Ads by nuffnang

Thursday, March 31, 2011

ALHAMDULILLAH ..... indahnya cuaca di Kiev.....

31 Mac 2011 - 0015

Alhamdulillah sehari dua ini cuaca di Kiev begitu baik 
sekali dengan suhu di antara 3 ke 10 darjah celcius, 
tak lah sesejuk di Moscow.

Saya dimaklumkan pelajar pelajar kita di Moscow, 
sajli masih lagi turun Rabu lepas.

Semalam,(Khamis) sehari suntuk kami berada di satu 
satunya masjid yang terdapat di Bandar Kiev.

Gambar kenangan bersama Mufti Ukraine


Masjid Al Rahma bakal siap hujung tahun ini

Kerjasama daripada Mufti Ukraine, Sheikh Akhmed Tamin 
dan stafnya begitu baik sekali.

Di Masjid ini juga terdapat sekolah agama bagi 
pelajar pelajar berumur di antara 6 hingga 15 tahun.

Kami sempat merakamkan telatah anak anak kecil 
yang berebut-rebut ingin membaca Al Fatihah 
mahupun Ayat Kursi yang dihafal.... 

Pelajar umur 6 tahun.....(yg pakai t'shirt kuning tu suka inframe)






Comel comel belaka, rasa nak bawa balik ke Malaysia 
aja...

Selesai tugasan lewat petang, sebelum temujanji 
makan malam dengan Encik Monty dari Kedutaan
Malaysia juga pihak Etalon Studio yang membantu 
mendapatkan permit penggambaran di Ukraine, 
kami menyusuri di kawasan berdekatan hotel 
penginapan.

Rata rata banyak gerai gerai yang menjual 
cenderamata dan ternyata "Magnet Fridge" menjadi
pilihan ramai pengunjung di sini kerana mempunyai
pelbagai rekabentuk yang unik dan cantik.

Pelbagai rekabentuk "fridge magnet" yang menarik perhatian
Harganya boleh tahan jugalah....

Dan satu perkara yang menarik perhatian saya
sepanjang berjalan di kawasan pejalan kaki adalah
jualan ais krimnya.

Aiskrim di kaki lima dijual perlu ditimbang terlebih 
dahulu.....

Ezzah tegur saya kerana masih batuk dan selsema
tapi masih mahu makan ais krim.....

Bagi saya saja nak mencuba ......dan sebenarnya macam
aiskrim di McDonald aja rasanya.....

Timbang jangan tak timbang.....

Hari ini jam 12.30 tenghari, kami akan ke Crimea,
antara lokasi awal penempatan Islam di Ukraine.

Kami akan menaiki keretapi dan dijangka perjalanan
keretapi akan mengambil masa lebih 16 jam, justeru
kami dijangka sampai jam 4.30 pagi - 1 April 2011.

InsyaAllah saya akan menulis entri akan datang,
berkaitan pengalaman menaiki keretapi terbabit 
di samping pemandangan di sepanjang jalan......

Bersama Encik Monty dan wakil dari Etalon Studio selepas makan malam
Kumpulan Cermin Mata Hitam.....(rakaman Bandar Kiev di atas bukit)



Dah jam 1.47 pagi, nak tidur sekejap......









Tuesday, March 29, 2011

Salam dari Kiev, Ukraine.......


28 Mac 2011 - 10.55 malam......Kiev Ukraine....

Semalam tepat jam 2.40 petang, krew Jejak Rasul
selamat mendarat di Lapangan Terbang Borispol, 
Kiev Ukraine.

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah ketika 
melepasi pihak imigeresen mahupun di pihak kastam 
dengan segala peralatan yang di bawa berbanding 
ketika mula mula melangkah di Lapangan Terbang
Domododevo, Moscow Rusia...

Terima kasih kepada adik adik yang sentiasa 
membantu kami terutama sekali kepada Nad sepanjang 
kami berada di bumi Moscow.....

Bersama Nad.....jangan lupa Kak Limah ya....
Shafik (di sebelah saya) dan ZulFadli turut menjadi "Tour Guide " kami

Begitu juga buat Fatin (anak Ezzah) dan rakan rakan
serumah yang sempat masak untuk rakaman jamuan 
majlis raya bersama rakan rakannya sehari sebelum 
kami berlepas ke Ukraine.....
(makan lagi......rezeki jangan ditolakkan....)


Terima kasih juga kepada pegawai pengiring kami 
Said Saidov, yang menyambung tugasan dengan Team C 
ke Dagestan dan Chechnya...
Fatin (tengah) bersama rakan serumah, sebelum kami berangkat ke Kiev


Banyak pengalaman yang baru dapat saya timpa di bumi
Rusia itu yang tidak dapat saya kongsikan sekarang....


InsyaAllah bila dah di tanahair, bolehlah saya kongsikan
beberapa kisah menarik...maklumlah masuk kandang
kambing kita mengembek, masuk kandang harimau
kita mengaum.....rakan rakan blogger tentu faham 
maksud tersirat....


Terima kasih adik adik semua.....selamat maju jaya....
bila sudah menjadi pakar perubatan yang berjaya....
teruskan usaha demi agama, bangsa dan negara.....


Di Kiev, kami dibantu oleh Aina Alias, pelajar perubatan
tahun akhir di sini.

Aina Alias fasih berbahasa Rusia dan Ukraine....


Sungguhpun agak sibuk dengan kuliah, bila mendapat
kabar berita yang krew Jejak Rasul akan membuat
penggambaran di Kiev, dia dengan sukarela menawarkan
diri untuk menjadi pegawai pengiring juga penterjemah.


Berikutan kami sampai lewat petang, kami lebih kepada
berbincang beberapa perkara berkaitan penerbitan,
pengangkutan dan temujanji yang telah dibuat oleh
Aina.


Hari ini selesai sarapan pagi, kami lebih kepada 
melakukan penggambaran beberapa mercutanda
di sekitar Kiev.

Golden Gate - antara mercutanda Kiev
Lokasi dikenali sebagai St Andrews

Kami turut melaporkan diri ke Kedutaan Malaysia dan
bertemu dengan Duta Malaysia Tuan Chuah Teong Ban
dan Encik Monty Ludan, Setiausaha Pertama.


Di depan Kedutaan Malaysia bersama Encik Monty
Lazimnya Isnin pagi adalah waktu yang sibuk, 
tetapi di bandar Kiev ini keadaannya agak tenang
dan ia juga bersih.

Jika di Moscow, sejuk kerana salji masih turun,
tetapi di Kiev dengan suhu di antara 2 ke 4 darjah
celcius, angin yang bertiup kencang, memang
terasa teramatlah sejuknya.....


Keadaan kesihatan saya yang semakin sembuh, 
jadi ke tahap tak berapa sihat dengan selsema kembali....


Harap harap sehari dua lagi, pulih macam biasa,
InsyaAllah......


Kalau entri di Moscow saya berkongsi pengalaman
makanan mahal, di sini juga tidak kurangnya juga.


Teringin nak makan jagung rebus dalam "cup",
jika di pasar makan dalam dua ringgit atau di pusat
membeli belah dalam 3 ringgit, tetapi di sini harganya
hampir 8 ringgit....


Menunggu jagung dalam cup


Sabau ajalah.....


Sempat meninjau ke kedai swatch berdekatan hotel,
model sama yang saya beli di Kuala Lumpur,
harganya di sini dua kali ganda......

MasyaAllah.....

Sememangnya hujan emas di negara orang,hujan batu
di negara sendiri....sanggup lagi saya menghadapi 
hujan batu.....

Jauh perjalanan....banyak pengalaman..... 


Tangan dah kering kerana kesejukan, maka jadi luka....







Friday, March 25, 2011

Berkaki ayam atas salji....

Jumaat - 9 pagi....

Rindu rasanya nak makan tosai telur bawang
di kafe Sri Pentas bersama geng breakfast,
terdiri dari Kak Ani, Liza, Tina, Siti dan Atie.

Pagi ni Alhamdulillah, mentari bersinar dengan 
indahnya di Moscow.

Dua tiga hari lalu, cuaca di sini sekejap hujan, 
sekejap terang dan salji masih turun membasah
bumi Moscow.

Rabu lalu ketika merakamkan "standupper" 
Ezzah di Memorial Park, saya tak pakai kasut 
"boot/high cut" dan bila jalan atas salji, ia lembut 
dan terpersuk dalam salji maka habislah
kasut dan setokin saya basah.

Terbenam kasut 


Bila buka kasut dan setokin jalan atas salji 
dan simen, maka akibatnya sejuk masuk dalam 
badan dah dua hari saya sakit tekak, batuk dan 
badan kejap sejuk kejap panas. 


Balik hotel dok selubung dalam selimut sambil 
tonton televisyen.

Rancangan di sini semua dalam Bahasa Rusia, kalau
ada dalam English pun dialihsuara.

Dah lah tak ada sarikata, tenguk ajalah filem lakonan
Angelina Jolie cakap Rusia...kira oklah juga...

Setakat ini segalanya berjalan lancar, sungguhpun
tak dapat seratus peratus seperti dirancang.....
Biasalah kita merancang, segalanya ditentukan 
Yang Maha Besar....

Sebentar lagi kami akan ke masjid Sabornaya 
merakamkan jemaah di sana.....









Monday, March 21, 2011

"Asam Pedas Rusia...."


Salam rakan rakan...

Saya tidak dapat menulis atau update entri setiap hari 
seperti di tanahair kerana kekangan waktu.....

Dari pagi hingga lewat malam, jadual penuh, selain 
daripada tugasan, sebelah malam, sesekali 
dipenuhi jemputan makan makan dari rakyat
Malaysia yang bertugas di sini.....

Rezeki jangan ditolak.......

Malam tadi kami dijemput Puan Noridah Kamarudin, 
Pengarah Tourism Malaysia di Moscow ke 
apartmentnya.....

Puan Noridah di belakang bersama stafnya Zarenn
Huh bila tenguk atas meja makan ada asam pedas ikan,
sambal belacan dengan ulam dan ayam panggang.....
huh.....sungguh menyelerakan....

Alhamdulillah lepas juga rindu kat makanan kegemaran
saya.....(tambah dua kali tau.....)

Lepas rindu makan asam pedas dan sambal belacan


Anak Puan Noredah (dibelakangnya) menemaninya di Moscow
Semalam hampir sehari kami di Kedutaan Malaysia,
merakamkan bagaimana suasana menyambut
AidilFitri oleh rakyat Malaysia di sini.

Macam macam juadah disediakan perwakilan di sini,
dan yang pasti paling teruja adalah pelajar pelajar
kita bila diberi peluang menyampaikan ucapan
Raya pada keluarga dan sanak saudara.....


Rakaman ucapan raya

Kira semalam jadual kami lebih tertumpu pada rakyat
Malaysia termasuk berjumpa dan berbincang dengan
Duta Malaysia di Moscow Dato Zainol Abidin Omar.


Krew Jejak Rasul Bersama Datuk Zainol dan Datin Amy


Sehari sebelum itu, pegawai pengiring kami Saidov,
membawa ke satu persatuan yang banyak menjalankan
pelbagai aktiviti mendekati dan mendalami Islam.

Selain memberi kelas agama kepada yang baru memeluk
Islam mahupun mendalami Islam, di sini juga majalah
berkaitan Islam di seluruh Rusia diterbitkan dan juga 
terdapat Radio Internet yang dibawah penyelarasan 
Galina Al Shabah.

Mendekati Galina, ibu kepada seorang anak perempuan,
dia tidak menafikan, golongan wanita yang bertudung
dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat
tempatan.

Penggambaran dengan Galina


Peluang pekerjaan juga terbatas dan kadangkala 
ketika di dalam Metro (keretapi bawah tanah),
tiada siapa mahu duduk di sebelah orang bertudung
dan ada sesetengah insan mengherdik.....

Bagi Galina, ia sama sekali tidak menakutkan
dan tidak gentar dengan segala perlakuan
insan terbabit, kerana bagi dirinya apa yang lebih
ditakuti adalah Allah Yang Maha Esa.......


Di depan pejabat Galina (Saidov di sebelah kanan)


Dia tidak menafikan adalah juga segelintir pengguna
Metro terutama golongan veteran memujinya
manis bertudung.... 

Pelajar pelajar perempuan kita juga tidak terkecuali
kadangkala diganggu bagimanapun pelajar kita lebih 
bersifat "cool" dan lazimnya berjalan dalam kumpulan.

Tatkala mengikuti pergerakan pelajar pelajar kita
di sini, boleh saya garapkan, semangat mereka sebagai
duta kecil di sini memang kuat.

Beberapa hari ini kami turut dibantu Fatin(anak Ezzah),
Nadhirah dan Radhiatul, pelajar perubatan....
Bersama Fatin Rezal

Saban hari dalam kedinginan mereka perlu meredah 
salji tebal ke kuliah menaiki Metro yang sentiasa 
penuh, dengan tahap hidup yang tinggi dan barang 
makan yang mahal namun demi masa depan dan demi
bangsa, agama dan negara, mereka ini cekal menghadapi
situasi.


Syabas adik adik.....Terus kuatkan semangat....

Kelmarin semasa mengikuti Nadhizah, dalam cuaca sejuk
dan berjalan cepat, kaki saya kejang tiba-tiba.
(Faktor umur kot....Nad masih muda....saya ni kan dah
4 series.....)

Kami berhenti dan duduk seketika, barulah lega......

Semalam kumpulan B yang diketuai Wan Farid telah
sampai ke St Peterburg....

Dia memaklumkan kehadiran dia dan krew tidak begitu
disenangi oleh beberapa pihak di sana.....

Harap hari ini lebih baik dari semalam buat mereka....

Moga Allah permudahkan tugasan saya juga sahabat 
saya di sana....

InsyaAllah.......






































Saturday, March 19, 2011

"Genangan airmata di Fort Pobedy...."


 Jumaat 10.47 malam - Moscow....

Alhamdulillah lewat malam tadi (khamis), akhirnya kami 
dapat mengambilperalatan kamera yang disimpan erat 
di Lapangan Terbang Domodedovo.

Selepas sarapan pagi ada kadar saja,
(roti dan sambal ikan bilis),kami memulakan 
penggambaran di Red Square yang menjadi 
lambang kebanggaan rakyat Moscow, kira macam 
kalau kat Malaysia tu Dataran Merdeka.

Disini juga terdapat St Basil Cathedral yang menjadi
antara mercutanda Moscow .
(kebanyakan fridge magnet lambang St Basil).

Di Red Square berlatarbelakangkan St Basil 


Sungguhpun mempunyai permit penggambaran, 
beberapa kali disoal kehadiran kami dan dengan 
adanya Said Saidov sebagai pegawai pengiring, 
memudahkan kami.

Masalah bahasa menjadi satu daripada cabaran kami.

Tengahari kami ke Masjid Fort Pobedy untuk 
merakamkan Solat Jumaat.


Jemaah menunggu untuk Solat Jumaat bersama di perkarangan masjid....
Ketika kami sampai agak awal lagi, justeru jurukamera
Shahril Rani dan Pembantu Penerbitan Zahir Ramli, 
merakamkan beberapa sudut kedatangan jemaah ke 
masjid terbabit.

Berikutan suhu di antara -2 ke -1, saya dan Ezzah  tak
boleh masuk masjid, kami ke stesyen minyak berdekatan 
untuk memanaskan badan dengan minum kopi.

Dari stesyen minyak terbabit sayup sayup kedengaran 
khutbah yang disampaikan dalam Bahasa Rusia.

Ada kisah menarik yang berlaku ketika saya dan Ezzah 
di stesyen minyak....

Mungkin kerana agak lama (kira kira 20 minit) kami 
berada di dalam stesyen minyak tersebut, saya dapati 
gerak geri kami diperhati oleh pegawai keselamatan 
di situ.

Kemudian tidak semena-mena seorang kakitangan 
stesyen minyak terus merakamkan gambar kami berdua....

Saya memaklumkan kepada Ezzah yang sedang 
membaca bahan rujukan, dan dia terperanjat bila 
dimaklumkan kami diperhati dan dirakamkan gambar.

Kemudian beberapa orang masuk ke stesyen 
terbabit yang berpakaian bagaikan 
"pegawai pegawai keselamatan".

Mungkin kerana ada pihak di sini masih 
"Islamophobia" justeru bila tenguk orang bertudung 
dan duduk lama,di sangka ingin membuat perkara 
yang tidak baik......

Kesian kami......di pandang serong.....tapi itu semua
pengalaman yang sukar dilupakan....

Tatkala Solat Jumaat hendak bermula kami terus
ke perkarangan masjid.

Dalam keadaan suhu yang sejuk dan salji masih
meliputi sekitar masjid, hati saya sayu dan mata
saya bergenang.

Terharu melihatkan semangat saudara seagama kita
bersolat di perkarangan masjid kerana masjid tidak
dapat memuatkan jemaah yang ramai.

Ada yang hanya berlapik kotak dan surat khabar......

Ada yang bersolat di celah celah tempat letak kereta......

MasyaAllah.....

Sukar dibayangkan tatkala musim sejuk dengan suhu
di bawah - 20, mereka tetap memenuhi perkarangan
masjid untuk bersolat Jumaat bersama......

Kebanyakan jemaah adalah generasi muda mengharapkan 
masjid yang lebih besar dan selesa....

Tapi apa kan daya...... 


Alah bisa, tegal biasa bagi mereka....

Yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk umatNYA........

Sama sama kita mendoakan kesejahteraan saudara
seagama kita di sini.....

Selesai berjemaah, ada yang menyambung solat sunat......


Sungguh bertuah kita dilahirkan di Malaysia kerana
tiada masalah untuk menunaikan Solat Jumaat di 
mana mana saja masjid dengan ruang yang besar
dan prasarana yang baik.

Petang ketika merakamkan kesibukan orangramai
pulang dari kerja, salji turun kembali......

Dalam perjalanan pulang ke hotel, melihat serpihan
sajli membasahi bumi Moscow, perasaan saya
sedikit sayu mengingatkan kembali jemaah yang
menunaikan solat Jumaat tengahari tadi....

Allahhu Akbar.....































Thursday, March 17, 2011

"SALAM DARI BUMI MOSCOW......"


5.30 pagi, Khamis  17 Mac di Bumi Moscow....

Penerbangan kami Selasa lepas sepatutnya 
berlepas pukul 9.50 pagi, tetapi berikutan beberapa
masalah teknikal,maka ia berlepas lewat 30 minit.

Penerbangan kami ke Moscow menggunakan pesawat
Emirates justeru kami "transit" di Dubai selama 4 jam 
setelah berada di pesawat kira kira 7 jam 10 minit.

Kira kira 5.50 petang pesawat Emirates EK 101 berlepas 
ke Moscow dengan durasi kira 5 jam setengah.... 

Setelah mendarat di Lapangan Terbang Domodedovo,
Moscow, kira kira 10 malam waktu tempatan
(3 pagi waktu tanahair) kami terpaksa menunggu 
hampir 4 jam untuk mendapat "pelepasan" peralatan
kamera kami daripada pihak di sini.


Setelah  bincang punya bincang, pihak di sini 
menasihatkan kami ke hotel penginapan dan peralatan
kami hanya akan diserahkan selewatnya Jumaat pagi.


Alah bisa, tegal biasa....dah masuk negara orang,
perlu ikutlah cara mereka.....


16 Mac Rabu...


Sebelah pagi, kami menguruskan hal ehwal menukar
wang, membeli simcard serta berbincang dengan 
pelajar Malaysia dan "contact person" di sini.

Sempat juga recce di sebuah masjid yang baru
siap dibina.....


Masjid di Fort Pobedy




Manakala sebelah petang, kami ke Kedutaan Malaysia 
berjumpa dengan Encik Abd Razak Abdul Wahab 
(Deputy Chief of Mission) dan pegawainya mengenai
perancangan kami sepanjang berada di bumi Rusia.
Krew di Kedutaan Malaysia (Encik Razak kanan bercoat)




Cuaca ketika ini -2 darjah celcius dan sajli masih
turun yang sepatutnya dah tak turun dan ternyata
kesejukannya sampai ke tulang rasanya walaupun dah
pakai baju berlapis lapis.....

Ada beberapa kawasan salji masih tebal....
manakala kawasan salji yang sudah mula cair, 
jalan agak licin dan kotor....


Teringat kereta saya yang "snowwash" tetapi ini snow asli......

Makanan di sini pun mahal gila....
semalam saya makan pasta, mineral water dan
salad kira kira RM 40.00.....

Hujan emas di negara orang, hujan batu di
negara sendiri baiklah negara sendiri....

Nanti saya update lagi keadaan di sini.....


Mohon rakan rakan blogger mendoakan misi
Jejak Rasul di sini berjalan lancar.....


Sememangnya setiap apa yang berlaku ada
hikmah tersembunyi.....


Hanya DIA Yang Maha Mengetahui.......

Sunday, March 13, 2011

MENGHITUNG HARI......bersama Krisdayanti....

Jika penyanyi yang terkenal dengan lagu
"Menghitung Hari" iaitu Krisyanti "menghitung hari"
untuk melangsungkan perkahwinan keduanya tidak
lama lagi, saya turut "menghitung hari" tetapi bukanlah
untuk melangsungkan perkahwinan tetapi menggalas
tugasan Jejak Rasul 17.

Gambar kenangan dengan Krisdayanti ketika menjadi tetamu
Malaysia Hari Ini  tahun 2004



InsyaAllah krew Jejak Rasul kumpulan A
(saya, Ezzah, Zahir dan Sharil) dan kumpulan B
(Wan Farid, Fadli dan Man) akan berlepas pada
Selasa ini jam 9.50 pagi.

Justeru kami perlu berada di Sri Pentas jam 5 pagi
dan bergerak ke KLIA jam 5.30 pagi.

Kami perlu berada lebih awal di KLIA kerana
perlu "declare" segala peralatan kamera kami
dengan pihak Kastam.

Maklumlah barangan yang dibawa boleh tahan
banyak dan boleh tahan "mahal" harganya.....

Saya rasa rakan rakan juga tidak terkecuali jika
akan ke luar negara samaada untuk bercuti 
mahupun bertugas, dua tiga hari sebelum
berlepas banyak perkara yang bermain di
kotak fikiran.....

Dah susun baju tetiba rasa nak bawa baju lain
pulak, ada satu kasut rasa nak bawa sandal
pulak....

Yang pasti makanan seperti mee segera,
serunding, sambal ikan bilis dan biskut antara
perkara yang tidak boleh dikecualikan....

Mohon rakan rakan mendoakan krew Jejak Rasul 17
selamat pergi dan kembali ke tanahair dgn membawa
wadah dan paparan masyarakat Islam di bumi Rusia
serta Ukraine untuk tatapan sepanjang Ramadan ini......

Friday, March 11, 2011

"Alfatihah untuk ibubapa......"

Semalam dah lah balik dalam keletihan kerana banyak
perkara yang perlu diselesaikan, sebelum berlepas
untuk tugasan Jejak Rasul, line internet buat hal.

Kecewa lah juga dan terus tidur awal, memang
bertekad nak tulis entri terutama kalau malam
Jumaat saya suka kongsikan bingkisan untuk
memperbaikikan diri dan mendapat keredhaanNYA...

Lunch time ini saya sampaikan perkongsian dibawah 
untuk renungan...BERSAMAMU.......rakan rakan ku.......
Berikut adalah kiriman email saya perolehi pesanan
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim
email juga Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu

  bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )"...
  nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia

  tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya
 dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua

   ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang
  tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun
  ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah
   keredhaan Allah


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...
  tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua
  kita, termasuk guru2 dan mereka yang banyak
  menolong kita
 

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua,
  akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .

  Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
  segala nikmat yang kita dapat dari Allah
 (cth: makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

InsyaAllah..
Berusaha dan bertawakal.. ..., sesungguhnya rezeki itu

bukan kerana ada sijil SPM,STPM, Diploma, Master......


Insya Allah
Allahu Akbar !


Wednesday, March 9, 2011

"MILO Tabur yang enak....."

Selesai kerja, terus pergi makan malam awal di
Restoren Doli Kuey Teow di Taman Tun Dr Ismail...

Bagi orang Taiping, Keuy Teow Doli memang tak
asing lagi...(Betul tak Kak Ina dan Shahnun???)

Bila bab nak pesan air, saya teruja bila terlihat di
bahagian menu airnya tertera MILO TABUR...lantas
memesan minum tersebut.

Bukannya tak boleh buat MILO sendiri di rumah, tapi rasanya
bila buat sendiri dan pesan di restoren, ternyata tak sama.


Ia turut mengembalikan memori di zaman persekolahan
peringkat rendah berpuluh tahun dulu.

Lori tangki yang membawa Milo menjadi agenda utama
pelajar dan saya beserta rakan semestinya beratur di
bahagian depan sekali.

(Gambar Hiasan) Bayangkan Milo Ais ditabur dengan Milo diatasnya
dan minum diwaktu panas mentari........

Tujuannya bila dah habis minum, sebelum kelas seterusnya
datang, boleh beratur kembali dan dapat satu lagi.....

Saya pun peliklah, MILO yang kami minum di sekolah ketika
itu memang sedap.....

Dan pasti tema atau "branding" malt coklat itu adalah
Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat.....

Seingat saya, MILO bukan saja saya jadikan minuman
kegemaran malah turut di makan macam sagun......
(kini saya kurang benda benda manis)


MILO sekarang bukan saja dijadikan air malt bercoklat, ia
turut dijadikan coklat, wafer, ais krim, kek dan

bermacam lagi...

Saya tidak pasti ada kah lagi perkhidmatan lori tangki
MILO memberi minum percuma kepada pelajar pelajar
terutama peringkat pelajar rendah.

Bagi rakan rakan guru seperti Cikgu Nurin, Mak Ngah,
Cikgu Su, Pusat Sumber Sekolah, tumpang tanya cikgu,
ada lagi ke perkhidmatan MILO ke sekolah atau sekadar
ketika temasya sukan sekolah sekolah saja?

Tuesday, March 8, 2011

"Harta yang tak akan jadi gaduh anak pinak......"

Saya cuti hari ini kerana tengahari tadi ke Gleneagle Intan
Medical Centre untuk rawatan susulan diebetes saya.

Sememangnya dua atau 3 bulan sekali perlu jumpa
dengan Doktor Faridah Ismail pakar diebetes.
("Consultant Physician and Endocrinologist")

Lagi pun saya akan berada di luar negara dalam tempuh
yang agak lama justeru perlu dapatkan nasihat dan
pandangan doktor, antaranya perlu ambil suntikan
"bird flu".

Di samping itu, saya juga meminta Doktor Faridah menulis
surat kepada sesiapa yang berkenaan memaklumkan saya
membawa insulin beserta jarum sebagai "hand carry"
seperti tahun lepas.

Saya pernah bercuti bersama keluarga kakak saya ke
Italy beberapa tahun dulu, ketika pemeriksaan kastam
di lapangan terbang, saya sudah kena tahan.....

Dahlah orang Itali tu tak boleh berBahasa Inggeris, payah
betul saya menerangkan keadaan, siap buat demo
penggunaan pen insulin terbabit.

Lebih 10 minit bercakap bagaikan ayam dan itik, barulah
seorang pegawai yang boleh berBahasa Inggeris datang
dan saya perlu menerangkan keadaan sebenarnya.....

Kalau tak "hand carry" tak ada masalah....

Tapi insulin tak boleh kena panas......agak sensitif...

Kembali kisah saya berjumpa Dr Faridah untuk Diebetes,
dia mahu juga ambil darah saya,

"Doktor tunggu saya balik assignment Rusia lah, mana
tahu kandungan darah bertambah baik?", saya cuba
memujuk.

"No Mazlin, saya akan ambil juga hari ini, balik assignment
follow up lain, so nak yang mana dulu masuk jarum tarik
darah atau masuk jarum masuk vaksin".

Halamak......dua kali jarum akan menembusi tangan kanan
saya.......
Gambar hiasan....lebih kurang macam nilah jarum
yang  menembusi lengan saya

Terima ajalah dengan "tenang".....

Jarum pertama doktor mencari urat di pelipat lengan untuk
ambil darah...dan satu lagi jarum ditusuk di lengan untuk
masukkan vaksin.

Andainya lengan saya boleh bersuara tentulah ia pun
tak larat di cucuk 2 kali.....

Jarum insulin kecil aja.....tak ada hal....
alah bisa tegal biasa.....

Satu perkara yang agak mencuit hati, bila seorang
wanita Cina dalam pertengahan 50an berbual bual dengan
saya sementara menanti untuk berjumpa doktor.

"Ini kencing manis, satu harta turun temurun latuk
nenek,yang tak ada siapa pun dalam adik beladik atau
anak akan gaduh tau...."

"Kalau luit banyak,tanah banyak, kalau tak betul,
boleh jadi gaduh, tapi ini diebetes, kalau boleh anak cucu
pun tak mahu ni harta..."

Mendalam maksudnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...