umur tak pernah lihat salji. Lepas tu demam dekat seminggu...

    ReplyDelete
  4. subhanallah..pengalaman cukup berharga tu chik inn..
    bukan semua org berpeluang kenal bumi Allah..=)

    ReplyDelete
  5. rasa kaki kite plak yg sengal2 kesejukan...

    ReplyDelete
  6. EEeee....suka tengok salji,seronok ye Chik Inn..menyelam sambil minum air kata orang....

    Tengok kaki Chik Inn tenggelam dalam salji, kaki kita pulak yang rasa beku....

    ReplyDelete
  7. seronok memanglah seronok dapat pijak salji yang putih tu tapi kesannya.. kesian kat chik Inn, moga sihat dan kuat sepanjang di sana ye..

    ReplyDelete
  8. assalam chik inn
    bestnye main salji..hehe

    ReplyDelete
  9. uit...tahannya kaki mazlin...boleh pijak salji tanpa kasut..anyway..get well soon.

    ReplyDelete
  10. Kena buat-buat fahamlah tengok cerita tu..

    ReplyDelete
  11. chik inn jaga kesihatan... moga demam tidak melarat

    ReplyDelete
  12. kak mazlin serius jalan bukak kasut? sejuknyaaaaa. saya terpegang sket snow pun dh rasa kebas tgn2 sakit lepas tu. kak mazlin duk moscow sampai bila? ada rezeki insyaallah jumpa lg. :)

    ReplyDelete
  13. Salam alekum!I am Galina Alshabah))) Alradio!))

    ReplyDelete
  14. kalau dpt slide atas salji tu kan best! :D

    ReplyDelete
  15. ais tu kalau buat abc@ cendol sedap tak cik?hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...