Ads by nuffnang

Tuesday, March 1, 2011

"Anak sedara bagaikan pasport untuk keluar merayau..."

Tadi rakan saya di bahagian kewangan Media Prima,
Mazwin berjumpa dan memaklumkan kepada saya dia
tergelak besar membaca entri mengenai anak sedara
saya ketika menyaksikan pertunjukkan silap mata
David Copperfield.

Dia juga berkongsi pengalaman terpaksa "kelentong"
anakbuahnya ketika menyaksikan Disney On Ice,
beberapa tahun lalu....

Seperti kata Akak My Life My World, saya ni pandai
"ayat" anakbuah....

Memang tidak dinafikan, anak anak sedara saya juga
"dipergunakan" oleh mak sedara ini untuk dapatkan
pelepasan untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan
mahupun hari terbuka atau karnival.

Pernah satu kali tu ada Hari terbuka di Angkasapuri,
dan kalau saya minta kebenaran daripada "Maharani"
(mak saya) pasti sukar mendapat pelepasan.

Jadi saya sudah "cong" kat anak anakbuah bahawa di
Hari Terbuka RTM 87 tu, ada macam macam persembahan,
ada "games", boleh jumpa ramai orang, pelbagai jualan
buku mahupun mainan, maka mereka pun teruja.

Maka itulah alasan untuk saya ke Hari Terbuka RTM.

Mahu tak mahu Maharani saya terpaksa izinkan kerana
cucunya dah merenget.

Seperti biasa Mariana, Jehan, Naguib dan Hisham
menjadi mangsa saya....

Angkasapuri tu dah lah luas, berbukit pulak, kesian juga
bebudak tu mendaki....

Bila mula merenget, saya belikan aiskrim, maka diam lah
mereka kejap...

Pusing lagi...mereka nampak penat saya belikan air dan kuih....

Jalan lagi.....

Berhampiran dengan auditorium, saya ternampak
MR OS (tahun 80an memang popular betul Mr Os ),
saya kejar dia dan memaklumkan anak buah saya nak
ambil gambar bersama.

Gambar kenangan bersama MR OS....

Seronok mereka dapat bergambar dan berjumpa
dengan Mr Os, pelakon, penyanyi dan beberapa
personaliti RTM lain antaranya juruhebah
NorNikman Dadameah dan ramai lagi.

Saya pun suka juga sebab menambah koleksi photo.

Bersama Arwah Nornikman ( meninggal tahun 2007- AlFatihah) 
Dah hampir setengah hari di Angkasapuri, masa
nak balik, saya beri peringatan dengan anakbuah,

"Kalau nenek kata seronok ke pergi Hari terbuka tu,
kauorang cakap best dan nak pergi lagi  dan Chik Inn
jaga kauorang semua dengan baik.......faham", saya pesan.

Dah nama pun budak budak..... mengiakan ajalah mereka....

Itulah antara caranya saya nak keluar....

Mungkin masa itu mereka tidak faham, saya pergi sebab
ketika itu saya tahun pertama menuntut di ITM
(sekarang UITM) dalam bidang penyiaran, jadi nak
mendekati dan menyelami dunia penyiaran......

Rakan rakan cuti semester kalau pergi seorang diri
memang tak ada harapanlah......

Terima kasih anak anak sedara kerana menjadi
pasport "instant" mak sedara......

9 comments:

  1. ahahhaha, kelakar betul chik inn. anak sedara saya semua kecik2 lagi, tak berani plak nak jadikan pasport nak kuar jenjalan ;)

    ReplyDelete
  2. Ado jugak yg jadikan anak buah jd pasport untuk pegi dating...

    ReplyDelete
  3. bestnye ada mak sedara mcm akak...ada org nk bwk jln2!

    ReplyDelete
  4. Cekkeya,
    Umur anakbuah di antara 6 hingga 12 tahun paling sesuai untuk di bawa berjalan jalan. Kalau kecik sangat susah juga kan....

    Chenal,
    Memang betul ada yang bawa anakbuah atau adik untuk gi dating, tapi saya tak menyalahgunakan mereka. Tak baik tau...

    Pendragon,
    Anaksedara dan saya kira deal "win win situation"....

    Zmah,
    Pengalaman mematangkan episod kehidupan...

    ReplyDelete
  5. huh..kalau saya la jadi anak sedara Chik Inn...buat apa pun sanggup sebab dapoat jenjalan.he he setakat nak ngayat nenek...he he no big dealllll.....

    ReplyDelete
  6. errrrr...akak pulak guna anak2 bila nak keluar..heee.." cakap kat abah...adik nak makan KFC ke..apa ke.."..mesti ok punya..hahhaaaa..

    ReplyDelete
  7. Cikgu Nurin,
    Saya ini memang suka layan bebudak dan nenek jadi lembut, kalau cucu nak kan sesuatu,kalau anak minta dia liat sikit nak tunaikan permintaan.....

    K'poh,
    Budak budak mempunyai kelebihan tersendiri bab bab kalau nak kan sesuatu, jadi kita dapat tumpang sekaki lah kan....

    ReplyDelete
  8. chik inn ni nakal jugak kan masa2 dolu...tapi anak sedara semuanya suka mengikut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...