Ads by nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Salam dari Kiev, Ukraine.......


28 Mac 2011 - 10.55 malam......Kiev Ukraine....

Semalam tepat jam 2.40 petang, krew Jejak Rasul
selamat mendarat di Lapangan Terbang Borispol, 
Kiev Ukraine.

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah ketika 
melepasi pihak imigeresen mahupun di pihak kastam 
dengan segala peralatan yang di bawa berbanding 
ketika mula mula melangkah di Lapangan Terbang
Domododevo, Moscow Rusia...

Terima kasih kepada adik adik yang sentiasa 
membantu kami terutama sekali kepada Nad sepanjang 
kami berada di bumi Moscow.....

Bersama Nad.....jangan lupa Kak Limah ya....
Shafik (di sebelah saya) dan ZulFadli turut menjadi "Tour Guide " kami

Begitu juga buat Fatin (anak Ezzah) dan rakan rakan
serumah yang sempat masak untuk rakaman jamuan 
majlis raya bersama rakan rakannya sehari sebelum 
kami berlepas ke Ukraine.....
(makan lagi......rezeki jangan ditolakkan....)


Terima kasih juga kepada pegawai pengiring kami 
Said Saidov, yang menyambung tugasan dengan Team C 
ke Dagestan dan Chechnya...
Fatin (tengah) bersama rakan serumah, sebelum kami berangkat ke Kiev


Banyak pengalaman yang baru dapat saya timpa di bumi
Rusia itu yang tidak dapat saya kongsikan sekarang....


InsyaAllah bila dah di tanahair, bolehlah saya kongsikan
beberapa kisah menarik...maklumlah masuk kandang
kambing kita mengembek, masuk kandang harimau
kita mengaum.....rakan rakan blogger tentu faham 
maksud tersirat....


Terima kasih adik adik semua.....selamat maju jaya....
bila sudah menjadi pakar perubatan yang berjaya....
teruskan usaha demi agama, bangsa dan negara.....


Di Kiev, kami dibantu oleh Aina Alias, pelajar perubatan
tahun akhir di sini.

Aina Alias fasih berbahasa Rusia dan Ukraine....


Sungguhpun agak sibuk dengan kuliah, bila mendapat
kabar berita yang krew Jejak Rasul akan membuat
penggambaran di Kiev, dia dengan sukarela menawarkan
diri untuk menjadi pegawai pengiring juga penterjemah.


Berikutan kami sampai lewat petang, kami lebih kepada
berbincang beberapa perkara berkaitan penerbitan,
pengangkutan dan temujanji yang telah dibuat oleh
Aina.


Hari ini selesai sarapan pagi, kami lebih kepada 
melakukan penggambaran beberapa mercutanda
di sekitar Kiev.

Golden Gate - antara mercutanda Kiev
Lokasi dikenali sebagai St Andrews

Kami turut melaporkan diri ke Kedutaan Malaysia dan
bertemu dengan Duta Malaysia Tuan Chuah Teong Ban
dan Encik Monty Ludan, Setiausaha Pertama.


Di depan Kedutaan Malaysia bersama Encik Monty
Lazimnya Isnin pagi adalah waktu yang sibuk, 
tetapi di bandar Kiev ini keadaannya agak tenang
dan ia juga bersih.

Jika di Moscow, sejuk kerana salji masih turun,
tetapi di Kiev dengan suhu di antara 2 ke 4 darjah
celcius, angin yang bertiup kencang, memang
terasa teramatlah sejuknya.....


Keadaan kesihatan saya yang semakin sembuh, 
jadi ke tahap tak berapa sihat dengan selsema kembali....


Harap harap sehari dua lagi, pulih macam biasa,
InsyaAllah......


Kalau entri di Moscow saya berkongsi pengalaman
makanan mahal, di sini juga tidak kurangnya juga.


Teringin nak makan jagung rebus dalam "cup",
jika di pasar makan dalam dua ringgit atau di pusat
membeli belah dalam 3 ringgit, tetapi di sini harganya
hampir 8 ringgit....


Menunggu jagung dalam cup


Sabau ajalah.....


Sempat meninjau ke kedai swatch berdekatan hotel,
model sama yang saya beli di Kuala Lumpur,
harganya di sini dua kali ganda......

MasyaAllah.....

Sememangnya hujan emas di negara orang,hujan batu
di negara sendiri....sanggup lagi saya menghadapi 
hujan batu.....

Jauh perjalanan....banyak pengalaman..... 


Tangan dah kering kerana kesejukan, maka jadi luka....







10 comments:

  1. Kakcik menanti cerita seterusnya. Semoga semua di sana dalam keadaan sihat dan selamat. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. nampaknya chik Inn beransur sihat dan ada tenaga dalam segment seterusnya..
    moga segalanya berjalan dengan lancar untuk chik Inn dan semua kru terlibat..

    ReplyDelete
  3. hebat cik inn...tak sabau nak nonton jejak rasul thun ni...

    ReplyDelete
  4. cantik...krm salam pd akak ezzah ye.sejak dtg Qatar LM tak dpt tgk akak ezzah lg...bestnyer kat sana chik inn . tp cam sejuk sgt je LM tgk

    ReplyDelete
  5. as salam Chk Inn,

    bestnya... tunggu cerita selanjutnya drp chik inn

    ReplyDelete
  6. salam cik inn..waw hebatlah kerja macam cik inn..dapat tenguk negeri orang sambil bekerja.

    ReplyDelete
  7. Tentu siksa luka kat tangan tu,kan Chik Inn? Chik Inn nampak kurus sikit...

    ReplyDelete
  8. Salam Chik Inn...
    Sangat menarik pengembaraan Jejak Rasul kali ini... kebetulan akak mempunyai kenalan disini. Sering mendengar ceritanya mengenai keadaan di Kiev..
    Selamat meneruskan pengembaraan dan pengambaran... Cerita selanjutnya dinanti....

    ReplyDelete
  9. Moga Chik Inn, diberikan Allah kesehatan yang lebih baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...